PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT(RISER)

TAJUK :    PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT(RISER)

TUJUAN :
Nota kuliah ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada   pepasangan sesalur tetingkat voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu  pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik tiga fasa.

PENERANGAN

         Pepasangan sesalur tetingkat adalah sebuah sesalur laluan bekalan pepasangan tiga fasa voltan rendah  dimana sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus disambungkan khususnya di dalam bangunan bertingkat Perkataan sesalur tetingkat adalah relatif bagi memudahkan sambungan bekalan di setiap tingkat bangunan.


Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana ia hanya digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak sampai ke beban. Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke sebuah bilik kawalan.



1. Spesifikasi penggunaan pepasangan sesalur tetingkat

a. Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan cabang-cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran akan mengambil bekalan melalui system pepasangan sesalur tetingkat.

b. Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan ke beban tersebut.

c. Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.

d. Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan sekiranya terdapat beban besar dalam pepesangan elektrik.

e. Sesalur tetingkat digunakan untuk bangunan bertingkat atau beban yang berada agak jauh atau tinggi dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.   
f. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sesalur tetingkat adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah sesalur hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elekttrik yang berada diatas bumbung bangunan.

Pengenalan sistem pendawaian sesalur.
1. Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut. Dalam sistem bus-bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan bus-bar.

2. Pada kebiasannya sistem pendawaian sesalur tidak boleh bersendirian, tetapi perlu dibantu oleh sistem-sistem pendawaian yang lain bersama-samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

3. Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan di gelar  sesalur bucu dinding

4. Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar. Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.

5. Oleh kerana sukar untuk membengkokannya, perancangan teliti perlulah  diberi perhatian agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus-lurusnya. Beberapa alatambah pemasangan sesalur disediakan bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan antaranya ialah offset, selekoh begkokan sudut tegak, cabang tee dan sebagainya. Dengan adanya alatambah ini kerja-kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah

6. Penggunaan sesalur bawah lantai dan bucu dinding amat terbatas sekali disebabkan oleh kesukaran  pemeriksaan dan bahaya sentuhan

7. Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 x 38 mm hingga ke 300 x 150 mm luas muka keratan segiempatnya. Panjangnya pula ialah diantara 2 meter hingga 4 meter.

Kebaikan pemasangan sesalur ini ialah:
a. Ia dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar
b. Tambahan , perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan
c. Kerja pemasangannya cepat
d. Perlindungan mekaniknya baik
e. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu
f. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

Keburukan sistem  sesalur ini pula ialah:
a. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli sesalur
b. Ramai pekerja yang mahir diperlukan
c. Mudah ditempati habuk dan kekotoran
d. Susah dibawa dan dipasang
e. Tidak cantik
f. Memerlukan perancangan yang teliti di tempat ia akan dipasang
g. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja - tidak berliku-liku.



Jenis Sistem Pendawaian Sesalur  
Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar kecil akhir dan banyak bahaya mekanik.

Jenis pendawaian sesalur

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Ø Sistem bus-bas sesalur atas
Ø Sistem bus-bar sesalur memanjat

Sistem Bus-Bar Sesalur Atas.
 Sistem ini serupa juga dengan sistem bus-bar sesalur memanjat; bezanya hanyalah daripada segi kedudukan . Sistem ini di tempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.
Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini biasanya diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan poin lampu agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem bus-bar sesalur atas ini.
Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalannya. Sistem pendawaian yang biasa bergandingan dengan sistem ini ialah sistem pendawaian konduit.
Sistem bus-bar biasanya digunakan di perusahaan-perusahaan kecil sebab mesin-mesin di situ kerap berubah tempat. Dengan adanya sistem ini litar dapat dipindahkan dengan mudah tanpa membuat sebarang pertukaran kabel dan pendawaian tetapi hanya perlu mengubah sambungan tap akhir ke bus-bar itu sahaja.



Sistem Bus-bar Sesalur Memanjat
Sistem ini hanya digunakan dalam keadaan memanjat. Ia biasanya digunakan di rumah bertingkat-tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar kemampuan arus sistem ini ialah kira-kira 300 A. Panjang setiap sesalur ini dilalukan melalui lapisan lantai setiap tingkat, ia mesttilah diadang antaranya dengan bahan tahan kebakaran seperti benang bulu kaca setebal kira-kira 5-8 cm dan disokong oleh abestos. Bus-bar yang berada di pengadang mestilah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat. Untuk keselesaan bus-bar mengembang dan mengecut, pengadang ini disediakan untuk mengelakkan kebakaran merebak ke tingkat yang berlainan.
Sistem ini perlulah dibantu oleh sistem-sistem pendawaian lain sebelum ia dapat memebekalkan bekalan ke beban-beban yang dikehendaki

Sistem Pendawaian Bus-bar.

Keburukan –
Untuk memasang sistem ini pekerja-pekerja bukan sahaja perlu mahir tetapi mestilah juga mempunyai kepakaran yang tinggi kerana sistem ini sukar dipasang serta memerlukan alatan yang khas.

Kebaikan dan kegunaan –
Sistem ini berupaya membawa arus yang tinggi. Walaupun pemasangan sistem ini sukar, tetapi ia kelihatan kemas dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem  pendawaian bus-bar biasa dipasang di rumah yang bertingkat-tingkat dan kilang. 



Bus-bar kuprum

Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran kuprum dan  bersalut. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah  membuat sambungan  dan kemas serta mudah melakanakan kerja pemasangan. Kedudukan bas- bar dipasang mendatar atau menegak dalam sub papan suis




Jenis-jenis pengalir sesalur tetingkat

Umumnya ada terdapat dua jenis bentuk pengalir didalam sesalur yang biasa digunakan iaitu square type
dan circular type

Pembumian sub papan suis

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan bumi. Ia bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dimana arus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan serta merta alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistem pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi dari papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka papan suis.









Rajah 1 : Gambarjah pepasangan sesalur bas bar atas kaedah melintang


 Rajah 1 : Gambarjah pepasangan bas bar sesalur tetingkat

3 FASA
  1. Motor 3 Fasa (Tutorial Mengesan kerosakan motor elektrik 3 fasa dengan betul)
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
  1. AKTA BEKALAN ELEKTRIK
APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?
  1. APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK? - New!
Alatambah dan Alat Perlindungan bagi pendawaian elektrik di rumah
  1. ALATAMBAH DAN ALAT PERLINDUNGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK