Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu

Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu


· Peraturan  IEE  telah  menetapkan  bahawa  bagi  satu  litar  yang  dikawal  oleh  satu  alat  pelindung  mestilah  tidak  melebihi  1000 Watt. Pada  amnya  satu  lampu  berkadar  100 Watt  setiap  satu  dengan  litar  lampu  tidak  melebihi  10 poin.

· Kabel  yang  digunakan  ialah  kabel  jenis  kuprum  bersalut  PVK.

· Saiz  minima  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  1.5mm2.

· Kadaran  alat  pelindung  yang  digunakan  mestilah  tidak  melebihi  6Amp. ( sama  ada  fius  atau  MCB )

· Pemasangan  litar  lampu   menggunakan  lebih  dari  satu  litar  akhir kerana  sekiranya  salah  satu  litar  mengalami  kerosakan  litar  ianya tidak menggangu litar yang lain.

· Bagi  pemasangan  lampu  dalam  industri  biasanya  kuasa  sesebuah  lampu  mungkin  berbeza, contohnya  300 Watt, 500 Watt  atau  1000 Watt, dengan  itu  litar  ini  boleh  dikawal  oleh  fius  berkadar  15 Amp.  dan  saiz  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  dari  2.5mm2 .
Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu



BACA JUGA:

Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
  1. Tindakan kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik
Motor satu fasa
  1. Contoh soalan motor satu fasa
Rintangan elektrik
  1. Makna maksud definisi rintangan elektrik


TAGS

litar gelang
litar jejari
pendawaian elektrik 1 fasa
pendawaian elektrik 3 fasa
maksud litar jejari
faktor kepelbagaian
suis dua hala