Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Maksud Faktor Kepelbagaian (Diversiti) elektrik dan manfaatnya untuk anda.
Maksud Faktor Kepelbagaian (Diversiti) elektrik
Maksud Faktor kepelbagaian Elektrik ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan
pengurangan arus bagi sais pengalir kabel, kabel perkhidmatan, pengasingan, dan alat perlindungan.
Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik
digunakan serentak pada suatu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan
atau menggunakan lampu, streak, pembakar roti, dapor elektrik, televisyen, alat stereo dan
lain-lain dalam suatu masa yang sama. Oleh itu arus maksimum yang mengalir dalam
pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan.
Bila kesemua alat
kelengkapan elektrik digunakan serentak. Adalah tidak ekonomik sekiranya kita
menggunakan kabel, suis dan pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan
pada permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini faktor
kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual 4B peraturan IEE..
Berikut ialah jadual sais kabel dan kadar arus nominal alat perlindungan sebagai panduan bagi memilih saiz kabel yang sesuai selepas dikira anggaran kepelbagaian.
Luas Keratan Rentas Kapasiti Membawa Kadar Arus Nominal
Rentas Kabel (mm2) Arus (Amp) Alat Perlindungan (Amp)
1.5 15 3
2.5 18 5
4.0 34 10
6.0 41 15
10.0 54 20
16.0 74 30
25.0 97 40
35.0 119 45
60
80
100