Penyaman udara seperti juga mana-mana peralatan elektrik yang akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan.
Mengesan dan membaiki kerosakkkan mekanikal dan elektrikal sistem penyaman udara domestik.
PENYAMAN UDARA TIGA FASA |
KEROSAKKAN
|
TANDA-TANDA KEROSAKKAN
|
PEMBAIKKAN
|
1. Pemampat hidup henti
|
· Pelindung beban lampau rosak.
· Bekalan voltan rendah.
· Pemeluwap kotor dan tersumbat.
· Buli perasa larasuhu terkena penyejat.
· Aliran udara tersekat melalui pemeluwap
|
· Ganti pelindung beban lampau.
· Pastikan voltan mencukupi.
· Bersihkan sirip pemeluwap.
· Pasangkan di tempat asal iaitu di udara.
· Periksa kipas dan punca udara tersekat. Baiki.
|
2. Unit tidak berfungsi
|
· Fius terbakar
· Pendawaian longgar atau tertanggal.
· Voltan rendah.
· Suis pilihan rosak.
|
· Periksa wayar pintas pada semua punca. Ganti fius.
· Ketatkan punca pendawaian atau tukar wayar.
· Uji voltan. Voltan mestilah di antara 10% daripada voltan yang di bekalkan.
· Uji voltan pada suis. Jika voltan betul tetapi keterusan tidak ada, ganti suis.
|
3. Kipas hidup tetapi
pemampat tidak beroperasi
|
· Termostat rosak.
· Pendawaian rosak, longgar atau tertanggal.
· Kapasitor starting dan running pemampat rosak.
· Pelindung beban lampau rosak.
· Voltan rendah.
|
· Buat pintas pada punca termostat, jika pemampat hidup, ganti termostat.
· Periksa pada punca pemampat dan pada sambungan wayar. Ketatkan jika longgar dan gantikan jika rosak.
· Uji kapasitor. Gantikan jika rosak.
· Gantikan pelindung beban lampau.
· Uji dan pastikan voltan mencukupi. Baiki.
|
4. Fius terbakar.
|
· Fius terputus.
· Pemampat terpintas atau melekat.
· Berlaku litar/wayar pintas atau wayar salh pasang.
· Kapasitor terpintas.
· Fius tidak betul.
· Pemampat susah hendak hidup.
|
· Ganti fius.
· Periksa pemampat. Baiki atau tukar jika rosak.
· Periksa dan baiki pendawaian.
· Uji kapasitor dan ganti jika rosak.
· Periksa saiz fius. Ganti jika salah.
· Periksa voltan rendah di penghidup. Baiki atau ganti jika perlu.
|
5. Unit bergegar.
|
· Tiub nyahcas atau sedutan terkena permukaan besi.
· Bilah kipas longgar atau bengkok.
· Motor kipas terkeluar dari jajaran pusingannya semasa berpusing dan cagak longgar.
· Cagak pemampat longgar.
|
· Bengkokkan tiub yang terkena permukaan besi.
· Gantikan bilah kipas.
· Betulkan jajaran pusingan motor dan ketatkan cagak.
· Ketatkan cagak.
|
6. Titisan air keluar dari unit.
|
· Aras unit tidak rata.
· Paip alir keluar rosak.
· Penapis udara kotor.
|
· Araskan unit atau condongkan kebawah.
· Bersihkan salur paip alir keluar.
· Bersihkan penapis udara.
|
7. Kipas bising.
|
· Bilah kipas tergesel dengan permukaan.
· Motor kipas atau bilah kipas longgar.
· Bilah kipas bengkok.
· Galas haus.
· Bilah kipas patah.
|
· Periksa dan baiki kelegaan kipas dengan permukaan.
· Ketatkan nat pengikat.
· Periksa dan gantikan jika perlu.
· Ganti galas.
· Ganti bilah kipas.
|
8. Keupayaan unit tidak cukup.
|
· Turas tersumbat.
· Udara luar masuk ke dalam unit.
· Udara melalui pemeluwapan tidak cukup.
· Pemeluwap tersumbat
· Udara panas pemeluwap masuk ke dalam unit.
· Pemampat atau sistem penyejukkan kurang keupayaan.
|
· Bersihkan atau tukar turas.
· Periksa lubang udara. Tutup dengan ketat kalau didapati terbuka.
