AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514)


1.    PENERANGAN

Akta-akta yang berkaitan dalam Kertas Penerangan ini ialah Akta (514) 1994 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Akta (139) 1967 - Akta Jentera dan Kilang.
                      i.        ACT (514) 1994 -Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA): Suatu Akta yang diperuntukkan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514)

                     ii.        ACT (139) 1967 - Akta Jentera dan Kilang 1967: Suatu Akta yang   diperuntukkan untuk mengawal pengilang supaya bertanggungjawab dalam perkara yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta pemeriksaan terhadap jentera/ mesin dan yang berkaitan dengannya.




2.        KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

2.1 TUJUAN
Tajuk ini bertujuan untuk menerangkan kewajipan pekerja, khasnya memahami fungsi dan peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta Pegawai Keselamatan  dan Kesihatan (SHO). [ Rujuk kepada ACT514. Part VI. Section 24(1 )]

a)    Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

    Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :-
                      i.        Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
                     ii.        Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain melalui akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

   Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.

                   iv.        Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

                     v.        Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

b)   Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja
i.    Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika [Rujuk kepada ACT 514, Part VII, Section 30(1) ] :
    terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat
kerja; atau
    Ketua   Pengarah   mengarahkan    penubuhan   jawatankuasa
sedemikian di tempat kerja.

              ii.       Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang
ditubuhkan di bawah Seksyen 30(1) Bahagian VII Akta 514,
pemilihan atau perlantikan pekerja ke jawatankuasa itu, kuasa
anggota-anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang
berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu
hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

iii          Setiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan untuk membuat dan menyenggara perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja serta dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.

iv       Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

            c)     Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan dl tempat kerja menurut  Seksyen 30 Akta 514 :

                              i.        Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

                             ii.        Hendaklah menyiasat  perkara-perkara berikut di tempat kerja :-

·         yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil bekerja di tempat itu tidak selamat atau memberi risiko kesihatan dan

·         yang telah diadukan  untuk perhatian majikan.

                            iii.        Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang dlsebut dalam perenggan (ii) di atas dan jika ia tidak berupaya berbuat demikian hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu pemeriksaan di tempat kerja  bagi maksud Itu.

                           iv.        Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan oleh majikan.









SOALAN

  1. Berikan 3 kewajipan am pekerja di tempat kerja.

a.    __________________________________________________________________________________________________________________________________
b.    __________________________________________________________________________________________________________________________________
c.    _________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Huraikan secara ringkas Akta (514) - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Huraikan secara ringkas Akta (139) 1967 - Akta Kilang dan Jentera  1967.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________





REFERENCE( S):

1.        Occupational Safety and Health ACT 1S94 (ACT514)-ILBS
2.        Factories and Machinery ACT 1967 (ACT139) - ILBS
3.        Safety-Health and Working Conditions - Training Manual - Malaysian Society  
        for Industrial Safety

Baca Juga Ini.

  1. MENGURUS BAHAN KIMIA BERBAHAYA - New!
  2. PROSEDUR MELAPOR KEADAAN TIDAK SELAMAT DAN TINDAKAN TIDAK SELAMATNew!