BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK
(Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain :
i. Electricity Regulations.
ii. Electricity (Board Supplies) Rules.
iii. Electricity Ordinance.
iv. Safety Regulations.
v. IEE Regulations for electrical installations.
vi. Akta Bekalan Elektrik.
Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang
biasa berlaku pada pendawaian elektrik seperti :
i. Litar pintas.
ii. Arus bocor ke bumi.
iii. Peralatan tidak berfungsi.
Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap
pepasangan-pepasangan berikut:
i. Pepasangan baru elektrik.
ii.
Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau
ubahsuaian.
iii.
Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut
perencanaan bagi tujuan
penyelenggaraan.
iv.
Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.
v.
Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya
apabila berlaku kerosakan terhadap
pepasangan.
vi.
Ujian
untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.
Seseorang perlu kenalpasti
fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi peranti adalah seperti
berikut:
1.
Cut out dan neutral link
Saiz fius 60A dapat ditentukan.
Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal (TNB).
2.
Meter Tenaga (Kwh meter)
Meter tenaga dipasang
oleh pihak pembekal (TNB).
3.
Suis utama (Main switch)
Kadaran saiz fius yang
digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.
4.
ELCB@RCCB
- Fungsinya memberi
perlindungan arus bocor ke bumi.
ELCB@RCCB 1 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar
alat tetap.
Penentuan saiz ELCB@RCCB bergantung pada
jumlah beban
tersambung.
Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.
ELCB@RCCB 2 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar
kuasa.
Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.
5.
MCB (Pemutus Litar Kenit)
- Fungsinya mengawal
arus lebih.
- Ditentukan bergantung kepada jumlah
beban tersambung.
6.
Saiz kabel bagi litar kecil akhir
Ditentukan dari jumlah arus beban yang
digunakan setelah faktor kepelbagaian.
7.
Bilangan litar kecil akhir
Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa
atau arus yang digunakan dalam
pepasangan.
Mengesan
dan Membaiki Kerosakan
Didalam
mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang pendawai itu hendaklah
mengetahui kaedah
melakukan
ujian. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji adalah kemahiran asas yang sepatutnya
ada pada seseorang pendawai.
Pemeriksaan
penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan
sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan
adalah pemeriksaan dengan cara melihat untuk tujuan antara lain seperti
berikut :
1.1 Untuk
memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian
Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya alat tersebut
tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta supaya mengemukakn
surat kelulusan
berkenaan.
1.2 Untuk
memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan lain-
lain
peraturan seperti dalam perkara di atas.
1.3 Untuk
memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau yang
disambung kepadanya.
1. Litar Pintas
Litar pintas
bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik. Bagi pemasangan satu fasa,litar
pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral
.
Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti
apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau
fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan.Begitu
juga apabila kerosakan itu berlaku pada
papan suis utama(PSU),maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan
apabila di ‘ON’ kan .
Di antara penyebabnya
ialah :-
1.
Penebat
kabel terkoyak.
2.
Penebat
kabel cair.
3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh
pengalir elektrik.
4. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal
motor elektrik yang
pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik
dan sebagainya .
Mengesan dan Membaiki Kerosakan
Didalam
mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang pendawai itu hendaklah
mengetahui kaedah
melakukan
ujian. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji adalah kemahiran asas yang sepatutnya
ada pada seseorang pendawai.
Pemeriksaan
penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan
sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan
adalah pemeriksaan dengan cara melihat untuk tujuan antara lain seperti
berikut :
1.1
Untuk
memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard
(BS), Malaysian
Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya alat tersebut
tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta supaya mengemukakn
surat kelulusan
berkenaan.
1.2
Untuk
memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan lain-
lain
peraturan seperti dalam perkara di atas.
1.3
Untuk
memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau yang
disambung kepadanya.
1. Litar Pintas
Litar pintas
bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik. Bagi pemasangan satu fasa,litar
pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral
.
Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti
apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau
fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan.Begitu
juga apabila kerosakan itu berlaku pada
papan suis utama(PSU),maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan
apabila di ‘ON’ kan .
Di antara penyebabnya
ialah :-
1.
Penebat
kabel terkoyak.
2.
Penebat
kabel cair.
3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh
pengalir elektrik.
4. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal
motor elektrik yang
pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik
dan sebagainya .
i. Kaedah mengesan kerosakan
Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah
seperti berikut :-
1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya renjatan semasa
kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
2. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
3. Sekiranya suis utama , PBLK dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang
digunakan , penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti
berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Gunakan pakaian dan peralatan
tangan keselamatan yang disyorkan.
4. Gunakan alat uji rintangan penebat( Insulation Resistor Tester ) untuk mengesan
kerosakan
litar pintas ini.
5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar
sebelum diuji.
( sekiranya sukar ditanggalkan
beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan ). Ini adalah
untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan
alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
6. Lakukan ujian pada
setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya ( fasa dengan
fasa dan neutral ).
7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka
litar tersebut
telah berlaku litar pintas.
8. Teruskan mengesan
litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
9. Tumpukan ujian pada
satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga
punca kerosakan dapat dikenalpasti.
ii. Penyelesaian
Setelah dikenalpasti litar yang rosak
dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru pemasangan pendawaian
elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.
Kerosakan
seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus , cicak , air
dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru
pemasangan pendawaian itu . Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut
tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu
sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja . Benda asing seperti tikus , cicak
, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan
membersihkan penyebab-penyebab tersebut.
Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh
kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik
hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu
dengan yang baru
.2. Litar Bocor Ke Bumi
Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat
arus yang bocor daripada pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik(sama
ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral)ke bumi. Kejadian ini biasanya berlaku
dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian
logam berbumi atau kabel bumi sendiri.
