Berikut penjelasan lengkap tentang Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363 untuk rujukan anda.
Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363
1. Setiap pengalir pada litar gelang mestilah bermula dari satu alat perlindungan dalam kotak agihan dan disambungkan pada setiap punca soket dan berakhir dipunca yang sama dikotak agihan itu.
2. Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir pelindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral kecuali litar gelang itu dibuat didalam kondiut, sesalur atau dengan menggunakan kabel yang berlapikkan logam.
3. Kapasiti membawa arus kabel (kadar arus kebel) tidak boleh 0.67 kali kadaran arus perlindung atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut.
4. Apabila terdapat dua atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama soket alir keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.
5. Alat tetap yang dipasang didalam litar gelang mestilah disambung dari sulur/taji berfius dengan kadaran fiusnya tidak melebihi 13 A.
Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih 2 meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadaran tidak melebihi 16 A.
6. Alat pemanas, pemanas air takongan 15 liter dan pemanas immersion tidak boleh disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban tersebut
v Litar Akhir Alat Pemasak Rumah Kediaman mudah alih mestilah disambung dengan menggunakan cable cord (kabel mudah lentur) kesoket alir keluar.
Melainkan alat memasak yang lebih daripada 4 kw, ia tidak boleh dianggapkan mudah alih. Oleh itu bagi alat memasak yang lebih daripada 3 kw boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.