KAWALAN ATAU CARA WIRING MOTOR ELEKTRIK SATU FASA



Berikut adalah penjelasan lengkap tentang  KAWALAN ATAU CARA WIRING MOTOR ELEKTRIK SATU FASA  termasuk PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA sebagai rujukan lengkap untuk anda

KAWALAN ATAU CARA WIRING MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : 
Kertas penerangan ini menerangkan tentang jenis-jenis penghidup motor, simbol dan fungsi setiap komponen penghidup, mengenal pasti keadaan komponen, mengetahui cara pemasangan dan pengujian litar kawalan motor.

PENERANGAN :
Seorang pendawai elektrik amat perlu menpunyai pengetahuan mengenai alat-alat uji serta kaedah penggunaannya dan cara-cara melakukan pengujian ke atas litar mati atau litar hidup kawalan motor.

1.0 Pengenalan Kawalan Motor

1.1 Jenis-jenis Penghidup
Mengikut peraturan IEE (Per. 552-01-01,02,03), sesebuah motor yang melebihi 0.5 KK  atau 0.37 KW mestilah mengadakan kawalan keselamatan bagi:

a. Menghidup dan memberhenti motor
b. Beban lampau (Overload relay)
c. Mengelak motor dihidupkan semula dengan tidak sengaja (No.volt coil)

Mengikut  Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti yang berkesan untuk menghidup dan memberhentikannya.

Per.17(3) - Suis tersebut hendaklah di tempatkan mengikut cara yang betul supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.


1.2 Tujuan Penghidup Digunakan

a. Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
c. Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan jauh.
d. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya alat-alat perlindungan  dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor.

1.3 Setiap penghidup dipilih mengikut  faktor berikut

a. Jenis motor
b. Kerja yang dijalankan oleh motor
c. Punca bekalan motor
d. Kadar kuasa motor.




Setiap penghidup boleh diadakan kawalan ke depan dan ke belakang bergantung kepada kegunaan motor

Bagi motor 1 fasa penukaran arah boleh dibuat dengan menukar sambungan gelung permulaan (starting coil)

2.0 Komponen Kawalan (cara wiring) Penghidup Motor

Terdapat pelbagai jenis penghidup motor yang digunakan dalam kawalan motor. Penghidup talian terus ádalah salah satu jenis penghidup yang sering digunakan dalam kawalan motor satu fasa dan tiga fasa. Di dalam litar penghidup talian terus terdapat pelbagai jenis komponen dengan berbagai fungsí dan kendalian. Setiap komponen ini mestilah dikenalpasti fungsi dan kegunaannya.



2.1 Punat Tekan (Push Button).


2.1.1 Punat tekan hidup (push button start )

Kebiasaanya berwarna hijau dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar kawalan. Keadaannya mestilah boleh ditekan dan dilepaskan. Ia berfungsi untuk menyambungkan pengaliran arus elektrik dalam litar.

Apabila punat ditekan, sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus. Sebaliknya apabila punat dilepaskan sesentuh akan terbuka dan pengaliran arus terputus.

Punat Tekan (Push Button).




2.1.2 Punat tekan mati (push button stop)

Kebiasaanya berwarna merah dan mempunyai 2 terminal untuk tamatan kabel litar kawalan. Keadaanya mesti boleh ditekan dan dilepaskan. Ia memutuskan pengaliran arus elektrik dalam litar.

Apabila ditekan, sesentuh akan terbuka dan memutuskan pengaliran arus. Sebaliknya, apabila dilepaskan sesentuh akan tertutup dan menyambungkan pengaliran arus.

       

2.2 Penyentuh Magnet (contactor).

Penyentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet. Elektromagnet mempunyai gelung dimana litarnya dilengkapkan dengan satu punat tekan, suis had apung atau mana-mana alat kawalan yang lain. Ia adalah suis electromagnet yang berfungsi menyambungkan atau memutuskan pengaliran arus elektrik dalam litar.