Kerosakan jenis ini
biasanya dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa PBLK
terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu. Begitu juga apabila
kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan
didapati sering terputus apabila di ‘ON’kan .
i) Penyebab kerosakan
Penyebab kerosakan adalah disebabkan
seperti berikut :
1. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.
2. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi
atau bahagian logam berbumi.
3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh
antara pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.
4. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor , lampu , soket
alir keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan
bumi.
5. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skeru pada trunking yang berbumi
atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik
yang berbumi .
ii)
Kaedah mengesan kerosakan
Di antara kaedah
yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :
1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama ( main switch ) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan
kerosakan dilakukan.
2. ‘OFF’kan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
3. Sekiranya suis utama , PBLK dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan , penguji perlu
‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa
melakukan kerja mengesan kerosakan. Sila gunakan pakaian dan
alat-alat kerja tangan keselamatan
yang disyorkan.
4. Gunakan alat penguji rintangan penebat ( Insulatioan Resistor Tester )
untuk mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke
bumi itu.
5.
Terlebih dahulu asingkan
beban seperti lampu , motor elektrik dan alat-alat elektrik dari litar sebelum
diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu
di’OFF’kan ). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah
mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan
alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
6.
Lakukan
ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan
bumi ( fasa –fasa ,neutral dan bumi ).
7.
Sekiranya
bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar tersebut
telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A
Peraturan IEE-Edisi 16).
8. Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
9. Tumpukan
ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu
litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.
iii) Penyelesaian
Setelah dikenalpasti litar yang rosak
dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru pemasangan pendawaian
elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.
Kerosakan seperti kabel terkoyak
(sedikit) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan kepingan logam
bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak
tersebut dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai
dengan dibalut sahaja . Benda asing seperti tikus, cicak , air dan kepingan
logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan
penyebab-penyebab tersebut.
Kerosakan yang disebabkan oleh penebat
kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan
kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan
alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
i. Litar
Pintas
- Simptom : MCB terpelantik dan fius putus.
Kaedah Ujian
:
Ujian
Keterusan.
Alat :
Multimeter (Ohm meter).
Punca
ujian - Pengalir fasa dan pengalir
neutral.
Beban - Ditanggalkan.
ii. Arus
Bocor Ke Bumi
- Simptom : RCCB – Terpelantik.
Kaedah
ujian :
Ujian
Rintangan Penebatan.
Alat : Insulation
Tester.
Punca
Ujian - Pengalir fasa dan pengalir
pelindung.
- Pengalir neutral dan pengalir
pelindung.
Berbeban - Semua suis dalam keadaan “OFF”.
Tanpa
Beban - Semua suis dalam kedaan “ON”.
iii. Peralatan
tidak berfungsi
Ujian yang
dijalankan.
Alat :
Multimeter (Ohm meter)
Ujian
Keterusan.
a) Uji
fius.
b) Uji
suis yang berada pada alat.
c) Uji
pengalir tersambung pada alat.
Prosedur Mencari Kerosakan
i) Baikpulih kerosakan
Bil
|
Jenis Kerosakan
|
Peralatan ujian
|
Tindakan
|
1
|
Litar pintas
|
Multimeter (ohm meter)
|
1. “ON”
2. “OFF”
3. “ON”
4. MCB terpelantik apabila litar yang rosak di “ON”
5. “OFF”
6. “OFF”
7. “ON”
8. “ON”
9. MCB terpelantik bila kerosakan ditemui.
10. Periksa bahagian yang telah dikenalpasti rosak.
11. Periksa alat yang rosak.
12. Ganti alat yang rosak
|
Bil
|
Jenis Kerosakan
|
Peralatan ujian
|
Tindakan
|
2
|
Arus bocor ke bumi
|
Insulation tester
Multimeter(Ohm meter)
|
1. Uji terminal L & E dengan ujian
penebatan
2. Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan
penebat)
3. Kenalpasti kerosakan.
4. Periksa penebat L & E
*Jika tiada kerosakan pergi ke step yang berikutnya.
5. Uji terminal N & E dengan ujian
penebatan
6. Dapatkan bacaan.
- lebih 1MΩ (Baik)
- kurang 1MΩ (Kelemahan
penebat)
3. Kenalpasti kerosakan.
4. Periksa penebat N & E
5. Kerosakan dikenalpasti.
6. Buka tamatan pada bahagian rosak.
7. Baiki kerosakan.
|
3
|
Peralatan tidak berfungsi.
|
Multimeter(Ohm meter)
|
1. Pastikan supply ada.
2. Periksa sambungan pada terminal
penyambungan suis dan beban.
3. Uji fius ke beban (jika fius ada).
4. Uji keterusan pengalir pada alat.
5. Kerosakan dikenalpasti.
6. Baiki kerosakan.
7. Ganti bahagian yang rosak.
Jika tak boleh diganti pisahkan dari pepasangan.
|
Uji dan sahkan pepasangan.
1. Uji dengan ujian litar mati.
2. Uji pepasangan. Ikut prosedur di atas.
Ujian keterusan.
Ujian penebatan.
3. Ujian yang dilakukan bergantung kepada kerosakan yang berlaku.
4. Uji dengan ujian litar hidup.
5. Uji bahagian yang telah dibaik pulih.
6. Masukkan segala data baikpulih di dalam log book.
Soalan.
1. Ujian yang dijalankan dengan hanya menggunakan alat uji sahaja dinamakan ujian
…………………………….
2. Ujian yang dijalankan dengan menggunakan supply dinamakan ujian ………………
INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM
JENIS PENDAWAIAN ELEKTRIK 3 FASA
JENIS TRUNKING
JENIS-JENIS KABEL ELEKTRIK