Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
TUJUAN : Selepas tajuk ini pelatih boleh :-
1. Menerangkan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
PENERANGAN :
Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Photo VIA https://kebaikanelektrik.blogspot.com |
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 AKTA 447
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN, PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK :
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994.
(2) Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
(a) peraturan 13;
(b) subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4);
(c) perenggan 78(2)(c);
(d) perenggan 78(3)(c};
(e) perenggan 78(4)(c);
(f) perenggan 78(5)(c);
(g) perenggan 81(c);
(h) perenggan 85(c);
(i) peraturan 88; dan
(j) peraturan 57.
Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik.
Dengan merujuk kepada buku Akta & Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor tersebut cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan tersebut.
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Peraturan
1. Nama dan mula berkuatkuasa.
2. Tafsiran.
BAHAGIAN II
PEPASANGAN
Pendaftaran Pepasangan
3. Permohonan bagi pendaftaran pepasangan
4. Fee bagi pendaftaran pepasangan
5. Pemeriksaan dan ujian pepasangan
6. Fee bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan
6A. Daftar
7. Pembatalan Perakuan Pendaftaran Pepasangan
Lesen bagi Pepasangan
8. Lesen bagi pepasangan awam
9. Lesen bagi pepasangan persendirian
10. Fi bagi pepasangan awam atau persendirian
Penyeliaan dan Ujian Pepasangan
11. Kelulusan bagi memulakan pendawaian
12. Penyeliaan dan penyiapan pepasangan
13. Ujian pepasangan
14. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian
Bahan, Kelengkapan dan kaedah Pepasangan
15. Radas, konduktor, aksesori dsb.
16. Suis, fius suis, suis fius, pemutus litar, penyentuh, fius, dsb.
17. Janakuasa, motor, pengubah, dsb.
18. Cara pengasingan
Pepasangan Papan Suis
19. Susunan papan suis secara am
20. Mengendalikan papan suis
21. Papan suis dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi
Talian Bekalan Bawah Tanah
Peraturan
22. Sesalur dan sambungan bawah tanah
23. Cantuman, sambungan atau penamatan
Radas Mudah Alih
24. Radas mudah alih secara am.
25. Radas mudah alih di atas kapal korek atau struktur terapung.
Pemasangan Papan Tanda Elektrik
26. Papan tanda elektrik.
27. Suis bomba, notis dan pengubah.
28. Langkah-langkah yang hendaklah diambil oleh pemunya atau pengurusan.
Pepasangan Lain
29. Pepasangan yang tidak digunakan.
30. Kuasa Suruhanjaya membuat pelarasan atau pindaan kepada pepasangan.
31. Pepasangan bagi peleburan elektrik. X-ray, dsb.
32. Pepasangan di tempat-tempat hiburan awam.
33. Pepasangan di atas kapal korek atau struktur terapung.
Pembumian Pepasangan
34. Pembumian bahagian logam, poin neutral, dsb.
35. Kaedah pembumian.
36. Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi.
Kehendak-Kehendak Am Pepasangan
37. Ruang bagi papan suis atau kelengkapan.
38. Notis.
39. Arahan bagi rawatan renjatan elektrik.
40. Alat pemadam api.
Pepasangan Talian Aerial
41. Syarat-syarat am talian aerial
42. Talian aerial dikendalikan pada voltan rendah
43. Talian aerial dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi
BAHAGIAN III
PENGENDALIAN
Peperiksaan bagi Orang Kompeten
Peraturan
44. (Dimansuhkan).
45. Kehendak bagi Perakuan Kekompetenan.
45A. Permohonan bagi peperiksaan.
46. Kelayakan menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik.
47. Kelayakan untuk menjadi Jurutera Elektrik Kompeten.
48. Kelayakan untuk menjadi Penyelia Elektrik.
49. Kelayakan untuk menjadi Penjaga Jentera.
50. Kelayakan untuk menjadi Pendawai.
51. Kelayakan untuk menjadi Pencantum Kabel.
52. Pendaftaran sementara orang asing.
53. Keterangan perubatan kesihatan.
54. Fee bagi peperiksaan, pengendorsan dan penggantian Perakuan Kekompetenan.
55. Sekatan atau pengendorsan Perakuan Kekompetenan.
56. Borang Perakuan Kekompetenan.
57. Penyerahan balik Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain.
58. Perakuan Kekompetenan yang hilang atau rosak.
59. Penggantungan dan pembatalan Perakuan Kekompetenan
Orang Kompeten
60. Orang kompeten.
61. Orang kompeten yang bertanggungjawab bagi pepasangan awam.
62. Orang kompeten bagi setiap giliran.
63. Pendaftaran orang kompeten.
64. Orang kompeten menyambung papan suis, kelengkapan, dsb.
65. Orang kompeten mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.
Pemeriksaan Tetap oleh Orang Kompeten
66. Pepasangan hendaklah dilawati dan diperiksa oleh orang kompeten.
67. Orang kompeten dan kekerapan lawatan dan pemeriksaan.
68. Kewajipan Jurutera atau Penyelia memeriksa dan melapor.
69. Suruhanjaya menentukan bilangan lawatan.
70. Kewajipan memberitahu dan membaiki kecacatan.
Pendaftaran Kontraktor Perkhidmatan Elektrik
Peraturan
71. Kontraktor Perkhidmatan Elektrik.
72. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik.
73. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan
Elektrik.
74. Fee bagi Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik.
Pendaftaran Kontraktor Elektrik
75. Kontraktor Elektrik.
76. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik.
77. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik.
78. Pengelasan Kontraktor Elektrik.
79. Fee bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik.
Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian
80. Unit Pendawaian Persendirian.
81. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian.
82. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Unit Pendawaian
Persendirian.
83. Fee bagi pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian.
Pendaftaran Kontraktor Papan Tanda Elektrik
84. Kontraktor Papan Tanda Elektrik.
85. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik.
86. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda
Elektrik.
87. Fee bagi Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik.
Pendaftaran Kontraktor Pembaikan Elektrik
88. Kontraktor Pembaikan Elektrik.
89. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik.
90. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Pemb
Elektrik.
91.Fee bagi Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik.
Pendaftaran Pengilang Papan Suis
92. Pengilang Papan Suis.
93. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis yang dikendalikan pada
voltan rendah.
94. Kehendak bagi pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis yang dikendalikan pada
voltan rendah dan lebih tinggi daripada voltan rendah.
Peraturan
95. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis.
96. Fee bagi Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis.
Kelulusan Kelengkapan
97. Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan.
97A. Pengiktirafan badan penilaian pematuhan asing.
97B. Pendaftaran badan penilaian pematuhan tempatan.
97C. Pendaftaran pengilang dan pengimport.
97D. Pengemukaan laporan ujian atau Perakuan Pematuhan oleh pengilang.
97E. Pengemukaan laporan ujian atau Perakuan Pematuhan oleh pengimport.
97F. Tanggungjawab untuk menyimpan fail teknikal kelengkapan dsb.
98. Penandaan atau pelabelan kelengkapan yang diluluskan.
99. Sampel kelengkapan hendaklah dihantar-serah kepada Pengarah.
100. Ujian dan ubahsuaian sebelum kelulusan.
101. Pengemukaan bagi uj ian dan penyitaan kelengkapan berbahaya.
101A. Penggunaan elektrik dengan cekap oleh kelengkapan.
101B. Laporan ujian prestasi tenaga.
101C. Pengemukaan untuk ujian dan penyitaan bagi maksud penggunaan elektrik
dengan cekap.
Pembaharuan, Pindahmilik, Pembatalan, Pemotongan
dan Pemasukan Semula Perakuan
102. Pembaharuan Perakuan Pendaftaran.
103. Pindahmilik Perakuan Pendaftaran.
104. Pembatalan Perakuan Pendaftaran.
105. Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan
Pendaftaran.
106. Pembaharuan Perakuan Kelulusan.
107. Pindahmilik Perakuan Kelulusan.
108. Pembatalan Perakuan Kelulusan.
109. Pemotongan daripada dan pemasukan semula dalam Daftar Perakuan Kelulusan.
109A. Pemantauan pasaran.
BAHAGIAN IV
PENYENGGARAAN
Penyenggaraan Pepasangan
110. Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan, dsb.
111. Orang kompeten mengusahakan kerja penyenggaraan.
112. Langkah awasan keselamatan yang mencukupi hendaklah diambil semasa kerja.
113. Orang kompeten hendaklah mengeluarkan arahan bertulis.
BAHAGIAN V
PELBAGAI
114. Kad pengenalan Pegawai diberi kuasa.
115. Perintah khas oleh Suruhanjaya.
116. Larangan menggunakan kelengkapan yang membahayakan kesihatan.
117. Saman kepada pengapit dan saksi.
118. Fi yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.
119. Pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan hendaklah menyimpan rekod.
120. Fee bagi suatu salinan laporan.
121. Peruntukan peralihan dan kecualian.
122. Penalti.
123. Pembatalan.
Keterangan huraian lebih lanjut untuk penerangan setiap peraturan boleh merujuk Buku Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
|
Apakah Lampu pendarfluor?
Aruhan Elektromagnet Menghasilkan Elektrik
CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
Pertengahan/perantaraan
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
Nota: PENGUBAH / Transformer
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Carian berkaitan dengan peraturan iee untuk soket alir keluar
- litar jejari
- litar gelang
- soket alir keluar 13 amp
- fungsi soket alur keluar 15a
- suis dua kutub
- ujian keterusan
- ujian rintangan penebatan kabel bawah tanah
- ujian pembumian