PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)

 PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)


PENERANGAN :  

Ø Pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap tiap-tiap satu pepasangan  
   Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini dijalankan

 
PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)    PENERANGAN :    Ø Pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap tiap-tiap satu pepasangan       Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini dijalankan
 PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)
1. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pepasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain:

· Peraturan-peraturan Keselamatan 1994
· Akta Bekalan Elektrik 1990
· Peraturan Suruhanjaya Tenaga
· Piawai MS IEC 60364 ‘Electrical Installations of Building’

Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi borang pepasangan elektrik,
Termasuk hal-hal ubah-suai mengikut keperluan-keperluan amalan di Malaysia. Selain itu, pematuhan kepada keperluan keselamatan akan dapat dielak dari berlakunya kemalangan elektrik samada yang boleh menyebabkab kecederaan anggota badan, kehilangan nyawa dan harta benda.

2. Spesifikasi dan prosedur pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik


i. Mengikut Peraturan 12 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu sedia oleh Pendawaian dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa. Setelah siap, pendawaian berkenaan hendaklah memperakukan mengesahkan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

ii.  Mengikut Peraturan 13 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Satu Fasa atau oleh Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

iii. Mengikut Peraturan 14 (1) Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.



        

TAJUK : PERALATAN PENGUJIAN 1 FASA


PENGENALAN :  

Kerja-kerja pengujian 1 fasa memerlukan beberapa peralatan,perkakas dan alatambah yang dapat membantu melaksanakan pengujian dengan betul dan selamat. Sebelum pengujian dijalankan, proses pemeriksaan mata kasar dibuat untuk memastikan bahawa suatu pemasangan itu telah siap secara fizikalnya.

1. Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa menggunakan apa-apa alat uji. Beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu:
a. Sambungan pengalir ketat dan baik
b. Pengenalan dan kod warna kabel betul.
c. Pemilihan saiz kabel betul
d. Keadaan fizikal peranti dan kelengkapan dalam keadaan baik dan selamat (tidak                    
   pecah, reput atau tidak sempurna)

2. Setiap pepasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat. 

Ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pepasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pepasangan ini boleh disenggarakan dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap sesuatu pepasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian  ini dijalankan.


3. Diantara peralatan,perkakasan  dan alatambah yang di gunakan bagi tujuan pengujian 1       
   fasa ialah:
Meter pelbagai.
Penguji rintangan penebatan.
Penguji rintangan bumi.
Loop tester.
Ring socket tester.
Loceng/buzzer.
Test lamp.
DB 1 fasa.
CLIP ON METER





4. Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu pepasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pepasangan elektrik. Antara ujian litar mati yang perlu dilakukan adalah:
           
· Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
· Ujian keterusan pengalir pelindung
· Ujian rintangan elektrod bumi
· Ujian penebatan
· Ujian kekutuban


5. Pemeriksaan Dan Ujian Pendawaian Elektrik


5.1 Kehendak Perundangan

Mengikut peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau sekatan fasa tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu perakuan penyelian dan penyiapan.

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan perakuan ujian bagi pepasangan itu.

Mengikut peraturan 13(1) dan (2). Peraturan-peraturan elektrik 1994 menyatakan perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang telah ditetapkan dalam jadual pertama.


6. Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor, alat pemanas air dan sebagainya hendaklah diuji secara berasingan.  Jika alat ini ada sambungan atau terminal bumi, ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan bumi atau logam terdedahnya. Bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 0.5 Mega-Ohm. Jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas atau rintangan rendah pada alat-alat itu dan termasuk juga neutral atau di antara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau mana-mana logam yang dibumikan.

  

RUJUKAN :



1. Abd Samad Hanif 2004 Lukisan Elektrik dan Elektronik, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur ( Muka surat 53- 56)

2. Abd Samad Hanif Teknologi Elektrik, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.Bhd.
( Muka surat 126-127)




PENGUJIAN (Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik)
  1. PENGUJIAN ( Tutorial pengujian Peralatan dan pemasangan/pendawaian elektrik dengan tepat)
PENGURUSAN PEKERJAAN
  1. PENGURUSAN PEKERJAAN (BIDANG KEJURURTERAAN ELEKTRIK) - New!

PENGURUSAN PEKERJAAN (Kejuruteraan Elektrik)

  1. BEGINI CARA MENGURUS PEKERJA (Kejuruteraan Elektrik)