NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Berikut adalah nota asas pertolongan cemas yang biasa diamalkan di Malaysia

DEFINASI
nota asas pertolongan cemas 
Pertolongan yang diberi kepada mereka yang terlibat dalam renjatan elektrik dan lain-lain kemalangan samada tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doctor atau sebelum doctor atau ketibaan doctor.

OBJEKTIF

MENYELAMAT NYAWA
Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan.
Setiap saat adalah penting.
Berhentikan pendarahan.
Pulihkan renjatan



Rawatan pertolongan cemas

MENGELAKKAN KEADAAN DARI MENJADI LEBIH TERUK

Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
Melindungi pesakit daripada alam semulajadi.
Jangan beri apa-apa makanan atau minimun melalui mulut.
Basahkan bibir sekiranya perlu.

MEMBERI KELEGAAN DAN KESELASAAN

Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan

PUNCA KEMALANGAN

Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua jenis bergantung pada  punca berlakunya kemalangan tersebut  :-

1.   Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.
2.   Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan        kerja.
1.   Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian Manusia.

          Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah  :
          a.   Sikap tidak bertanggungjawab.
          b.   Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. 
Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan          kecederaan jika terkena mata.
 c.   Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang  mudah terbakar dan sebagainya.

2.   Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja.

 Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin   serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah  :

 a.    Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
b.   Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja       mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.

Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh   
menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.
d.   Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
e.   Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan eletrik.
f.    Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala.
Aisd juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.

Langkah Keselamatan.

Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah  mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik didalam bengkel iaitu dengan :-

1.   Menrutamakan kebersihan pada setiap waktu.
2.   Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
3.   Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
4.   Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali. 

LUKA-LUKA

Luka terbahagi kepada dua kumpulan:
Luka terbuka
Luka tertutup

Luka terbuka – luka yang teruk  boleh melibatkan organ-organ lain kerana banyak  tumpahan darah, renjatan dan juga jangkitan kuman. Ia terbahagi seperti berikut:-

1. Luka terhiris ( incised)

Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan  senang dirawat. Walaubagaimanapun oleh sebab saluran darah ditepi luka telah terpotong  mungkin berlaku pendarahan yang banyak. (Rujuk rajah 1)

2. Luka tikaman ( Punctured)

Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam seperti tercucuk jarum atau terkena tikam. Kuman mudah meresap jauh kedalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu  tinggi. (Rujuk rajah 2)

Luka terkoyak (laceratich)

Tisu yang koyak seperti terkena dawai kawat atau alat jentera yang melibatkan kerosakan tisu yang teruk, walaubagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.

Luka tembakan

Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil ditempat  tembusan tetapi lukanya meluas diruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan,  mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk. (Rujuk rajah 4)

Luka tertutup

Luka jenis ini biasanya kulit ari tidak pecah – tumpahan darah terjadi dalam tisu-  bahagian yang lebam. (Rujuk rajah 5)

AKIBAT LUKA

Luka yang parah akan mengakibatkan seperti berikut:-
>
Tumpahan darah
Jangkitan kuman
Renjatan
Maut

Luka yang parah mesti diberi perhatian berat dan dirawat dengan segera.



Motor Tolakan
  1. Motor Tolakan - New!
NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK