NOTA : PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
· Elektrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet
· Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang lain yang boleh digunakan seperti :
a) Tenaga cahaya Contoh : Lampu
b) Tenaga haba Contoh : Seterika
c) Tenaga bunyi Contoh : Radio
d) Tenaga gerakan Contoh : Motor
· Kuantiti : Bilangan sesuatu yang boleh diukur
· Unit : nama untuk menyatakan pengukuran yang dilakukan terhadap kuantiti tersebut
1.1 KUANTITI ASAS ELEKTRIK
Unit bagi kuantiti elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :
a) Beza keupayaan ( Voltan ) / dge
b) Arus
c) Rintangan
d) Kuasa elektrik
e) Tenaga
Beza Keupayaan ( Voltan )
· Daya/ tekanan yang menyebabkan pengaliran arus berlaku dalam satu litar.
· Diperoleh daripada sumber bekalan seperti bateri atau penjana
· Unit asas = VOLT
· Simbol = V
· Meter penyukat = meter volt
· Meter volt disambungkan secara selari dengan beban yang hendak diketahui voltannya (tekanan)
Arus
· Arus merupakan pengaliran elektron pada satu litar / pengalir lengkap.
· Unit asas = AMPERE
· 1 Ampere = 1 Coulomb cas elektrik yang melalui suatu titik dalam 1 saat
· Simbol = I
· Meter penyukat = meter ampere
· Didalam litar elektrik, meter ampere disambungkan secara sesiri dengan beban
· I = Q
t
Rintangan
· Rintangan ialah kuantiti yang mengehadkan pengaliran arus elektrik pada suatu litar.
· Unit asas = OHM
· Simbol = Ω
· Meter penyukat = meter ohm
Kuasa
· Kuasa ialah kadar melakukan kerja ataupun banyaknya kerja yang dilakukan dalam satu unit masa.
· Hubungan antara kuasa dan tenaga ditunjukkan oleh persamaan berikut :
P = W
t
· Unit asas = WATT
· Simbol = P
· Meter penyukat = meter watt
Tenaga/kerja
· Tenaga ialah kemampuan untuk melakukan kerja pada suatu masa.
· Cth : sebuah bateri kereta dianggap mempunyai tenaga elektrik jika ia berkemampuan untuk menghidupkan enjin kereta tersebut
· W = Fs
· Unit asas = JOULE
· Simbol = W
KUANTITI ASAS
· Kuantiti asas ialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain.
· Lima kuantiti asas dan unit S.I
Kuantiti asas
|
Unit S.I
|
Simbol
|
Panjang, l
|
Meter
|
M
|
Jisim, m
|
Kilogram
|
kg
|
Masa, t
|
Saat
|
S
|
Suhu, T
|
Kelvin
|
K
|
Arus elektrik, I
|
Ampere
|
A
|
1.2 IMBUHAN
Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil dalam unit S.I
Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil dalam unit S.I
IMBUHAN
|
NILAI
|
BENTUK PIAWAI
|
SIMBOL
|
Tera
|
1 000 000 000 000
|
1012
|
T
|
Giga
|
1 000 000 000
|
109
|
G
|
Mega
|
1 000 000
|
106
|
M
|
Kilo
|
1 000
|
103
|
k
|
Deci
|
0.1
|
10-1
|
d
|
Centi
|
0.01
|
10-2
|
c
|
Mili
|
0.001
|
10-3
|
m
|
Mikro
|
0.000 001
|
10-6
|
µ
|
Nano
|
0.000 000 001
|
10-9
|
n
|
Piko
|
0.000 000 000 001
|
10-12
|
p
|
1.3 PENUKARAN UNIT
1. Km - m
1 Km = 1 x 103 m
= 1000m
2. m - Km
1m = 1 x 10-3 km
= 0.001km
3. µm – m
20µm = 20 x 10-6 m
= 0.00002 m
4. Gv – v
0.045 Gv = 0.045 x 109 v
= 45 000 000v /4.5 x 107 v
TUTORIAL BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
- BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)
- NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
Motor satu fasa
Rintangan elektrik
Wiring/rumah sendiri