Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
TUJUAN : Selepas tajuk ini pelatih boleh :-
1. Menerangkan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
PENERANGAN :
Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
![]() |
| Photo VIA https://kebaikanelektrik.blogspot.com |
