PENGIRAAN LITAR ELEKTRIK
PENERANGAN:
Ada beberapa istilah yang perlu kita ketahui berhubung dengan epngiraan litar elekrik.
a. Open circuit(litar terbuka) – ialah keadaan apabila arus atau mana-mana alat tidak bersambung dan menyebabkan arus tidak boleh mengalir.
b. Close circuit(litar tertutup) – ialah keadaan apabila suis atau alat-alat bersambung dan membenarkan arus letrik mengalir.
c. Short circuit(litar pintas) – ialah apabila arus letrik mengalir secara pintas tanpa melalui beban dan balik ke punca bekalan. Dan satu lagi keadaan ialah apabila dua pengalir yang berlainan fasa bersentuhan. Litar pintas sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kebakaran atau merosakan komponen-komponen elektrik.
Litar Siri
Litar siri ialah susunan laluan untuk pengaliran elektron(arus letrik) yang hanya membenarkan pengaliran dalam satu lorong sahaja. Elektron akan mengalir pada setiap lampu, rintangan dan suis dalam litar siri. Apabila salah satu daripada alat elektrik itu tidak berfungsi elektron tidak dapat mengalir dan litar terbuka.
Tiga faktor penting tentang litar siri.
a. Arus yang mengalir dimana-mana bahagian litar siri adalah sama. Dalam simbol, litar siri boleh ditunjukan seperti berikut :
Ij = I1 + I2 + I3 ………
b. Jumlah rintangan bagi satu litar adalah bersamaan dengan jumlah rintangan individu didalamnya. Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :
Rj = R1 + R2 + R3 ………
c. Apabila susutan voltan didalam satu litar siri ditambahkan bersama, jumlah nilainya adalah bersamaan kepada jumlah voltan yang digunakan. Didalam simbol ia boleh ditunjukan seperti berikut :
Vj = V1 + V2 + V3 ………
litar siri |
Contoh Soalan
Nyatakan jumlah rintangan litar tersebut dan nyatakan arus yang melaluinya?
Rj = 10 + 1K + 20
= 20.03 KW
Litar selari
Apabila litar elektrik membenarkan elektron mengalir melalui dua atau lebih laluan pada waktu yang sama maka litar itu disebut litar selari. Voltan yang melintangi setiap beban adalah sentiasa sama.
Vj = V1 = V2 = V3
Jumlah elektron yang mengalir pada setiap cabang adalah sama dengan jumlah elektron yang mengalir pada peringkat permulaan. Cabang-cabang yang mempunyai rintangan yang rendah membawa lebih arus jika dibandingkan dengan cabang-cabang yang mempunyai rintangan yang tinggi.
Ij = I1 + I2 + I3
Perintang atau beban yang disambungkan selari menampakan satu rintangan campuran yang rendah daripada mana-mana satu daripadanya secara individu.
a) Mencari rintangan yang serupa dalam litar selari
litar selari |
Rj = 400 / 4
= 100 W
b) Dua perintang yang tidak serupa nilainya dalam litar selari.
litar selari |
Rj = R1 x R2
R1 + R2
= 10 x 40
10 + 40
= 400
50
= 8W
Litar selari |
1 = 1 + 1 + 1
Rj R1 R2 R3
= 1 + 1 + 1
10 30 40
1 = 12 + 4 + 3
Rj 120
Rj = 120
19
= 6.3 Ohm
Litar siri-selari
Litar siri selari sebenarnya ialah campuran atau kombinasi litar siri dan litar selari. Tujuan utamanya ialah untuk memperoleh manfaat yang maksimum daripada kewujudan kedua–dua litar itu. Walaupun pada praktiknya amat sukar untuk membezakan litar ini, tetapi bolehlah dikatakan kesemua litar yang digunakan sekarang terdiri daripada litar siri selari.
Dalam litar siri selari jumlah arus yang mengalir bergantung kepada jumlah rintangan yang diberi oleh litar apabila disambungkan melintangi voltan. Arus yang mengalir dalam litar akan membahagi pada semua litar-litar selari dan bercantum semula untuk mengalir melalui bahagian litar siri.
Litar siri selari |
Menunjukkan bagaimana Arus mengalir dalam Litar siri-selari
https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.my
3 FASA
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?
Alatambah dan Alat Perlindungan bagi pendawaian elektrik di rumah
Apakah Lampu pendarfluor?