· Periksa udara pemeluwap.
· Bersihkan pemeluwap.
· Periksa halangan udara pemeluwapan.
· Kurang cas, tiub rerambut tersumbat. Tambah cas dan tukar tiub rerambut.
|
9. Unit kurang dingin
|
· Penuras terlalu kotor.
· Unit kurang bahan pendingin.
· Gegelung pemeluwap kotor.
· Tiub rerambut tersumbat.
|
· Bersihkan penuras.
· Tambahkan bahan pendingin.
· Bersihkan gegelung pemeluwap.
· Gantikan tiub rerambut.
|
10. Tekanan sedutan terlalu
rendah.
|
· Unit kurang bahan pendingin.
· Penuras udara kotor.
· Penuras pengering tersumbat.
· Gegelung penyejat frost.
· Kurang peredaran udara di gegelung penyejat.
|
· Tambah bahan pendingin.
· Bersihkan penuras udara.
· Gantikan penuras pengering.
· Bersihkan gegelung penyejat.
· Pastikan peredaran udara di sekitar penyejat adalah baik.
|
11. Tekanan nyahcas terlalu
tinggi.
|
· Gegelung pemeluwap kotor.
· Motor kipas pemeluwap tidak berfungsi.
· Unit terlebih bahan pendingin.
· Kurang peredaran udara di gegelung pemeluwap.
|
· Bersihkan gegelung pemeluwap.
· Gantikan motor kipas.
· Buangkan bahan pendingin yang berlebihan.
· Pastikan peredaran udara di sekitar pemeluwap adalah baik.
|
12. Tekanan sedutan dan
nyahcas terlau tinggi.
|
· Gegelung pemeluwap kotor.
· Kipas pemeluwap tidak berfungsi.
· Unit berlebihan bahan pendingin.
· Kurang peredaran udara di gegelung pemeluwap.
|
· Bersihkan gegelung pemeluwap.
· Tukar motor kipas.
· Buangkan bahan pendingin yang berlebihan.
· Pastikan peredaran udara di sekitar adalah baik.
|
13. Tekanan sedutan dan
nyahcas terlalu rendah.
|
· Unit kurang bahan pendingin.
· Penuras pengering tersumbat.
· Penuras udara kotor.
|
· Tambah bahan pendingin.
· Gantikan penuras pengering.
· Bersihkan penuras udara.
|
14. Tekanan nyahcas terlalu
tinggi dan tekanan
sedutan terlalu rendah.
|
· Injap pemampat rosak.
|
· Gantikan pemampat.
|
15. Pemampat tidak beroperasi.
|
· Belitan motor pemampat terbakar.
· Pelindung beban lampau rosak.
· motor pemampat rosak.
· Termostat rosak.
· Voltan rendah.
· Pendawaian longgar atau tertanggal.
|
· Tukar pemampat.
· Ganti pelindung beban lampau.
· Ganti kapasitor.
· Ganti thermostat.
· Pastikan voltan mencukupi.
· Ketatkan punca pendawaian.
|
16. Motor kipas tidak
berfungsi.
|
· Belitan motor kipas terbakar.
· Kapasitor motor kipas rosak.
· Pendawaian longgar atau tertanggal.
· Suis pilihan rosak.
|
· Ganti motor kipas.
· Ganti kapasitor.
· Ketatkan punca pendawaian.
· Ganti suis pilihan.
|
17. Tekanan nyahcas rendah.
|
· Unit kurang bahan pendingin.
· Injap pemampat rosak.
|
· Tambah bahan pendingin.
· Tukar pemampat.
|
18. Tekanan sedutan tinggi.
|
· Unit terlebih bahan pendingin.
· Injap pemampat rosak
|
· Buangkan bahan pendingin yang berlebihan.
· Tukar pemampat.
|
19. Permukaan penyejat di litupi frost.
|
· Turas udara kotor atau tersumbat.
· Kipas penyejat rosak / tidak berfungsi.
· Penyejat kotor atau tersumbat.
· Udara luar terlalu sejuk.
|
· Bersihkan turas udara atau gantikan.
· Baiki motor kipas atau gantikan jika rosak.
· Bersihkan penyejat.
· Periksa jika udara luar terlampau sejuk.
|
PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT(RISER)
Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
Pertengahan/perantaraan
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
Nota: PENGUBAH / Transformer
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)