PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Berikut penjelasan lengkap tentang pendawaian tersembunyi lengkap dengan langkah kerja pendawaian untuk rujukan anda.

Dengan berpandukan gambarajah yang diberikan buat satu pemasangan pendawaian tersembunyi (klip 

kabel menggunakan timah) satu suis satu hala mengawal satu lampu (S2 kawal L1) dan dua suis dua 

hala mengawal dua lampu (S1& S3 kawal L2 dan L3)

a) Litar mestilah mengandungi semua perkara yang diperlukan


b) Ukuran  susunatur mestilah mengikut ukuran-ukuran yang ditunjukkan dalam rajah.

c) Pastikan litar mempunyai kekutuban dan pembumian yang betul serta litar mestilah berfungsi dengan betul


d) Pendawaian mestilah mengikut peraturan IEE

e) Pastikan peralatan , perkakas dan bahan-bahan berfungsi dan berkeadaan baik .


    Keputusan ketrampilan ini akan dimasukkan ke dalam R.P.K dan masa yang dibenarkan 5 jam

            






        

ALAT, KELENGKAPAN & BAHAN:


1. Sudip bata/sudip kekemasan bata      …………………………     1 unit
2. Tukul Bata (Brick hammer)                 …………………………     1 unit
3. Tukul Besi                                          …………………………      1 unit
4. Pahat Besi (Cold chesel)                     …………………………     1 unit
5. Pita pengukur keluli                            …………………………      1 unit
6. Perata Logam                                      …………………………     1 unit
7. Hok Kayu                                           …………………………       1 unit
8. Sekop hujung tajam/sekop persegi     …………………………     1 unit
9. Goggle                                                …………………………      1 unit
10. Dabai                                                  …………………………      1 unit
11. Baldi/bekas simen                              …………………………      1 unit
12. Kapur tulis                                         ………………………….       Secukupnya
13. Helmet safety                                    ………………………….      1 unit
14. Consumer unit 6 way                        ………………………….      1 unit
15. Suis satu hala PVC                            ………………………….     1 unit
16. Suis dua hala PVC                            …………………………..     2 unit
17. Kotak suis 3” X 3” PVC/MC           ………………………….          3 unit
18. Timah                                               …………………………..      Secukupnya
19. Paku Payung                                    …………………………..      Secukupnya
20. Hammer Wiring                               ………………………….        1 unit
21. Batten                                              …………………………..       3 unit
22. Round Block                                    ………………………….        3 unit
23. Cutter                                               ………………………….       1 unit
24. Player                                               ………………………….       1 unit
25. Test Pen                                           ………………………….       1 unit
26. Skru driver                                       …………………………..       1 unit
27. Kabel 1.5mm2 PVC Hitam                …………………………        17 meter
28. Kabel 1.5mm2 PVC Hijau                …………………………         14 meter
29. Simen                                              ………………………….        1 bahagian
30. Pasir                                                ………………………….        3 bahagian   
31. Air                                                   ………………………….         Secukupnya
32. Mentol Filamen 60 W                    ………………………….          3 unit
33. Multimeter                                     ………………………….          1 unit
34. Jangka MegaOhm                         …………………………..         1 unit





LANGKAH KERJA


1. Sediakan peralatan , perkakas dan bahan kerja

 a. Sediakan peralatan dan perkakas yang diperlukan seperti yang disenaraikan pada muka 2 dan muka 3 kertas kerja ini .

b. Pastikan semuanya adalah dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan

c. Rancanglah kerja-kerja anda terlebih dahulu demi untuk menjamin keselamatan.

2. Ukur , tanda dan pahat konkrit/dinding bata.


  a. Dengan berpandukan arahan dan gambarajah rangka di muka  surat  3.   

I. Ukur pada dinding konkrit dengan menggunakan pembaris keluli/ pita konkrit mengikut ukuran yang diberikan.

II. Tandakan dikonkrit menggunakan kapur dan pastikan semua ukuran mengikut   gambarajah.

III. Pastikan kedudukan perkakas seperti  suis, soket dll duduk pada tempat yang betul.

IV. Mulakan kerja-kerja memahat menggunakan tukul besi dan pahat pada dinding konkrit yang telah ditanda.



Nota:
Langkah-langkah keselamatan semasa kerja memahat:

i) Pastikan pelajar memakai Goggle dan helmet safety untuk mengelakkan daripada terkena serpihan batu.

  

3. Memasang timah dan membuat pendawaian pada alur.

 a. Potong dan lekatkan timah pada alur pendawaian.

b. Masukkan kabel mengikut arahan gambarajah pada timah yang telah dilekatkan di alur pendawaian tadi.
c. Lipat timah pada kabel.

d. Letakkan kotak suis PVC/MC di tempat kawalan suis.


4. Buat bancuhan simen dan melepa.


1a. Buat bancuhan simen mengikut bahagian yang telah ditetapkan dengan dicurahkan air sedikit demi sedikit sehingga sekata dengan sekop

b. Gunakan hok kayu dan sudip kemasan dan sapukan pada alur pendawaian secara perlahan agar tidak tumpah sehingga siap

c. Kemudian buat kemasan pada saliran dengan menggunakan pembaris kemasan bagi mendapatkan kerataan yang sekata . 

Lakukan dengan cermat dan berhati-hati agar simen bancuhan tidak tanggal atau tumpah .