PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER
Pendawaian Pepasangan sesalur tetingkat cable riser adalah sebuah sesalur laluan
bekalan pepasangan tiga fasa voltan rendah dimana sumber bekalan yang disalurkan
daripada papan suis utama voltan rendah dapat diagihkan ke dalam pemasangan di
bahagian papan agihan atau terus disambungkan khususnya di dalam
bangunan bertingkat Perkataan sesalur tetingkat adalah relatif bagi memudahkan
sambungan bekalan di setiap tingkat bangunan.
Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana ia hanya
digunakan untuk memebawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak sampai ke beban.
Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke sebuah bilik
kawalan.
Spesifikasi penggunaan pepasangan sesalur tetingkat
a. Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan cabang-
cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran akan mengambil
bekalan melalui system pepasangan sesalur tetingkat.
b. Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah dipasang bagi
memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan ke beban tersebut.
c. Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-mana
bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau terdapat aktiviti
penyelenggaraan pepasangan.
d. Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan sekiranya
terdapat beban baban besar dalam pepesangan elektrik.
e. Sesalur tetingkat digunakan untuk bangunan bertingkat atau beban yang berada agak jauh atau
tinggi dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-
kerja kawalan senggaraan.
e. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sesalur tetingkat adalah bergantung kepada keupayaan membawa
arus, serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah sesalur hanya mengawal beban elektrik
yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elekttrik yang berada diatas bumbung bangunan.
e. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sesalur tetingkat adalah bergantung kepada keupayaan membawa
arus, serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah sesalur hanya mengawal beban elektrik
yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elekttrik yang berada diatas bumbung bangunan.
Sekiranya anda ada nak ditambah pada artikel ini sila beri komen anda diruangan komen.
Terima kasih. Selamat maju jaya!
BACA JUGA TENTANG : CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
TAGS PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER
PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER-Nota terbaru
PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER-Nota penting
PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER-Nota terkini
PENDAWAIAN PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT CABLE RISER-Nota yang harus anda baca