NOTA RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK


NOTA BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK


Berikut adalah nota rawatan renjatan elektrik yang penting untuk semua orang tahu. Rawatan renjatan elektrik ini biasanya kita buat sementara menungu pegawai perubatan datang ke tempat kemalangan elektrik.

Sentuhan serentak dua pengalir hidup.Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi.
Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik.
Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan.


KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK


Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini     boleh membawa maut dalam masa yang singkat. (Rawatan renjatan elektrik )

Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan.
Renjatan elektrik

Nota Langkah menyelamatkan rakan terkena kejutan elektrik

Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya.

Rawatan renjatan elektrik 

Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat berarus tetapi paada masa yang sama sentiasa berhati-hati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan badan kita ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya.

Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan.
Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya


Pemulihan Pernafasan.

Ada beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan iaitu :
Kaedah mulut kemulut
Kaedah tekanan pemulihan jantung
Kaedah Holger Nielsen
Kaedah Silvester

Rawatan selanjutnya. 

 Antara langkah segera yang perlu diambil ialah :
Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang terbakar menjadi bengkak.

Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih.
Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.
Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

Kecederaan anggota.


Kecederaan anggota yang teruk seperti luka besar atau terseliuh memerlukan rawatan segera sebelum dihantar kehospital untuk rawatan lanjut.  Berikut adalah beberapa langkah segera yang perlu diambil perhatian, antaranya :

Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.

Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.

Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus mengalir.
Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Kecederaan anggota.


Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang bervoltan tinggi samada semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau sebagainya.  Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan mengaktifkan denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan sementara 
atau mungkin juga pingsan dan terus mati.

Penutupan

Semoga nota rawatan renjatan elektrik  diatas menjadi rujukan berguna kepada semua orang. Ini amat berguna seandainya ada diantara orang disekeliling kita terkena renjatan elektrik dan rawatan renjatan elektrik  ini lah yang patut kita ketahui.