Pengenalan sistem pendawaian sesalur.
1. Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut.
Dalam sistem bus-bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan bus-bar.
2. Pada kebiasannya sistem pendawaian sesalur tidak boleh bersendirian, tetapi perlu
dibantu oleh sistem-sistem pendawaian yang lain bersama-samanya untuk
membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang ditempat
yang sesuai dengan kedudukan beban.
3. Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai
seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang
dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan di gelar sesalur bucu dinding
4. Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang
besar. Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.
5. Oleh kerana sukar untuk membengkokannya, perancangan teliti perlulah diberi
perhatian agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus-
lurusnya. Beberapa alatambah pemasangan sesalur disediakan bagi memudahkan
kerja-kerja pemasangan antaranya ialah offset, selekoh begkokan sudut tegak, cabang
tee dan sebagainya. Dengan adanya alatambah ini kerja-kerja pemasangan akan
menjadi lebih mudah
6. Penggunaan sesalur bawah lantai dan bucu dinding amat terbatas sekali disebabkan
oleh kesukaran pemeriksaan dan bahaya sentuhan
7. Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 x 38 mm hingga ke 300 x 150 mm luas muka
keratan segiempatnya. Panjangnya pula ialah diantara 2 meter hingga 4 meter.
Kebaikan pemasangan sesalur ini ialah:
a. Ia dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar
b. Tambahan , perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan
c. Kerja pemasangannya cepat
d. Perlindungan mekaniknya baik
e. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu
f. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.
Keburukan sistem sesalur ini pula ialah:
a. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli sesalur
b. Ramai pekerja yang mahir diperlukan
c. Mudah ditempati habuk dan kekotoran
d. Susah dibawa dan dipasang
e. Tidak cantik
f. Memerlukan perancangan yang teliti di tempat ia akan dipasang
g. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja - tidak berliku-liku.
SOALAN: anda mempunyai idea atau nota elektrik Pengenalan sistem pendawaian
sesalur yang lengkap? Jika ya sila bagi respon di ruangan komen. Terima kasih.
- BACA JUGA ENTRI INI : PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER - New!
Searches related to Pengenalan sistem pendawaian sesalur.
sistem pendawaian permukaan
sistem pendawaian konduit
tempoh pendawaian elektrik
sistem pendawaian domestik
panjang konduit pvc
kaedah pemasangan kabel
sistem pendawaian elektrik di rumah
sistem pendawaian elektrik motosikal
sistem pendawaian permukaan
sistem pendawaian konduit
tempoh pendawaian elektrik
sistem pendawaian domestik
panjang konduit pvc
kaedah pemasangan kabel
sistem pendawaian elektrik di rumah
sistem pendawaian elektrik motosikal