INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM - pemasangan pengesan alat kebakaran

INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM -  pemasangan pengesan alat kebakaran

Tujuan utama pemasangan pengesan alat kebakaran ialah untuk mengesan kebakaran di peringkat awal.   Biasanya alat pengesan ini diletakkan di bahagian atas tempat yang dilindungi.   Sebagaimana yang telah diketahui bahawa sesuatu kebakaran akan menghasilkan haba, asap, api dan bahangan.  
pemasangan pengesan alat kebakaran
Sistem Fire Alarm Electrical System mempunyai beberapa bahagian komponen penting,   komponen tersebut ialah:-

1. Pengesan “Detector”
2. Panel Kawalan “Control Panel”
3. Loceng Kecemasan



1. Pengesan “Detector”


Terdapat berbagai jenis Alat Pengesan kebakaran dan yang paling terkenal adalah seperti berikut:-

a. Pengesan Asap (Smoke detector)
ü “Ionnization Detector”
ü “Optical Detector”
b. Pengesan bahangan (Rrediation Detector)
c. Pengesan Haba(Heat Detector)


Berbagai-bagai cara digunakan untuk menyesuaikan kegunaan alat pengesan ini.   Satu cara yang biasa digunakan ialah dimana alat pengesan ini disambungkan terus ke sistem “Fire Alarm” di sesuatu bangunan dan kemudiannya disambungkan ke Balai Bomba yang paling hampir.  

 Salah satu cara lagi ialah dengan menyambungkan kepada Sistem Pemasangan  Tetap di mana apabila alat pengesan ini dapat mengesan kebakaran ianya akan menghantar isyarat “Fire Alarm Panel” dan seterusnya akan membenarkanagen pemadam dilepaskan bagi memadam kebakaran.


a. Alat Pengesan Asap(Smoke Detector)


Alat ini merupakan satu alat yang sama berbentuk bulat dan di bahagian tepinya terdapat lubang-lubang halus untuk membenarkan asap dan udara masuk kedalamnya.   Alat ini biasanya diletakkan atau dipasangkan di atas bangunan dan jauh dari lubang angin dan sebagainya kerana jika alat ini dipasangkan berhampiran dengan lubang angin atau tempat dimana terdapat arus angin,keberkesanan alat ini berkurangan.


ü “Ionization Detector”

  
Binaan badan alat ini adalah merupakan satu tabung bulat yang memanjang dan terdapat jejaring dawai halus dibahagian tepi sebelah bawah.   Ini bertujuan membenarkan udara dan asap masuk ke dalam “Chamber”.   Didalam “Chamber” dilengkapkan dengan dua “Electrodes” yang disambungkan kepada dua wayar melalui “Amplifier”  yang disambung dengan “Radio Active Source”.

Dalam keadaan biasa, pergerakkan “Ions”diantara dua menyebabkan hanya sedikit arus elektrik yang mengalir keluar ke litar.   Oleh kerana arus letrik ini rendah maka “Amplifier akan mengawasi.  

 Bila berlaku kebakaran, asap akan masuk ke dalam “Chamber” dan”Ions” kerana tarikan kuasa letrik dan akan melambatkan pergerakkan.   Ini akan menyebabkan arus letrik berkurangan.   

Bila ini terjadi dan jumlahnya di bawah takat yang dihadkan, “Amplifier” akan menyembunyikan amaran.

INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM -  pemasangan pengesan alat kebakaran
INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM 


 

ü “Optical Detector”


Alat ini direkan dengan menggunakan dua komponen penting yang mengawal pergerakkan untuk berfungsi.   Komponent tersebut ialah “Light Source” dan “Photo Electric Cell”.   Terdapat dua jenis “Optical Detector” iaitu “The Light-scatter Type”  dan “Obstruction Type”


i) “The Light –Scatter type”


Alat ini merupakan seperti satu tabung bulat pendek dan dibuat dari bahan yang tidak tembus udara.   Di dalamnya dipasangkan dengan punca cahaya dan “Photo-electric cell” di bahagian atas.   Pada bahagian bawah terdapat lubang-lubang halus untuk membenarkan asap masuk sekiranya berlaku kebakaran.  

 Dalam keadaan biasa (Non-Fire) Punca Cahaya yang dipancarkan akan terus memancarkan cahayanya secara melintang.   Tetapi bila berlaku kebakaran, asap yang masuk akan menyebabkan pancaran terhalang dan ini akan menyebabkan cahaya itu akan terpesong ke “Photo-electric cell”

ii) “Obstruction type”

Dalam keadaan biasa, cahaya yang dipancarkan dari punca cahaya akan melalui satu kanta bagi menumpukan cahaya ke “Photo-electric cell”.   Bila berlaku kebakaran, asap akan masuk ke dalam “Chamber” dan dengan ini cahaya akan terhalang dari terkena “Photoelectric cell” dan akan menyebabkan loceng berbunyi.

b. Pengesan Haba “Heat Detector”

Alat pengesan haba ini direka bagi mengesan apai atau kebakaran di peringkat awal.   Ini adalah baik kerana ia dapat mengesan semasa haba mula terhasil.   Alat ini adalah alat pengesan yang mula-mula sekali dicipta bagi tujuan mengesan kebakaran

Pengesan haba ini bekerja dengan tiga (3) cara:

i. “Melting of fusion in metal”
ii. Pengembangan pepejal,cecair atau gas
iii. Menggunakan kesan elektrik


i. Melting of fusion in metal

Alat pengesan haba ini terbahagi kepada beberapa jenis kendalian, diantaranya ialah :-
· Alat Pengesan DIMAC
· Alat Pengesan Haba “Break –link Cable”

ii. Pengembangan pepejal,cecair atau gas
Alat pengesan haba ini terbahagi kepada beberapa jenis kendalian, diantaranya ialah :-
· Alat Pengesan Haba “FIDELA”
· Alat Pengesan Haba Menggunakan Prinsip Pengembangan “BI-METAL STRIP”
· Alat Pengesan Haba “Rate of Rise”




Baca juga:
Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI
  1. Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI
  1. DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM - New!
Definisi Voltan Elektrik
  1. Apa makna/maksud voltan elektrik.
  2. Definisi Voltan Elektrik
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
HUKUM OHM
  1. HUKUM OHM