JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING

JENIS TRUNKING ,
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING


Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya
dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh
di keluarkan dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding
atau besi rangka bangunan.( Dalam peraturan IEE).

OBJEKTIF :-
Pada akhir pembelajaran ini supaya pelatih boleh tahu dan faham perkara
yang berkaitan pemasangan trunking.

PENGGUNAAN :
Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak,
tidak kira samada kabel itu sama saiznya ataupun  berlainan saiznya.Ia juga
digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan
kedalam conduit.

SAIZ/ UKURAN :
Trunking dibuat dalam berbagai saiz dan ukuran iaitu dari 38 mm x 38 mm
ke 300 mm x 150 mm dan ukuran panjangnya biasanya dibuat dalam ukuran
2 hingga 5 meter dengan dilengkapi oleh alat lengkap seperti Tee, Selekoh
(Bend) dan aksesori yang lain.
Di bawah ini merupakan berbagai saiz dan ukuran trunking yang terdapat
dalam pasaran mengikut Piawaian BS.

1. 38 mm x 38 mm.                   10.    100 mm x 38 mm.
2. 38 mm x 50mm.                    11.     100 mm x 50 mm.
3. 50 mm x 50 mm.                   12.    100 mm x 75 mm.
4. 25 mm x 50 mm.                   13.    100 mm x 100 mm.
5. 25 mm x 75 mm.                   14.    150 mm x 38 mm.
6. 38 mm x 75 mm.                   15.    150 mm x 50 mm.
7. 50 mm x 75 mm.                   16.    150 mm x 75 mm.
8. 75 mm x 75 mm.                   17.    300 mm x 150 mm.
9. 100 mm x 25 mm.



13.1 JENIS TRUNKING.
              Terdapat 2 jenis trunking yang biasa digunakan iaitu :-
1. Steel/Metal Trunking.
2. PVC Trunking ( Plastik Trunking ).

        13.2   Faktor ruang Trunking.
                 Cara pemilihan saiz nominal trunking.
1. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada Jadual 12E ( dihalaman sebelah).
2. Jumlah kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor trunking daripada Jadual 12F( dihalaman sebelah).
3. Saiz nominal trunking yang sesuai sekiranya faktor trunking sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz kabel trunking selain yang diberi di Jadual 12E dan 12F, jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45 % , iaitu 45 % berisi kabel dan 55 % untuk ruang udara.
                    
Faktor ruang =  Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel   X 100
                                        Jumlah luas keratan rentas dalam trunking
Contoh soalan :
Suatu trunking diperlukan untuk membawa 50 x 2.5 mm2 , 10 x 4 mm2  dan 6 mm2 untuk kabel teras tunggal berlembar.
Penyelesaiannya :
Faktor kabel daripada Jadual 12E :   2.5 mm2  ialah 11.4.

                                                                         4 mm2  ialah 15.2.
                                                                         6 mm2  ialah 22.9.
Dengan ini jumlah faktor kabel :    50 x 11.4  =  570.
                                                                  10 x 15.2  =  152.
                                                                  10 x 22.9 =  229.

Bandingkan faktor trunking dengan jumlah faktor kabel, Faktor trunking yang sesuai ialah 993. Dengan ini saiz nominal sesuai ialah 100 mm x 25 mm.

JADUAL 12 E               

 FAKTOR KABEL BAGI TRUNKING


JENIS PENGALIR
LUAS KERATAN RENTAS PENGALIR (MM2)
FAKTOR


PEJAL

1.5
2.5
1.5
2.5


7.4
10.2
8.1
11.4


LEMBAR

4
6
10


15.2
22.9
36.3



JADUAL 12 F

FAKTOR BAGI TRUNKING

DIMENSI TRUNKING (MM X MM)
FAKTOR

50 X 38
50 X 50
75 X 25
75 X 38
75 X 50
75 X 75
100 X 25
100 X 38
100 X 50
100 X 75
100 X 100


767
1037
738
1146
1555
2371
993
1542
2091
3189
4252

 13.03 Steel/metal Trunking / Pvc Trunking.

1.  Steel/metal Trunking.
   Ia diperbuat dari kepingan logam (steel). Ianya juga boleh didapati dalam
   berbagai ukuran( seperti keterangan di atas), mempunyai penutup yang boleh
   dibuka dan ditutup. Penutup trunking biasanya dipasang dengan skru pada
   jarak yang tertentu sepanjang trunking.
                                          
2.  PVC Trunking.

   Ia diperbuat dari bahan PVC dan mempunyai bentuk yang sama dengan steel
   trunking. Penutupnya mempunyai klip supaya melekat pada permukaan trunking
   apabila ditekan semasa memasangnya. Kegunaannya sesuai pada tempat yang
   mudah dihingapi karat. Pvc trunking yang kecil di gunakan untuk pemasangan litar
   lampu dan kuasa kecil.
PVC Trunking




Tags: JENIS TRUNKING 
          FAKTOR RUANG TRUNKING 
          PVC TRUNKING


                           Nota kawalan suis sehala
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
  1. Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
Pendawaian Litar Lampu
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
  3. SEJARAH LAMPU NEON YANG BELUM DI DEDAHKAN KEPADA UMUM.
Penjanaan daya gerak elektrik
  1. Penjanaan daya gerak elektrik (d.g.e.) tiga fasa New!
Peraturan IEE untuk Litar Akhir Kuasa ( Litar Soket Alir Keluar - Litar Jejari dan Litar Gelang )
  1. LITAR AKHIR KUASA DAN LITAR SOKET ALIR KELUAR