PENGUJIAN LITAR ELEKTRIK 1 FASA

 

PENERANGAN :  PENGUJIAN SATU FASA


Ø  Pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap tiap-tiap satu pepasangan  

   Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini dijalankan

 

1.    Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pepasangan elektrik.


PENGUJIAN LITAR ELEKTRIK 1 FASA
Alat yang digunakan untuk membuat penggujian elektrik
 



Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain:

 

·         Peraturan-peraturan Keselamatan 1994

·         Akta Bekalan Elektrik 1990

·         Peraturan Suruhanjaya Tenaga

·         Piawai MS IEC 60364 ‘Electrical Installations of Building’

 

Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi borang pepasangan elektrik,

Termasuk hal-hal ubah-suai mengikut keperluan-keperluan amalan di Malaysia. Selain itu, pematuhan kepada keperluan keselamatan akan dapat dielak dari berlakunya kemalangan elektrik samada yang boleh menyebabkab kecederaan anggota badan, kehilangan nyawa dan harta benda.

 

  1. Spesifikasi dan prosedur pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik

 

              i.        Mengikut Peraturan 12 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu sedia oleh Pendawaian dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa. Setelah siap, pendawaian berkenaan hendaklah memperakukan mengesahkan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

 

             ii.         Mengikut Peraturan 13 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Satu Fasa atau oleh Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

 

            iii.        Mengikut Peraturan 14 (1) Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

 

  

          

TAJUK : PERALATAN PENGUJIAN 1 FASA

 

Nota pengujian litar elektrik satu fasa ini sesuai sebagai rujukan pelajar Kolej Voksional, Politeknik, ILP, Kolej Komuniti dan Pelajar Universiti yang mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik

PENGENALAN :  

              

Kerja-kerja pengujian 1 fasa memerlukan beberapa peralatan,perkakas dan alatambah yang dapat membantu melaksanakan pengujian dengan betul dan selamat. 


Sebelum pengujian dijalankan, proses pemeriksaan mata kasar dibuat untuk memastikan bahawa suatu pemasangan itu telah siap secara fizikalnya.

 

1.    Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa menggunakan apa-apa alat uji. Beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu:

a.    Sambungan pengalir ketat dan baik

b.    Pengenalan dan kod warna kabel betul.

c.     Pemilihan saiz kabel betul

d.    Keadaan fizikal peranti dan kelengkapan dalam keadaan baik dan selamat (tidak                    

   pecah, reput atau tidak sempurna)

 

2.  Setiap pepasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat. 


    Ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pepasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pepasangan ini boleh disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.

 

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu pepasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian  ini dijalankan.

 

 3.    Diantara peralatan,perkakasan  dan alatambah yang di gunakan bagi tujuan pengujian 1       

            fasa ialah:

v  Meter pelbagai.

v  Penguji rintangan penebatan.

v  Penguji rintangan bumi.

v  Loop tester.

v  Ring socket tester.

v  Loceng/buzzer.

v  Test lamp.

v  DB 1 fasa.

v  CLIP ON METER

 

 

  1. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pepasangan elektrik. Antara ujian litar mati yang perlu dilakukan adalah:

           

    • Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
    • Ujian keterusan pengalir pelindung
    • Ujian rintangan elektrod bumi
    • Ujian penebatan
    • Ujian kekutuban

 

 

  1. Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik

 

5.1       Kehendak Perundangan

 

Mengikut peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau sekatan fasa tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu perakuan penyelian dan penyiapan.

 

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan itu.

 

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.

  

  1. Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor, alat pemanas air dan sebagainya hendaklah diuji secara berasingan.  Jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi, ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya. Bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm.
    Jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu dan termasuk juga neutral atau di antara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau mana-mana logam yang dibumikan.

  

RUJUKAN :

  

1.    Abd Samad Hanif 2004 Lukisan Elektrik dan Elektronik, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur ( Muka surat 53- 56)

 

2.    Abd Samad Hanif Teknologi Elektrik, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.

( Muka surat 126-127)


 BACA JUGA NOTA INI

  1. Definasi istilah elektrik dan Peraturan Pendawaian IEE
  2. PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)
  3. AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514)
  4. APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?
  5. BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
  6. Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai
  7. Cara Pengiraan Faktor Kepelbagaian Bagi Suatu Pepasangan Baru Dirumah Kediaman
  8. DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM
  9. INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM - pemasangan pengesan alat kebakaran
  10. JENIS-JENIS KABEL ELEKTRIK UNTUK MEMBUAT PENDAWAIAN DI RUMAH
  11. Jadual simbol, graf arus melawan voltan ( I - V ) dan kegunaan komponen.
  12. Jenis Sistem Pendawaian Sesalur
  13. Knob and Tube Wiring - What You Need To Know When Buying a House
  14. LAMPU LED [SEJARAH LAMPU LED] - New!
  15. Litar Kawalan Motor Elektrik DOL atau Penghidup Talian Terus
  16. Litar Kawalan Motor Elektrik Mara-Songsang
  17. Litar kawalan dan litar utama motor elektrik Star Delta
  18. MENGURUS BAHAN KIMIA BERBAHAYA
  19. MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK
  20. Maksud Faktor Kepelbagaian (Diversiti) elektrik
  21. NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
  22. PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER
  23. PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
  24. PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA
  25. PERALATAN & BAHAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA - New!
  26. PROSEDUR MELAPOR KEADAAN TIDAK SELAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELAMAT
  27. Pengenalan sistem pendawaian sesalur.
  28. Penyelenggaraan motor elektrik
  29. Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363
  30. SAIZ DAN SUSUT VOLTAN KABEL BAWAH TANAH VOLTAN RENDAH
  31. SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM
  32. SISTEM PEMBUMIAN
  33. SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DI MALAYSIA
  34. SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN 1 FASA
  35. Sejarah Tenaga Solar dan penjanaan elektrik di rumah
  36. UJIAN KETERUSAN PENGALIR PERLINDUNGAN PENDAWAIAN
  37. √ ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK [METER AMPERE, METER VOLT, METER OHM DAN METER GALVANO METER WATT METER TENAGA] - New!


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.