PROSEDUR MELAPOR KEADAAN TIDAK SELAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELAMAT


OBJEKTIF

Memberikan kefahaman kepada murid  supaya murid dapat membuat laporan berkaitan keadaan tidak selamat dan tindakan tidak selamat.

PROSEDUR MELAPOR KEADAAN TIDAK SELAMAT DAN TINDAKAN  TIDAK SELAMAT

1.       LAPORAN KEMALANGAN
Semua kecederaan yang berlaku disebabkan oleh kemalangan semasa bekerja atau penyakit pekerjaan, mestilah dilaporkan serta merta kepada penyelia dalam tempoh 24 jam.
Kemalangan yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kejadian hampir berlaku kemalangan secara semula jadi (Incidents of a "near miss" nature) mestilah dilaporkan kepada penyelia dalam tempoh 48 jam dari kejadian.
lanya merupakan tanggungjawab setiap pekerja, penyelia dan pengurus melaporkan maklumat berkaitan perkara tersebut dalam tempoh yang dltetapkan. Pekerja yang cedera akan menerima rawatan perubatan, rawatan pertolongan cemas sebelum ke hospital bergantung kepada kecederaan atau penyakit.
2.         PROSEDUR MEMBUAT LAPORAN

Keadaan tidak selamat dan tindakan tidak selamat dilaporkan kepada penyelia atau Safety and Health Officer (SHO). Kemudian penyelia atau SHO akan mengambil tindakan untuk memastikan keadaan tidak selamat terkawal atau dipanjangkan kepada personel yang berkaitan.


2.1    LAPORAN KESELAMATAN DAN KEADAAN BERBAHAYA

a)    Borang laporan keselamatan dan keadaan berbahaya diisi untuk semua keadaan. Kemudian borang tersebut di sampaikan kepada penyelia atau pengawai keselamatan dan kesihatan..

b)    Penyelia atau pegawai keselamatan dan kesihatan akan melengkapkan borang dan laporan kemalangan tersebut. Laporan yang lengkap ditandatangani oleh pekerja yang terlibat dengan kemalangan dan ketua jabatan, ketua program atau penyelia projek. Proses melaporkan kemalangan perlu dijadikan tatacara rasmi oleh setiap ketua jabatan.



2.2    KEPERLUAN LAPORAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA
a) Setiap jabatan mesti bertanggungjawab untuk mengemaskini dan    menyimpan senarai bahan kimia di tempat kerja. Senarai tersebut mengandungi maklumat berikut:
(i)     Nama bahan kimia
(ii)    Nombor bekas penyimpanan
(iii)    Kuantiti

Maklumat ini hendaklah dilaporkan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan sentiasa dikemaskini setiap tahun dan perlu disimpan selama tempoh 30 tahun.




2.3     PROSEDUR MELAPOR KEMALANGAN / KEADAAN BERBAHAYA
a)  Kemalangan adalah suatu yang tidak dirancang dan suatu kejadian
 yang   tidak   diingini   yang  menyebabkan   kecederaan   kepada
 manusia.

    b)  Maklumat ini hendaklah dilaporkan kepada Pengarah JKKP dan sentiasa   
         dikemaskini setiap tahun dan perlu disimpan selama tempoh 30 tahun.

c)   Keadaan berbahaya dan kemalangan boleh disebabkan oleh tindakan
  yang tidak selamat, keadaan yang tidak selamat, kegagalan sistem,
  faktor manusia atau kecuaian.

d)  Setiap  pekerja  perlu  memaklumkan  kejadian  kemalangan  dan
  keadaan berbahaya kepada Penyelia atau Pegawai Keselamatan dan
  Kesihatan Pekerjaan (SHO).