UJI
UJIAN LITAR MATI PEPASANGAN
ELEKTRIK SATU FASA
TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangan tentang ujian litar mati pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan.
PENERANGAN :
Pengenalan kepada ujian litar mati satu fasa
Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa dan diuji bagi memastikan pemasangan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang ditetapkan. Piawaian yang mesti dicapai adalah diliputi oleh Peraturan IEC, Peraturan Suruhanjaya Tenaga, Peraturan Jabatan Kerja Raya, Piawaian British (BS) dan Piawaian Malaysia (MS).
Ujian litar mati pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pedawaian telah dilakukan mengikut peraturan dan pemasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan. Ujian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan berikut:-
i. Pemasangan baru.
ii. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.
iii. Pemasangan sedia-ada.
iv. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.
v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.
Test Pen |
1. Kaedah dan jenis
pengujian.
Ujian litar mati yang dilakukan tidak menjamin pemasangan
dapat digunakan dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari
masa kesemasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak
mencapai atau memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, kerja penyenggaraan atau
penggantian perlu dilakukan.
Tempoh pengujian sesuatu pemasangan bergantung kepada jenis
pendawaian, tempat pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya,
tempoh pemeriksaan sesuatu pemasangan elektrik pengguna adalah seperti
berikut:-
JENIS PEMASANGAN |
TEMPOH PEMERIKSAAN |
Pemasangan Domestik |
5 tahun |
Pemasangan Pertanian |
3 tahun |
Pemasangan Sementara |
3 bulan |
Pemasangan Penggera Kebakaran |
1 tahun |
Pemasangan Penggera Kecemasan |
Tidak ditetapkan |
Pemasangan Panggung |
1 tahun |
Pemasangan Stesyen Minyak |
1 tahun |
Pemasangan Masjid / Gereja |
Setiap 2 tahun pertama Setiap tahun jika melebihi 5 tahun |
Pemasangan Kedai Dobi |
1 tahun |
Pemasangan Industri |
Kerap-kali |
Ujian litar mati perlu dilakukan sebelum dimasukkan bekalan
elektrik. Ujian ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pemeriksaan
penglihatan dan ujian menggunakan peralatan pengujian.
1.1 Pemeriksaan Penglihatan.
Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan yang dilakukan
dengan mata kasar (visual test) bagi
memastikan:-
i.
Bahan-bahan dan kelengkapan
pemasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan (Piawaian BS/ Piawaian
MS).
ii.
Pemasangan dijalankan mengikut
Peraturan IEE/Suruhanjaya Tenaga/ JKR.
iii.
Tiada kerosakan yang nyata pada
pemasangan atau kelengkapan elektrik.
iv.
Penyambungan kabel ke alatlengkap
pendawaian dilakukan betul dan sempurna.
v.
Tanda pengenalan kabel dilakukan
dengan sempurna dan betul.
vi.
Penggunaan jenis dan saiz kabel yang
sesuai.
vii.
Alat pemencilan dan perlindungan
yang betul digunakan.
viii.
Bahagian-bahagian pemasangan
dilabelkan dengan betul.
ix.
Papantanda notis yang sesuai
disediakan.
x.
Gambarajah dan arahan diletakkan
ditempat yang sesuai.
xi.
Perlindungan sentuhan terus kabel
disediakan dengan betul samada secara penebatan, penutup atau penahan, hadangan
dipasang pada ketinggian yang sesuai dan betul.
xii.
Setiap sambungan pada pengalir kabel
mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal.
xiii.
Setiap pengalir kabel mestilah
dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa
xiv.
Semua kabel dan peralatan mestilah
dipasang di tempat-tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan
keadaan.
xv.
