√ ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK [METER AMPERE, METER VOLT, METER OHM DAN METER GALVANO METER WATT METER TENAGA]

Salam semua pelajar dan juga para pensyarah yang dihormati sekelian. Kali ini saya akan bincangkan tajuk alat pengukuran Elektrik pula.

APA ITU METER AMPERE, METER VOLT, METER OHM DAN METER GALVANO METER WATT METER TENAGA?

PENGENALAN ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK


Terdapat dua kategori meter iaitu meter analog dan meter digital.

Meter analog menggunakan prinsip keelektromagnetan untuk mengerakkan jarum penunjuk meter.
Meter digital menggunakan litar bersepadu.

Bagi mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan jarum penunjuk berada di atas garis skala sifar.

Meter Volt- digunakan  untuk mengukur voltan pada beban. Meter volt disambung selari dengan beban.
Meter Volt



APA ITU METER AMPERE, METER VOLT, METER OHM, METER GALVANO? ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK

Meter Ampere – digunakan untuk mengukur arus yang melalui beban. Meter Ampere disambung secara siri.

Meter Volt- digunakan  untuk mengukur voltan pada beban. Meter volt disambung selari dengan beban.

Meter Ohm- digunakan untuk mengukur nilai perintang. Meter  Ohm disambung secara selari dengan beban.

Meter Galvano- digunakan untuk menentukan arah aliran arus beban. Meter Galvano disambung siri dengan beban.Kedudukan skala sifar meter adalah ditengah-tengah.

APA ITU METER WATT- ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK


Meter mempunyai dua jenis pengkalan iaitu pengkalan arus yang disambung siri dan pengkalan voltan yang disambung selari.

Pengkalan yang bertanda ± merupakan pengkalan sepunya bagi pengkalan arus dan voltan. 
Bacaan  meter ini dinyatakan dalam Watt (W).


APA ITU METER TENAGA

Digunakan untuk mengukur kuantiti tenaga elektrik yang digunakan di dalam unit kiloWatt-jam.

Meter tenaga yang terdapat di rumah kediaman adalah untuk mengukur kuantiti tenaga yang digunakan oleh pengguna.

Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna berganung kepada jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan dan tarif yang ditetapkan pembekal.


METER PELBAGAI (MULTI METER) - ALAT PENGUKURAN ELEKTRIK


Multi meter Merupakan meter yang boleh digunakan untuk mengukur pelbagai kuantiti elektrik seperti arus, voltan dan rintangan.

METER PELBAGAI (MULTI METER)

Multi meter Merupakan meter yang boleh digunakan untuk mengukur pelbagai kuantiti elektrik seperti arus, voltan dan rintangan.

Cara menyambung meter pelbagai pada litar bergantung kepada jenis kuantiti yang hendak diukur.

Meter pelbagai mempunyai beberapa tombol kawalan untuk dilaraskan sebelum meter digunakan.


KESIMPULAN


Meter merupakan alat pengukuran elektrik yang sangat sensitif. 

Oleh itu meter perlu dijaga supaya sentiasa dalam keadaan baik.

Langkah-langkah menjaga keselamatan dan jangka hayat meter:

1) Pastikan meter disimpan ditempat yang selamat.

2) Pastikan meter digunakan sesuai dengan kuantiti      
          yang hendak diukur.

3) Pastikan kekutuban meter betul.

4) Pastikan julat meter pada kedudukan yang betul.

5) Sekiranya julat yang diukur tidak diketahui, pilih 
          julat yang tertinggi.




Carian berkaitan dengan alat pengukuran elektrik


  • alat pengujian elektrik
  • jenis pengujian elektrik

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.