Arus akan mengalir ke dalam gelung dan menghasilkan urat daya magnet yang mana akan menarik angkir supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada tertutup. Sesentuh-sesentuh suis dihubungkan secara mekanikal ke angkir supaya apabila angkir bergerak kepada keadaan tertutup, ia juga akan menutup sesentuh tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna dan mengeluarkan bunyi bising ketika penyentuh sedang beroperasi. Antara sebab-sebab itu ialah:-

i. Voltan kendalian terlalu rendah.
ii. Gelung yang salah pemasangannya.
iii. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus.
iv. Kotor, karat dan lain-lain di atas permukaan magnet. Ini menyebabkan angkir tidak dapat menutup sepenuhnya.
v. Bahagian-bahagian yang bergerak menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian, oleh itu pergerakan bagi angkir sepenuhnya terhalang.
vi. Pemasangan penyentuh tidak betul.




2.2.1 Sesentuh (contacts).

Sesentuh bagi penyentuh ialah bahagian pembawa arus yang terdekat kepada perlengkapan litar kuasa ke motor apabila penyentuh tertutup. Bahagian penyentuh yang tidak bergerak dilekatkan ke tapak penyentuh sementara bahagian sesentuh yang bergerak dicantumkan kepada satu bar atau pembawa sesentuh yang digerakkan oleh angkir. Jika sesentuh itu membuka suis dinamakan sesentuh lazim buka (normally open), jika sesentuh itu tertutup sebelum penyentuh bertenaga ia dinamakan sesentuh lazim tutup (normally close).

  

a) Sesentuh lazim buka (normally open)
Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini arus tidak akan mengalir ke dalam litar.


b) Sesentuh lazim tutup (normally close)
Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga.  Arus akan mengalir dan akan berhenti apabila penyentuh sudah mendapat bertenaga.



2.2.2 Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contacts).

Sebagai tambahan kepada sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus motor, penyentuh biasanya mempunyai sesentuh tambahan. Sesentuh tambahan ini tidak dibentuk untuk membawa arus motor tetapi hanya arus kawalan. la boleh jadi sesentuh sedia buka atau sedia tutup dan biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan, contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang lama. Sesentuh tambahan juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan lampu isyarat.


Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contacts).




2.2.3 PRINSIP KERJA
  
a) Gelung kendalian boleh berfungsi bagi bekalan 240 V atau 415 V. Kadarnya ada tercatat di plat nama.

b) Apabila gelung kendalian mendapat bekalan, ia akan menghasilkan electromagnet pada teras tetap.

c) Teras tetap akan menarik teras boleh gerak, oleh itu ia akan menolak pelocok di mana ia akan menggerakkan bar bersilang.

d) Bar bersilang yang mengandungi sesentuh boleh gerak akan menutup sesentuh (sesentuh lazim buka dan sebaliknya).

e) Apabila bekalan ke gelung kendalian ditutup, maka tiada daya tarikan magnet lagi.   
Pada masa yang sama spring menolak akan menolak pelocok teras boleh gerak dan seterusnya bar bersilang akan membuka sesentuh dan sesentuh kembali kepada keadaan normal.

f) Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang akan digunakan.


2.2.4 KEGUNAAN

        Sesentuh digunakan di dalam situasi-situasi berikut:-

a) Di mana penyesuaian litar tidak boleh dikendalikan secara manual .
b) Di mana penyesuaian jarak jauh dilakukan.
c) Di mana bekalan ke litar perlu dimatikan secara automatik iaitu alat-alat perlindungan boleh mengeluarkan signal pelantikan (tripping signal).



2.2.5 PENYELENGGARAAN

a) Sesentuh hendaklah dibersihkan dari habuk oksida dengan kertas pasir. Ia hendaklah disapukan dengan Vaseline 
b) Ketegangan spring hendaklah dalam keadaan baik.
c) Skru pengikat punca-punca hendaklah dalam keadaan baik dan kemas


2.2.6 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

KEBAIKAN
KELEMAHAN

1) Boleh dikawal secara kawalan jauh
     (remote control).

2) Boleh memutuskan litar secara
      automatik jika voltan tergendala atau    
      tiada voltan.

3) Alat-alat perlindungan boleh
      mengendalikan penyentuh dalam     
      keadaan beban lampau atau beban    
      terpintas.

4) Bagi penghidup motor yang bersaiz besar ia boleh dikendalikan dalam litar kawalan di mana arusnya rendah.  Justeru itu alat dan peralatan dalam litar tersebut tidaklah begitu besar.


1)  Mahal untuk digunakan dalam  
      pemasangan domestik.

2)  Terhad kepada beban sederhana
      sahaja bagi bekalan masuk.


3)  Litar kawalan merupakan kerja
     tambahan dalam senggaraan.


3.3 Pelindung (protector).

3.3.1 Arus Lebihan Dan Pelindung Arus Lebihan.

Arus lebihan berlaku apabila arus di dalam satu Iitar naik ke satu nilai yang lebih tinggi daripada biasa. Ini disebut litar pintas (kadangkala sebahagian kerosakan tebatan lilitan motor juga menghasilkan arus lebihan yang terhad. Arus ini mampu membawa kepada litar pintas). Pelindung arus lebihan dibekalkan oleh fius ataupun pemutus litar. Pelindung arus lebihan juga menjadi sebahagian komponen kawalan.

Fius terdiri daripada alat atau komponen yang kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar untuk melindungi litar elektrik.  Bekalan dan arus yang berlebihan daripada kadar keupayaan fius yang dipasangkan pada litar elektrik akan menyebabkan fius terputus.  Apabila fius terputus litar elektrik juga akan terputus bekalan voltannya dan secara tidak langsung menyelamatkan alat elektrik yang digunakan. Fius juga berfungsi untuk memutuskan litar jika berlaku litar pintas pada litar elektrik.






3.3.2 Geganti Beban Lampau.

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan tahan lama, maka satu pelindung beban Iampau perlu ada di dalam litar kawalan. Sesebuah motor elektrik jika dikendalikan melebihi daripada kadar keupayaannya akan terjadi beban lampau disebabkan oleh pemutaran mesin, voltan talian yang rendah atau talian yang terbuka dalam sistem berbagai fasa yang mana akan menghasilkan kendalian-kendalian sefasa. Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang berlebihan dimana akan menyebabkannya terlalu panas. Oleh kerana kepanasan yang terik akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan sendirinya merosakan motor itu.

Untuk melindungi sesebuah motor daripada kepanasan maka satu geganti beban lampau dipasang di penghidup agar dapat memutuskan litar motor apabila lebihan arus berlaku. Geganti beban lampau bagi satu penghidup bekerja untuk melindungi sesuatu motor daripada mengeluarkan arus yang berlebihan. Geganti beban lampau Jenis 'thermo' - peka atau elemen magnet disambungkan sama ada terus ke talian motor atau secara tidak langsung melalul alatubah. Geganti beban lampau bekerja untuk menghentikan tenaga elektrik terhadap penghidup atau menghentikan sesebuah motor itu apabila arus yang berlebihan melaluinya.

Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan iaitu:-

a) Untuk digunakan secara automatik iaitu berfungsi apabila dipasang di tempat yang sukar ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.

b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk memutuskan litar antara 85% - 115% kadar pemutus bagi unit panas.  Gerakan pemutus bagi litar kawalan memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai perbezaan pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan logam mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker.  Dengan itu sesentuh lazim tutup (normally close) akan terbuka dan motor akan berhenti beroperasi



3.3.3 Prinsip Kerja
· Ketika berlaku beban lampau pada motor arus beban yang mengalir di geganti haba akan melebihi dari nilai arus yang telah di setkan pada geganti haba.
· Bahan dwi logam akan menjadi panas dan ia membengkok.
· Ia akan menolak bar kerja dan seterunya menolak sesentuh – sesentuh tripping.
· Dengan ini geganti haba pelantik dan mengendalikan penyentuh di mana ia akan memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa.
· Untuk menghidupkan litar semula, punat reset hendaklah ditekan dahulu  untuk mengendalikan sesentuh tripping kepada kedudukan asal.


3.3.4 Pelindung Tanpa Volt.

Pelindung tanpa volt atau pelindung voltan rendah juga disebut sebagai alat kawalan tiga dawai. Ini bermakna bahawa penghidup akan terhenti apabila sesuatu kegagalan voltan berlaku tetapi tidak akan hidup kembali secara automatik apabila voltan kembali semula.


3.4 Suis Pemasa ( Timer )

Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatk dan bergantung kepada masa yang ditetapkan seperti saat, minit, jam, mingguan atau bulanan. Alat ini akan beroperasi dengan bekalan Arus Terus dan Arus Ulang Alik. Lazimnya suis ini digunakan untuk litar kawalan.

Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan mula mengira masa yang ditetapkan. Setelah masa yang ditetapkan tiba semua sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu daripada keadaan sentiasa terbuka kepada keadaan sentiasa tertutup (NO – NC)  manakala keadaan sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka (NC – NO). Apabila bekalan diputuskan ia akan berhenti beroperasi dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala

   
Untuk menghidupkan voltan yang lebih besar kita boleh membuat kawalannya dengan membuat pendawaian yang diselarikan pemasangan bekalannya kepada gegelung penyentuh (coil contactor).



3.5 Geganti ( Relay )

Alat ini digunakan untuk menghidupkan litar kawalan secara elektromagnet, ia mempunyai fungsi yang sama dengan penyentuh ( Contactor ). Padanya terdapat sesentuh sedia buka dan sedia tutup dan punca penyambungan Coil untuk membolehkan ia beroperasi.




3.6 Lampu Pandu ( Pilot lamp )

Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan tentang operasi litar kawalan. Sebagai contoh :

Warna
Maksud kod warna
Merah
Stop, Trip, Fasa merah.
Kuning
Fasa kuning, Pemanas ( Heater )
Biru
Fasa biru.
Hijau
On, Run





 Simbol-simbol kawalan motor dan kegunaannya

Bil
Simbol
Nama
Kegunaan


1




2


3






4





5









               
 

(Normally Open)
sesentuh lazim terbuka


(Normally close)
Sesentuh lazim tertutup


Punat tekan henti)
(Push button stop)



Punat tekan hidup
(Push button Start)


Normally Open/close Geganti Beban lampau
( sesentuh tambahan )

Bila sesentuh mendapat tenaga  litar akan tertutup
( hidup)

Bila sesentuh mendapat  tenaga  litar akan terbuka
(mati )


Menghentikan penghidup dan motor




Menghidupkan penghidup dan motor


Normally open dan close ialah untuk menyambung dan memutuskan litar  bila berlaku beban lampau pada motor








3.8 Pengujian Komponen-komponen Kawalan Motor


Bil

Komponen


Kaedah Pengujian

1.

Fius

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua hujung fius.
2. Jika jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan dan fius dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika jarum tidak bergerak kea rah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan fius terputus.


2.

Punat tekan hidup

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua punca punat tekan hidup.
2. Apabila punat tekan hidup ditekan, jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan dan apabila dilepaskan, jarum meter akan kembali semula ke infiniti. Ini menunjukkan punat tekan hidup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum tidak bergerak kearah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan punat tekan hidup rosak.
4. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum meter bergerak kearah 0 dan apabila dilepaskan jarum meter tidak kembali ke infiniti, ini menunjukkan punat tekan hidup rosak.


3.

Punat tekan hidup

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua punca punat tekan henti. Jarum meter bergerak kearah 0.
2. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter akan bergerak semula kearah infiniti, ini menunjukkan tiada keterusan. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan bergerak ke arah 0 dan menunjukkan terdapat keterusan. Ini menunjukkan punat tekan henti dalam keadaaan baik.
3. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan. Sebaliknya, apabila dilepaskan jarum meter kembali ke infiniti. Ini menunjukkan punat tekan henti telah rosak.

4.

Sesentuh magnet
· Gegelung









1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua punca gegelung.
2. Sekiranya jarum meter menunjukkan bacaan, ini menunjukkan kedua-dua punca gegelung ada penyambungan.
3. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak dan berada pada kedudukan infiniti, ini menunjukkan kedua-dua punca gegelung tiada penyambungan.

Sesentuh magnet
· Sesentuh lazim terbuka

















1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua punca sesentuh lazim terbuka. Tekan pelocok di bahagian tengah penyentuh.
2. Sekiranya, jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan.
3. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan bergerak semula ke infiniti. Ini menunjukkan sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik.
4. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0 apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan tiada keterusan dan didapati sesentuh lazim terbuka rosak.
5. Sekiranya jarum meter bergerak ke arah 0 apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat keterusan dan apabila pelocok dilepaskan, jarum meter tidak bergerak semula ke infiniti. Ini menunjukkan sesentuh lazim terbuka rosak.

Sesentuh magnet
· Sesentuh lazim tertutup

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pad kedua-dua punca sesentuh tertutup. Tekan pelocok di bahagian tengah penyentuh. Sekiranya jarum meter tidak bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan tiada keterusan
2. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan sesentuh lazim tertutup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, kiranya jarum meter bergerak ke arah 0 apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat keterusan dan didapati sesentuh lazim tertutup rosak.


5

Geganti beban lampau(GBL)

1. Sentuhkan probe merah (+) dan sentuhkan probe hitam (-) pada kedua-dua punca beben lampau. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan punca berkedudukan dalam keadaan lazim terbuka.

2. Pastikan semasa hendak menguji gegenti beban lampau, punat reset ditekan terlebih dahulu.
3. Pengujian GBL juga boleh dilakukan dengan menolak pelantik bagi memastikan sesentuh lazim tutup tertutup dan sesentuh lazim terbuka berfungsi dengan baik.

6

Gegenti lewat masa (GBM)

Petunjuk :-
Punca 2 dan 7  = Gegelung
Punca 5 dan 8  = Sesentuh lazim tertutup
Punca 6 dan 8  = Sesentuh lazim terbuka
1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca gegelung gegemti lewat masa. Sekiranya jarum meter bergerak dan menunjukkan bacaan rintangan, ini menunjukkan penyambungan gegelung dalam keadaan baik dan tidak terputus. Sekiranya jarum meter tidak bergerak, ini menunjukkan penyambungan gegelung terputus.
2. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dan julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca sesentuh lazim tertutup. Sekiranya jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan penyambungan sesentuh lazim tertutup dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum meter bergerak, ini menunjukkan GLM rosak.
3. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung. Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dn julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada punca sesentuh lazim terbuka. Sekiranya jarum meter bergerak kearah 0, ini menunjukkan penyambungan sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak, ini menunjukkkan GLM rosak

7

Lampu pandu

1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pada kedua-dua punca lampu pandu. Sekiranya jarum bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat keterusan dan lampu pandu dalam keadaan baik.
2. Sekiranya, jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini menunjukkan tiada keterusan dan lampu pandu rosak.





   


4.1 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA
   
Prinsip operasi Penghidup talian Terus(keadaan mara)

1. Apabila punat tekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam litar kawalan lalu memberikan litar pada gegelung penyentuh F.

2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi electromagnet dan seterusnya ia akan menarik semula sesentuh buka menjadi tutup.

3. Sesentuh ini akan menyebabkan arus di talian L(life) memasuki motor dan motor ini terus beroperasi dalam keadaan mara.
4. Apabila punat tekan mula F dilepas motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh tambahan buka F mengambil alih tugas punat tekan mula F.

5. Apabila punat tekan henti(stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban berfungsi. Ini bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.

Prinsip operasi Penghidup Talian Terus ( keadaan songsang)

1. Apabila punat tekan R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam litar kawalan lalu melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.

2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi electromagnet dan seterusnya ia akan menarik semua sesentuh buka menjadi tutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus talian L(life) memasuki motor dan motor ini terus beroperasi dalam keadaan songsang.

4. Apabila punat tekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh tambahan buka R mengambilalih tugas punat tekan mula R.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazimterbuka ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.


4.2 Penghidup Talian Terus (Direct On Line Starter).

Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang mana bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara. Pemula ini biasanya digunakan untuk motor berukuran ½ kk. hingga 3 K.K (0.37 Kw hingga 2.2 Kw) yang biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin. penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya. Arus mula adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal. Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang akan wujud pada motor itu ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa saat sahaja. Beban yang digunakan tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi boleh menggangu sumber bekalan ke beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian terus ini, bekalan dikenakan terus kepada motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Motor satu fasa yang biasa digunakan ialah motor yang digunakan didalam A/C satu fasa. Motor 3 fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).

Penghidup Talian Terus adalah dimana sistem bekalan dikenakan terus pada motor tanpa apa-apa alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Dalam sistem penghidup motor kendalian automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub adalah sesentuh-sesentuh dari penyentuh.
Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban / beban lampau. Mengikut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, penghidup talian terus hanya digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 k.k



Prinsip Kendalian

1. Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup talian terus.

2. Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan menghasilkan  medan magnet/bertenaga.

3. Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya c1 dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on )

4. Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam talian fasa melaluinya terus ke motor seterusnya ke talian neutral dan motor terus berputar.

5. Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.

6. Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.



7. Apabila punat tekan henti dilepaskan,arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar utama terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet.

8. Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.

9. Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau. Semasa beban lampau arus meningkat dan meyebabkan suis  beban lampau terbuka. Ini akan menyebabkan seluruh litar tidak berfungsi.

10. Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor. Punat tekan hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain.
Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.


4.2.1 Kelebihan dan kekurangan Penghidup Talian Terus

KEBAIKAN

KEBURUKAN
· Dayakilas permulaan adalah tinggi dan mencapai kadar kelajuan maksima dalam masa yang singkat.
· Binaannya ringkas, harganya lebih murah dan senggaraannya mudah.
· Arus mulanya adalah tinggi dan ini     menyebabkan   pusuan (surge) di dalam sistem adalah amat tinggi dan mengganggu sistem yang lain.
· Untuk menanggung arus mula yang tinggi, pengalir-pengalir dan alat-alat perlindungan perlu dilebihkan kadarnnya, oleh itu perlindungan kurang sensitif.





 5. OPERASI DAN PENGUJIAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

5.1 Alat-alat Pengujian

a. Multimeter
• Multimeter digunakan sebagai alat ukur dan alat uji.  Ia digunakan untuk menyukat sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan pada satu-satu litar elektrik dan elektronik.

• Kuantiti-kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.

Fungsi Pengukuran
• Terdapat 3 fungsi utama :
i. Menyukat kerintangan pada perintang - Ohm Meter   (Ω )
ii. Menyukat kuantiti voltan bekalan menyukat bezaupaya pada sesuatu litar -Volt Meter (V)
iii. Menyukat kuantiti arus yang mengalir pada sesuatu litar - Ampere Meter / Ammeter (A)

b. Clamp Tester(Amprobe)

    Amprobe ialah alat yang direka khas untuk mengukur arus, voltan dan rintangan. Keistimewaan alat ini ialah ia boleh mengukur arus secara terus tanpa perlu disambung secara siri di dalam litar. Voltan dan rintangan diukur dengan menggunakan’probe wire’ yang disediakan di mana kaedahnya adalah sama dengan menggunakan multimeter.
Alat ini mempunyai Tong (pengapit) yang boleh digerakkan untuk mengapit pengalir.  Apabila pengalir yang membawa arus letrik dikapit, medan magnet yang mengelilingi pengalir akan mengaruh kedalam pengapit yang mempunyai besi lembut.  Arus aruhan ini akan menggerakkan jarum penunjuk untuk memberikan bacaan arus eletrik. Konsep yang bekerja yang digunakan digunakan oleh clamp on meter adalah sama dengan pengubah arus.

c. Meter Megger.

Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan.  Meter megger adalah dari rekabentuk ohm meter.  Jika litar terbuka, tiada arus mengalir.  Jarum penunjuk akan menunjukan pada skala infiniti (¥). Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah, jarum penunjuk akan menunjuk ke arah sifar. Sekiranya rintangan tersangat rendah, kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik boleh berlaku.  Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat digunakan. Unit dalam rintangan penebatan ialah Mega Ohm (MW).

5.2 Jenis Jenis Pengujian

Terdapat dua kaedah pengujian dilakukan untuk litar kawalan:
i. Pengujian ke atas litar mati
ii. Pengujian ke atas litar hidup

Jenis jenis pengujian untuk litar mati :
i          Ujian keterusan pengalir
ii         Ujian rintangan penebatan.

a. Cara cara membuat pengujian keterusan pengalir pada litar mati
            i. Menguji keterusan MCB
           ii. Menguji keterusan pengalir neutral) dengan Terminal Neutral
           iii. Menguji keterusan dengan Terminal Common
           iv. Menguji keterusan dengan Terminal Live  gelung
           v. Menguji keterusan sesentuh sedia buka
           vi. Menguji keterusan sesentuh sedia tutup

6.0 Peraturan IEE Mengenai Motor Elektrik

A-63 (KAWALAN MOTOR)
Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat menghidup dan memberhentikan motor, alat ini di tempatkan dimana lanya mudah dikendalikan oleh seorang penjaga motor itu.

A-64
Semua motor elektrik mesti diperuntukan dengan alat kawalan seperti:
i) Bagi mencegah penghidupan secara automatik selepas terhenti disebabkan susutnya voltan atau putusnya bekalan dimana motor menghidup dengan tidak disangka-sangka.
ii) Dimana lebih daripada satu cara pemberhentian dengan tangan dibekalkan dan bahaya mungkin disebabkan oleh penghidupan motor dengan tidak disangka-sangka atau sesuatu mesin yang dipacu oleh motor elektrik dengan alat mencegah semula penghidupan sehingga semua alat pemberhenti disetkan.
iii) Bagi memisahkan voltan litar motor dengan menggunakan alat pemisah yang dipasang di tempat yang sesuai dan semua alat termasuk pemutus Iitar automatik yang digunakan. Jika alat pemisah ini jauh daripada motor, tambahan alat pemisah dipasang bersebelahan dengan motor atau secara pilihan peruntukan akan dibuat bagi mengunci alat utama di dalam keadaan OFF.

Nota
Satu cara pemisahan boleh diperuntukan untuk satu kumpulan motor dan alat-alat kawalan yang bergabung dengannya dimana keperluan pemeriksaan atau lain-lain kerja dibuat bagi sesuatu motor dalam kumpulan itu atau alat-alat kawalan yang bergantung terus dengan motor, pemeriksaan secara serentak bagi semua kumpulan adalah diterima.

 A-65
Semua motor elektrik yang mempunyai kadaran lebih daripada 0.37Kw mestilah diperuntukan dengan alat kawalan yang mengandungi alat yang sesuai untuk memberikan perlindungan lebihan arus di dalam motor atau kabel diantara alat itu di dalam motor.

A-66 (LITAR MOTOR)
Kabel yang membawa arus penghidup, arus larian ( running current ) dan arus beban mestilah berkadaran sekurang-kurangnya sama dengan arus beban penuh motor apabila dikadar berdasarkan kepada kesusuaian piawaian British.

A-68
Di mana penghidup diperuntukan yang memberikan perlindungan daripada lebihan arus di dalam motor dan kabel di antara penghidup dan motor. Kadar fius atau Pemutus litar yang melindungi litar kecil akhir motor mestilah tidak melebihi dua kali ganda arus di dalam kabel atau Pemutus litar dan penghidup.





SOALAN

1. Mengikut  Peraturan-peraturan Elektrik 1994 iaitu Per.17(2) Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidup dan memberhentikannya Nyatakan  TIGA tujuan mengapa penghidup perlu dipasang pada motor
i. ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
ii. ……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
( 2 marks)

2. Namakan DUA litar kawalan yang digunakan dalam mengawal operasi sesuatu litar motor elektrik satu fasa

i. .…………………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………………..
( 2 marks)

3. Sebutkan fungsi pelindung beban lampau di dalam komponen kawalan
         ………………………………………………………………………………………………………        ………………………………………………………………………………………………………       ………………………………………………………………………………………………………
( 2 marks)
4. Sebutkan DUA kebaikan menggunakan D.O.L starter
i. …………………………………………………………………………………………………..………………………………………………………………………………………
ii. ……………..……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………..

( 2 marks)
5. Nyatakan fungsi penyentuh magnet yang digunakan dalam alat kawalan motor.
    ……………………………………………………………………………………….……………
   ………………………………………………………………………………………………….…
(2 marks)







RUJUKAN:
Abd Samad Hanif 1994 , Akta Bekalan Elektrik 1990 Dan Peraturan-peraturan IEC.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Abdul Samad Bin Hanif 1988, Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik. Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur .

Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia .




Anda pasti berminat untuk membaca cara-cara penyelengaraan (baik pulih) motor satu fasa

MOTOR Elektrik 1 FASA
  1. NOTA : JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU (1) FASA
Maksud Elektrik
  1. Apakah makna/maksud "elektrik" dan arus elektrik?
Motor Tolakan
  1. Motor Tolakan - New!
NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : ASAS LITAR ELEKTRIK
NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
  1. NOTA : PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

PENTING: KAWALAN MOTOR

  • Nota kawalan motor
  • Fungsi kawalan motor
  • Kaedah kawalan motor
  • Cara kawalan motor terbaru
  • Nota penting kawalan motor terbaru