SISTEM PEMBUMIAN

SISTEM PEMBUMIAN





Kertas penerangan ini menerangkan takrif sistem pembumian, tujuan pembumian diadakan untuk pemasangan elektrik, istilah-istilah pembumian dan bahagian-bahagian system pembumian.  


PENERANGAN


          Perkataan ‘BAHAYA’ mengikut takrif Peraturan IEE bermaksud satu keadaan yang boleh mendatangkan kemudharatan pada tubuh badan akibat aripada penggunaan tenaga elektrik.

          Mengikut Peraturan IEE, kebocoran arus kebumi litar elektrik boleh dilindungi dengan menggunakan cara-cara berikut:-
 Kertas penerangan ini menerangkan takrif sistem pembumian, tujuan pembumian diadakan untuk pemasangan elektrik, istilah-istilah pembumian dan bahagian-bahagian system pembumian.


1. Menebat semua bahagian yang terdapat pada litar elektrik.
2. Menggunakan alat-alat elektrik yang mempunyai penebat berlapis.
3. Mengasingkan bendakerja logam dengan bahagian hidup litar elektrik.
4. Menggunakan sistem pembumian.


Takrif Pembumian


          Pembumian bolehlah ditakrifkan sebagai satu system perlindungan litar elektrik yang menyambungkan bendakerja logam dengan bumi.


Tujuan Pembumian


          Tujuan pembumian diadakan pada pemasangan elektrik adalah:-

1. Untuk mengekalkan keupayaan system pendawaian supaya sentiasa berada dalam keupayaan yang
    sama dengan bumi (0 V).

2. Untuk membolehkan arus mengalir kebumi sekiranya berlaku kerosakan pada system pendawaian.

3. Untuk mengurangkan kesan kejutan elektrik kepada pengguna.

 Mengikut Peraturan, semua bendakerja logam yang terdapat dalam system pendawaian mestilah dibumikan. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian bendakerja logam yang dikecualikan daripada dibumikan. 

Bendakerja logam tersebut adalah:-

1. Logam pendek yang diasingkan, yang digunakan sebagai perlindungan mekanikal.

2. Klip logam untuk menyokong kabel.

3. Penutup lampu logam.

4. Logam-logam kecil seperti paku, sekeru dan plet nama yang diasingkan dengan bahan penebat.

5. Rantai logam menggantung lampu dan peralatannya.

6. Logam peralatan lampu berfilamen, yang dipasang atas lantai kalis air.

Related Posts:

  • PENGUJIAN LITAR ELEKTRIK 1 FASA PENERANGAN :  PENGUJIAN SATU FASA Ø  Pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap tiap-tiap satu pepasangan      Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini… Read More
  • SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM BERIKUT ADALAH SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM YANG LENGKAP. SEJARAH LAMPU NEON INI BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK ANDA. Entri kali ni saya nak dedahkan berkenaan dengan sejarah lampu n… Read More
  • LAMPU LED [SEJARAH LAMPU LED]1. Pengenalan Lampu LEDLight Emitting Diode  disingkatkan menjadi lampu LED. Lampu LED ialah komponen elektronik yang dapat memancarkan cahaya monokromatik apabila diberikan tegangan yang maju. LED juga keluarga kep… Read More
  • APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK? (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK? Elektrik -Electricity adalah tenaga. -Electricity adalah pergerakan elektron dalam konduktor. -Electricity boleh didapati dalam d… Read More
  • UJIAN LITAR MATI PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA UJI UJIAN LITAR MATI PEPASANGANELEKTRIK SATU FASATUJUAN : Kertas penerangan ini menerangan tentang ujian litar mati pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan. … Read More