PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA. (Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik, Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik,Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah, Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik)

PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA

Dia kata pengenalan kepada lukisan elektrik satu fasa...tapi tajuk ni cover Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik, Peraturan Am ,Pemasangan Alat TambahFaktor  dan Kepelbagaian Pepasangan Elektrik.

Masalah yang biasa dihadapi adalah macam mana nak kira Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik ni...tak hairan lah kan ada pelajar bawa nota@toyol ke dalam kelas atau bilik kuliah...untuk menipuuuuuuuuuuuuuu...

Esok dah korang kerja, tau lah macam mana rasa kalau tak hafal benda ni...haha..gurau jer..




TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa tunggal.

PENERANGAN :

1. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

2.   Kenalpasti Sistem Bekalan Elektrik

Sistem satu fasa - Sistem bekalan yang menggunakan dua kabel iaitu satu kabel hidup dari satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan rendah piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 240V AC norminal. Sistem satu fasa (Single phase) - Beban kurang seperti rumah kediaman


Sistem tiga fasa (Three phase) - Sistem bekalan yang menggunakan empat dawai iaitu tiga kabel hidup dan satu kabel neutral bagi membawa bekalan voltan sederhana piawai. Lazimnya di Malaysia voltan piawai tersebut adalah 415V AC. - Beban besar seperti kilang dan bangunan bertingkat serta besar.

3. Peraturan Am Pemasangan Alat Tambah

Peraturan am pemasangan alat tambah boleh dirujuk dari buku peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga . Antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:
a. Suis
i. Suis hendaklah ditempatkan didalan bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung supaya ,    
    mudah dikendalikan.
ii. Bagi bilik mandi,suis hendaklah ditempatkan diluar bilik mandi. Jika suis perlu dipasang didalam bilik
    mandi, suis jenis tarik hendaklah digunakan.
iii. Suis dua hala sesuai digunakan untuk koridor, tangga dan bilik mandi konsi bagi dua buah bilik.
iv. Suis lampu dan kipas hendaklah dipasang pada satu tempat supaya kelihatan lebih kemas dan memudahkan
    kawalan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan unit kotak suis yang mengandungi suis kembar dua atau       
    lebih.

b. Lampu
i. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu. Bagi bilik yang besar, bilangan poin
    lampu boleh ditambah dan jarak diantara pin hendaklah sesuai supaya pencahataan sama rata.
ii. Jenis lampu yang digunakan di dalam bilik mandi ialah lampu filamen bertutup kaca.
iii. Poin lampu hendaklah ditempatkan pada jarak tertentu supaya sinaran lampu tidak terganggu oleh bilah
    kipas.

c. Soket Keluar
i. Bilangan soket keluar bagi bilik bersaiz sederhana tidak boleh lebih daripada dua. Bagi bilik yang lebih besar
   peraturan ini dilonggarkan.

d. Unit Kawalan pengguna
i. Kotak unit kawalan pengguna hendaklah dipasang didalam bangunan supaya mudah dikendalikan ketika
   berlaku kecemasan

4. Faktor Kepelbagaian Pepasangan Elektrik

Faktor kepelbagaian ialah satu kiraaan anggaran pengurangan kadaran arus bagi kabel dan alat-alat dari kadaran arus yang sebenar kerana kita menganggapkan tidak semua beban digunakan dengan serentak. Oleh kerana itu kadaran arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadaran arus keseluruhan beban di sesuatu pemasangan itu.

JADUAL 1 : FAKTOR KEPELBAGAIAN BAGI BEBERAPA JENIS PEMASANGAN

BIL
Penggunaan kepelbagaian bagi litar akhir yang disuapkan dari pengalir atau peralatan suis
Jenis pemilik bangunan
Pemasangan rumah persendirian termasuk blok penginapan persendirian
Kedai kecil, stor, dan pejabat bangunan perniagaan persendirian
Hotel  kecil,  rumah rehat ruang tamu dan sebagainya
1
Lampu
66% daripada jumlah permintaan arus
90% daripada jumlah permintaan arus
75% daripada jumlah permintaan arus.
2
Bekalan kuasa dan pemanas (lihat bilangan 3 hingga 8)
100% daripada jumlah permintaan arus yang  melebihi 10A tambah 50% daripada permintaan arus melebihi  10A
100% beban penuh  perkakas yang terbesar tambah 75% beban penuh perkakas.
100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 80% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 60% bebeanpenuhbaki.
3
Perkakas memasak
10A yang pertama tambah + 30% beban penuh perkakas memasak yang disambungkan melebihi 10A + tambah 5A jika unit itu menyediakan soket alur keluar
100% beban penuh perkakas yang terbesar tamba 20% beban penuh perkakas  yang  kedua tambah 60% beban penuh perkakas baki.
4
Motor selain  pengangkat  yang memerlukan perhatian khusus

100% beban penuh motor yang terbesar tambah 80% beban penuh motor kedua terbesar tambah 60% beban penuh motor baki
100% beban penuh motor yang terbesar tambah50% beban penuh motor baki.
5
Pemanas air (jenis segera)
100% beban penuh  motor yang terbesar + 100% beban penuh motor kedua terbesar + 25% beban penuh motor baki
100% beban penuh motor yang terbesar tambah 100% beban penuh motor kedua terbesar tambah 25% beban penuh motor baki
100% beban penuh motor yang terbesar tambah 100% beban penuh motor kedua terbesar tambah256% beban penuh motor baki
6
Pemanas air (kawalan laras suhu)
Tidak dibenarkan kepelbagaian
7
Pemasangan pemanas lantai
Tidak dibenarkan kepelbagaian
8
Pemasangan ruang simpanan haba
Tidak dibenarkan kepelbagaian
9
Susunan standard litar akhir mengikut lampiran 5
100% beban penuh litar yang terbesar tambah 40% permintaan arus bagi setiap litar lain
100% beban penuh litar yang terbesar tambah 50% permintaan arus bag setiap litar lain
10
Soket alur keluar selain bilangan 9, dan kelengkapan  yang dinyatakan diatas.
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 40% bagi permintaan arus bagi setiap titik penggunaan  lain
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 75% bagi permintaan arus bagi setiap titik penggunaan  lain
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 75% permintaan arus bagi setiap titik dibilik utama (seperti  di ruang makan) tambah 40% permintaan bagi setiap titik penggunaan yang lain.

Nota :

· Bagi blok kediaman, penginapan, hotel besar, bangunan perdagangan besar dan kilang, faktor
      kepelbagaian hendaklah ditaksir oleh orang yang berkelayakan. 
· Bagi maksud penggunaan jadual ini, pemanas air jenis segera dianggap pemanas air dalam
      sebarang bebanan yang memanaskan air hanya ketika pili terbuka dan bekalan elektrik  
     digunakan pada ketika tertentu sahaja (tidak berterusan).


UNTUK DOWNLOAD NOTA PERCUMA KLIK DISINI

BACA JUGA:
Wiring/rumah sendiri

  1. Boleh ke wiring/rumah sendiri tanpa upah orang yang ada lesen pendawaian?


Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
  1. Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
Pertengahan/perantaraan

  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
  1. Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
Nota: PENGUBAH / Transformer
  1. Nota: PENGUBAH / Transformer

NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
  1. NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
  1. Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  2. Nota pemasangan salur
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)