Pemilihan saiz kabel, penebat,
kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian.
i. Sambungan suiz kutub tunggal ke
pangalir fasa sahaja.
ii. Sambungan yang betul ke atas soket,
pemegang lampu dan alat-alat kawalan yang lain.
iii. Semua alat-alat yang digunakan
seperti suis, soket, fius dan lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi
Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.
iv. Beban bagi sesuatu litar hendaklah
diberi perhatian, contohnya bilangan point bagi sesuatu litar.
v. Konduktor Bumi.
a) Perlindungan mekanikal.
b) Perlindungan dari karat.
c) Sambungan yang kuat ke elektrod
bumi.
d) Mengikut saiz.
i. Elektrod Bumi
a)
Saiz dan ukuran panjang.
b)
Jenis bahan.
c)
Kotak bumi (kebuk bumi).
d)
Label amaran.
ii.Tanda-tanda amaran dan pengenalan:
i.
Label pada suis gear dan gear kawalan.
ii.
Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat
bewarna oren.
iii.
Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V.
iii.Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:
a)
Perlindungan dengan halangan.
b)
Perlindungan dengan mengelak jangkauan.
c)
Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.
d)
Perlindungan dengan penahan dan penutup.
e)
Perlindungan dengan penebatan ke atas
bahagian-bahagian hidup.
1.2 Ujian
menggunakan peralatan pengujian
Mengikut Peraturan IEC, semua pemasangan elektrik perlulah
dilakukan ujian-ujian berikut:-
i.
Ujian Kekutuban (Polarity Test).
ii.
Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).
iii.
Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit).
Ujian-ujian ini hendaklah dijalankan mengikut susunan aturan
yang telah dinyatakan. Ini adalah untuk mengelakkan bahaya kepada penguji
litar.
Umpamanya jika ujian keberkesanan pembumian dijalankan
dahulu, dan andaikan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi tidak baik,
bendakerja logam akan mengalirkan arus elektrik. Dengan ini apabila penguji
litar menyentuh bahagian ini, ia akan mengalami renjatan elektrik.
Selain daripada ujian-ujian ini, terdapat beberapa ujian
yang boleh dilakukan pada pemasangan elektrik (bergantung kepada keadaan dan
jenis peralatan elektrik). Diantaranya adalah Ujian Turutan Fasa (Phase Sequence Test), Ujian Kekutuban
Bekalan (Power Supply Polarity Test),
Ujian Penentuan Punca Lilitan Motor (Motor
Winding Tets) dan sebagainya.
1.2.1 Ujian Kekutuban.
Ujian kekutuban dilakukan bagi menentukan semua fius/ MCB
hanya disambungkan kepada pengalir fasa, semua suis dan alat kawalan kutub tunggal
dipasang pada pengalir fasa, sesentuh tepi pemegang lampu jenis sekeru
disambungkan pada pengalir nuteral dan sambungan pada soket-alir-keluar dari
kotak fius agihan betul pada tempatnya.
Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya kepada
pengguna kerana peralatan elektrik atau alat perlindungan tidak dapat berfungsi
dengan berkesan. Umpamanya satu pemasangan lampu mempunyai kekutuban yang salah
(pengalir hidup disambungkan kepunca lampu tanpa melalui suis). Dalam keadaan
ini, lampu masih dapat dikawal sedangkan pengaliran arus tidak dapat dikawal oleh
suis. Sekiranya kerja penyenggaraan lampu dilakukan dan pengalir hidup
disentuh, ia akan terkena renjatan elektrik.
Ujian kekutuban ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu
kaedah pengujian litar mati dan kaedah litar hidup.
BACA SELANJUTNYA DI SINI
BACA JUGA INI
- NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
- PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER
- PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
- PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA
- PERALATAN & BAHAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA - New!
- PROSEDUR MELAPOR KEADAAN TIDAK SELAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELAMAT
- Pengenalan sistem pendawaian sesalur.
- Penyelenggaraan motor elektrik
- Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363
- SAIZ DAN SUSUT VOLTAN KABEL BAWAH TANAH VOLTAN RENDAH
- SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM
- SISTEM PEMBUMIAN
- SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DI MALAYSIA
- SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN 1 FASA
- Sejarah Tenaga Solar dan penjanaan elektrik di rumah
- UJIAN KETERUSAN PENGALIR PERLINDUNGAN PENDAWAIAN
- √ ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK [METER AMPERE, METER VOLT, METER OHM DAN METER GALVANO METER WATT METER TENAGA] - New!
0 Comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.