CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)

CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
SALUR

Pengenalan
Sistem salur adalah satu sistem yang digunakan untuk menayalurkan kabel-kabel telefon, kabel-kabel elektrik dan beberapa perkhidmatan lain ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Definisi
Salur ialah saluran yang dibuat di bawah lantai yang boleh menyalurkan perkhidmatan kabel telefon, elektrikal dan sebagainya. Biasanya ia dibuat di bawah lantai semasa pembinaan bagunan lagi.

Dari konteks elektrikal, salur dapat menghubungkan kabel-kabel kuasa yang mempunyai bilangan yang banyak dari satu tempat ke tempat yang lain (contoh seperti dari kotak pengagihan pengguna ke meja-meja kerja di dalam sebuah bengkel atau makmal).


Salu (Ducting)

Penggunaan Salur
Pada peringkat permulaan, salur yang digunakan di makmal-makmal atau bengkel-bengkel, hanyalah sebuah longkang kecil dan ditutup dengan menggunakan blok-blok simen.



Namun apabila berlaku peredaran zaman, sistem salur telah diperbaharui dengan menggunakan kotak salur empat segi bujur atau kotak melengkung yang memanjang dan beberapa aksesori-aksesori yang lain. Ianya diperbuat daripada PVK ataupun bahan logam. Kabel-kabel akan disambung dan dipasang melalui salur-salur ini untuk menghubungkan bekalan elektrik ke tempat yang memerlukan bekalan sama ada ke soket alir keluar ataupun ke panel-panel bekalan kuasa elektrik. Kemudian akan ditutup menggunakan simen lantai, tetapi beberapa bahagian akan dipasang dengan kotak simpang (junction box) bagi tujuan penyelenggaraan.

Aksesori Salur
Salur
-          -Terdiri daripada bahan PVC ataupun logam.
-          -Mempunyai berbagai bentuk dan paten(patern)
      
      Kotak Simpang
-          Digunakan untuk membuat penyelenggaraan dan sebagai penyambung antara salur dengan salur yang lain.

Kotak Perkhidmatan(Service Box)
-          Dibina untuk meletakkan aksesori-aksesori elektrik ataupun aksesori telefon. Contoh memasang soket alir keluar dan sebagainya.

Penyambung Salur
-          Untuk menyambung salur.

Kenapa salur digunakan?
Kebanyakan sistem pendawaian, bekalan elektrik (seperti soket keluaran) hanya  boleh didapati di tepi sebelah dinding sahaja. Bagi keperluan di tengah-tengah bangunan seperti bangunan pejabat, bengkel, mahupun makmal, ianya perlu menggunakan kabel tambahan (extension cord). Keadaan ini mungkin akan memburukkan suasana dalam bangunan tersebut atau akan mendatangkan bahaya. Sebagai alternatifnya, sistem salur digunakan.

Faktor-faktor Pemilihan Sistem Pendawaian Salur
1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
7. Memerlukan perlindungan yang lebih.


Pendawaian Sistem Salur
Biasanya sistem salur digunakan di bangunan-bangunan yang besar seperti di kilang-kilang, bagunan-bangunan pejabat, sekolah, hospital, dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan kuasa elektrik yang cukup dan selamat, sistem pendawaian tiga fasa akan digunakan.

Pemilihan saiz kabel dalam sistem pendawaian salur
Semua jenis kabel yang digunakan dalam pemasangan sesalur, boleh dipasang di dalam sistem ini mengikut keperluan (rujuk jadual kabel yang ditetapkan IEE).

Pendawaian menggunakan sesalur dan salur -  faktor ruang 45%;
      Pendawaian terbenam menggunakan salur - faktor suhu persekitaran

Jadual Saiz Kabel
Luas keratan rentas
konduktor dalam mm2
Jenis Bahan
Penggunaan
1.5mm2
Kuprum
Litar pencahayaan / kipas
2.5 mm2
Kuprum
Litar soket alir keluar 13A
4.0 mm2
Kuprum
Litar Kuasa Am
(contoh: pemanas air, unit pemasak,
motor/pam)
16.0 mm2 / 25.0 mm2
Kuprum
Litar Utama


Fungsi dan Warna Kabel
Fungsi Warna Kabel
Warna Kabel
Fasa bagi Litar Fasa Tunggal
Merah atau Kuning atau Biru
Fasa R bagi Litar Fasa Tiga
Merah
Fasa Y bagi Litar Fasa Tiga
Kuning
Fasa B bagi Litar Fasa Tiga
Biru
Neutral bagi Litar
Hitam
Konduktor Perlindung / Pembumian
Hijau atau Hijau-Kuning

Saiz Salur yang Piawai(Standard)
- Terdapat beberapa saiz salur yang dijual di pasaran, namun beberapa contoh saiz adalah seperti berikut:
50mm X 25mm X 2.5mm
75mm X 25mm X 3.2mm
100mm X 25mm X 3.2mm

- Bagi menentukan saiz salur yang sesuai, formula faktor ruang bagi salur perlu diambil perhatian.

Faktor ruang  =  Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel      x  100
          Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur



Kaedah Pemasangan Salur

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang.  Kerja-kerja memasang kotak salur didahului memasang salur dan kelengkapannya,  kemudian diikuti oleh pendawaian kabel di dalamnya.  Seterusnya salur akan ditutup dengan menggunakan simen lantai kecuali bahagian kotak simpang dan kotak perkhidmatan(service box).

 Peraturan IEE – Sistem sesalur dan salur
523-8 Semua logam yang digunakan sebagai sarung, perisai kabel, pembuluh, salur, sesalur, klip dan ikatan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tahan kikisan atau bertutup dengan bahan anti kakis jika digunakan di tempat lembap atau terdedah kepada cuaca. Sarung dan perisai logam kabel perlu juga dijauhkan daripada sebarang logam yang boleh memberikan kesan elektrolit apabila ia bersentuhan.

527-12 Setiap alur keluar kabel dari sistem salur dan sesalur, penyambungan kabelnya mesti baik dari segi mekanik dan elektrik dan kabel itu tidak mengalami kerosakan.
528-1 Kabel, pembuluh, salur, sesalur yang memberi struktur rintangan api seperti lantai dan dinding penghalang kebakaran hendaklah ditutup dengan rapi dengan bahan rintangan api yang bersesuaian.

- Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.
- Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
- Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan AU bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.
- Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel.
- Faktor ruang bagi salur dan sesalur tidak melebihi 45%.
       
Faktor ruang  =               Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel      x  100
                                      Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur