PENGUJIAN PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

 PENGUJIAN PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA


TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangan tentang kaedah pengujian pembumian pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan. 


PENERANGAN : 

PENGUJIAN PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

Meter pelbagai @ multimeter

Photo Via https://www.electronicshub.org/


1. Pengenalan kepada pengujian pembumian


Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa dan diuji bagi memastikan pemasangan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang ditetapkan seperti Akata Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, Panduan Suruhanjaya Tenaga (ST), Panduan Jabatan Kerja Raya (JKR), Piawaian British (BS) dan Piawaian (IEC) Piawaian Malaysia (MS). 


Pengujian pembumian pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pemasangan pembumian telah dilakukan mengikut peraturan. dan pemasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.


1.1 Pengujian pembumian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan berikut.


i. Pemasangan baru.

ii. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.

iii. Pemasangan sedia-ada.

iv. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.

v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.



1.2 Ujian keberkesanan pembumian


Sistem bekalan elektrik pengguna diperolehi daripada system bekalan tiga fasa dengan pengalir nuteralnya dibumikan dipencawang. 

Dengan ini bui disekeliling pengguna boleh mengalirkan arus kembali kepencawang supaya pengguna dapat dilindungi sepenohnya. 

Pergerakan arus kepencawang hanya boleh dicapai sekiranya rintangan bumi rendah. Bagi menentukan keadaan bumi pengguna sentiasa berada dalam keadaan baik atau rendah, ujian keberkesanan pembumian dijalankan.


Terdapat empat jenis ujian yang biasa dilakukan iaitu :-


i. Ujian pengalir terusan bumi.

ii. Ujian galangan bumi.

iii. Ujian keberkesanan pemutus litar.

iv. Ujian rintangan elektrod bumi. 


Ujian ini dilakukan bagi memastikan pengalir terusan bumi telah disambung dengan baik dan berkesan pada litar pemasangan. Ujian ini boleh dilakukan dengan empat kaedah iaitu Ujian AU, Ujian pengurangan AU, Ujian AT pada pemasangan AU dan Ujian AT pada pemasangan AT.

BACA SELANJUTNYA DIBAWAH INI


Related Posts:

  • LAMPU LED [SEJARAH LAMPU LED]1. Pengenalan Lampu LEDLight Emitting Diode  disingkatkan menjadi lampu LED. Lampu LED ialah komponen elektronik yang dapat memancarkan cahaya monokromatik apabila diberikan tegangan yang maju. LED juga keluarga kep… Read More
  • SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM BERIKUT ADALAH SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM YANG LENGKAP. SEJARAH LAMPU NEON INI BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK ANDA. Entri kali ni saya nak dedahkan berkenaan dengan sejarah lampu n… Read More
  • PENGUJIAN PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA PENGUJIAN PEMBUMIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASATUJUAN : Kertas penerangan ini menerangan tentang kaedah pengujian pembumian pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakuk… Read More
  • UJIAN LITAR MATI PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA UJI UJIAN LITAR MATI PEPASANGANELEKTRIK SATU FASATUJUAN : Kertas penerangan ini menerangan tentang ujian litar mati pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan. … Read More
  • PENGUJIAN LITAR ELEKTRIK 1 FASA PENERANGAN :  PENGUJIAN SATU FASA Ø  Pengujian adalah merupakan suatu kemestian terhadap tiap-tiap satu pepasangan      Elektrik. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-ujian ini… Read More

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.