SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN 1 FASA

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang sistem pendawaian permukaan termasuk jenis kabel yang digunakan dan manfaatnya untuk anda.

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN 1 FASA .

                 
 Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu 

pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan 

tambahan .
Berikut adalah penjelasan lengkap tentang sistem pendawaian permukaan termasuk jenis kabel yang digunakan dan manfaatnya untuk anda.


Ciri-ciri pemilihan  


Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan

1) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal

2) Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu

3) Kos perbelanjaan murah

4) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit

5) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang

6) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian

7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil



Jenis-jenis kabel yang digunakan


            Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal .

Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.

Kaedah pemasangan kabel

             Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan dinding atau siling .

Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada jenis logam .

Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibanggunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling
                
Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong
                

Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a )      
                                 Jarak  maksimum bagi klip
Garis
pusat
Kabel getah tanpa perisai pvk
atau plumbum - bersalut
Kabel beperisai
Kabel penebat mineral salut kuprum atau salut aluminium
Ke
seluruh
an

umum

Dalam kawalan


Kabel
1
Mendatar
    2
Memugak
    3
Mendatar
   4
Memugak
     5        
Mendatar

     6
Memugak
    7
Mendatar
     8
Memugak
     9
   Mm
     9
15
15 20
20    40
Mm
250
300
350
400
Mm
400
400
450
550
Mm


150
Mm


250
Mm

350
400
450
Mm

450
550
600
Mm
600
900
500
Mm
800
1200
2000

Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima 12 kabel boleh diklipkan bersama.


  Penerangan tentang ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian:

1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.

Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.   

2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.

Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.

3. Harga pendawaian.
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. 

Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.

4. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.

Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.

5. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya

  
6. Harga pendawaian .

Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. 

Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.

7. Tempoh ketahanan pemasangan.

Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem pendawaian.

8. Keadah khusus .

Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.

9. Masa menyiapkan.

Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.

10. Tambahan litar atau perubahan litar.

Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.

11. Kekemasan dan kecantikan.

Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.    

12. Voltan bekalan .

Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. 

Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. 

Oleh kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan.