Motor Tolakan

Binaan Motor tolakan

ini biasanya dibina pada keupayaan yang kecil tidak melebihi 4 kW . Dimana stator dibelitkan dengan belitan satu fasa yang disambungkan terus kepada bekalan satu fasa.Manakala rotor motor seakan-akan sama dengan angker yang berserta dengan komutator tetapi kedua-dua punca berus karbonnya sentiasa berlitar pintas .

Binaan Motor tolakan

     Apabila belitan stator motor dibekalkan dengan bekalan satu fasa , ia akan menjadi seolah-olah belitan primer transfomer kerana ia akan menghasilkan arus aruhan di rotor secara aruhan saling .Oleh kerana litar angker berlitar pintas pada komutator , arus aruhan di rotor yang terhasil ini amat kuat sehingga mampu menghasilkan uratdaya di rotor.
Berikut adalah penjelasan lengkap tentangBinaan Motor tolakan termasuk Ciri-ciri motor tolakan  dan  Kegunaan/fungsi motor tolakan untuk rujukan lengkap anda.
Binaan Motor tolakan



Sekiranya berus motor ini berada pada sudut tegak atau mengufuk dengan medan stator , pusingan rotor tidak akan terhasil kerana pada sudut ini tidak akan berlaku pemotongan pengalir.Oleh itu , tidak ada arus dan uratdaya yang terhasil di rotor untuk bertindakbalas dengan medan di stator.


Pada masa kedudukan berus mengufuk dan menegak ini uratdaya di rotor lain , tetapi motor tidak juga berputar ( berpusing ) .Oleh kerana itu berus hendaklah diletakkan di antara kedua-dua kedudukan itu . Dengan ini , tolakan antara uratdaya rotor dengan uratdaya stator akan terwujud .

Ciri-ciri motor tolakan

      Motor ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan motor belitan medan siri iaitu kelajuannya akan bertambah apabila beban motor itu dikurangkan.Untuk menyongsangkan putaran motor ini , kedudukan berus karbon perlu ditukarkan sama ada ke depan atau ke belakang daripada kedudukan mengufuk.

Putaran motor ini akan mengikut arah kedudukan berus karbon itu diletakkan.jika menggunakan cara lain , motor ini boleh diubah arah putarannya dengan mengetap belitan pemula dan mengubah arah putarannya. 

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan belitan penyongsang kepada belitan utama dengan menggunakan suis pengubah arah putaran

Kegunaan/fungsi motor tolakan


Motor ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja menarik beban kerana ia memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.namun begitu tugas motor ini sekarang telah di ambil alih oleh motor arus ulang alik berkapasitor .Biasanya motor yang berukuran kecil boleh dihidupkan secara sambungan terus ke bekalan.

Untuk motor berukuran sederhana permulaannya disambung kepada talian yang digunakan untuknya dan terdapat rintangan yang disambungkan sesiri dengan bekalan supaya arus permulaannya dapat diturunkan .


Baca juga: JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU FASA


Apakah Lampu pendarfluor?
  1. Nota : Apakah Lampu pendarfluor?
Aruhan Elektromagnet Menghasilkan Elektrik
  1. Aruhan Elektromagnet Menghasilkan Elektrik
CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
  1. CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai
  1. Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai - New!
Cara pemasangan/wiring Sistem Pembumian (wayar bumi) elektrik di rumah dan industri
  1. Sistem Pembumian (wayar bumi)


Carian berkaitan dengan Motor Tolakan
  • motor fasa belah
  • motor segerak
  • motor elektrik 3 fasa
  • motor 3 fasa
  • jenis-jenis motor elektrik