Jenis Sistem Pendawaian Sesalur

Jenis Sistem Pendawaian Sesalur  

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar kecil akhir dan banyak bahaya mekanik.

Jenis pendawaian sesalur

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Ø Sistem bus-bas sesalur atas
Ø Sistem bus-bar sesalur memanjat


Sistem Bus-Bar Sesalur Atas.
 Sistem ini serupa juga dengan sistem bus-bar sesalur memanjat; bezanya hanyalah daripada segi kedudukan . Sistem ini di tempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.


Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini biasanya diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan poin lampu agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem bus-bar sesalur atas ini.

Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalannya. Sistem pendawaian yang biasa bergandingan dengan sistem ini ialah sistem pendawaian konduit.

Sistem bus-bar biasanya digunakan di perusahaan-perusahaan kecil sebab mesin-mesin di situ kerap berubah tempat. Dengan adanya sistem ini litar dapat dipindahkan dengan mudah tanpa membuat sebarang pertukaran kabel dan pendawaian tetapi hanya perlu mengubah sambungan tap akhir ke bus-bar itu sahaja.

Sistem Bus-bar Sesalur Memanjat
Sistem ini hanya digunakan dalam keadaan memanjat. Ia biasanya digunakan di rumah bertingkat-tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. 

Kadar kemampuan arus sistem ini ialah kira-kira 300 A. Panjang setiap sesalur ini dilalukan melalui lapisan lantai setiap tingkat, ia mesttilah diadang antaranya dengan bahan tahan kebakaran seperti benang bulu kaca setebal kira-kira 5-8 cm dan disokong oleh abestos. Bus-bar yang berada di pengadang mestilah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat. Untuk keselesaan bus-bar mengembang dan mengecut, pengadang ini disediakan untuk mengelakkan kebakaran merebak ke tingkat yang berlainan.

Sistem ini perlulah dibantu oleh sistem-sistem pendawaian lain sebelum ia dapat memebekalkan bekalan ke beban-beban yang dikehendaki

Sistem Pendawaian Bus-bar.

Keburukan –
Untuk memasang sistem ini pekerja-pekerja bukan sahaja perlu mahir tetapi mestilah juga mempunyai kepakaran yang tinggi kerana sistem ini sukar dipasang serta memerlukan alatan yang khas.

Kebaikan dan kegunaan –
Sistem ini berupaya membawa arus yang tinggi. Walaupun pemasangan sistem ini sukar, tetapi ia kelihatan kemas dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem  pendawaian bus-bar biasa dipasang di rumah yang bertingkat-tingkat dan kilang. 

 Bus-bar kuprum


Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran kuprum dan  bersalut. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain.

 Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah  membuat sambungan  dan kemas serta mudah melakanakan kerja pemasangan. Kedudukan bas- bar dipasang mendatar atau menegak dalam sub papan suis

Jenis-jenis pengalir sesalur tetingkat

Umumnya ada terdapat dua jenis bentuk pengalir didalam sesalur yang biasa digunakan iaitu square type
dan circular type




Rajah 1 : Gambarjah pepasangan sesalur bas bar atas kaedah melintang



Rajah 2 : Gambarjah pepasangan bas bar sesalur tetingkat

artikel berkenaan sistem pendawaian sesalur




Jenis Sistem Pendawaian Sesalur