PENGURUSAN PEKERJAAN KEJURUTERAAN

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang PENGURUSAN PEKERJAAN KEJURUTERAAN,
Pengertian Jadual Kerja JENIS-JENIS ORGANISASI dan  PERANAN SEORANG PEKERJA untuk rujukan lengkap anda.

BEGINI CARA MENGURUS PEKERJA  (Kejuruteraan Elektrik)
Dibawah ni saya sertan nota bagaimana kita nak menguruskan pekerja di bawah kita.

Biar organisasi yang kita pimpin teratur dari segala aspek. Tak lah becelaru...beterabur.

Sebab tu lah saya kongsikan disini cara nak menguruskan pekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sacara am nya.

1.CARA HENDAK MENGURUSKAN PEKERJA (Kejuruteraan Elektrik)


1.1 Pengertian Jadual Kerja


1. Kerja merupakan satu perkara atau pekerjaan yang dibuat menghasilkan keputusan daripada tindakan tersebut.

2. Jadual adalah satu perancangan atau jadual merancang peristiwa-peristiwa atau kerja.

3. Sumber pula merupakan sesuatu pertolongan atau sokongan bagi mencapai tujuan tertentu.

4. Jadual kerja bermaksud sesuatu dokumen dimana anda menyenaraikan tugas atau kerja, tarikh dan masa untuk melaksanakan kerja, nama orang bertanggungjawab dan alat-alat atau peralatan untuk memudahkan pelaksanaan. 

Dokumen yang dikeluarkan akan memastikan kerja-kerja tersebut telah dibahagikan sama rata antara pekerja bawahan. 

Ia juga membantu penyelia dalam memantau operasi harian kerja-kerja tersebut. Biasanya dibina dalam bentuk jadual.

1.2     Prosedur Membina Jadual Kerja

      Langkah-langkah membina Jadual Kerja adalah seperti di bawah:
a. Membuat jadual
b. Mengkaji semula jadual hari ini
c. Pilih pekerja dan kaji semula jadual semasa
d. Pilih arahan kerja yang dijadualkan untuk pekerja
e. Buat jadual kerja untuk pekerja yang dipilih
f. Cetak jadual dan arahan kerja
g. Edarkan kerja kepada pekerja



1.3  Pengurusan Prestasi Pekerja


§ Carta Organisasi Firma

§ Status Perjawatan Pekerja

1) Prestasi Kontrak/Percubaan
2) Prestasi Pantau
3) Prestasi Kajian Semula

§ Penentuan Prestasi Pekerja

1) Kualiti
2) Kuantiti
3) Kos
4) Ketetapan masa

§ Penilaian Pekerja dibuat berdasarkan standard skala yang ditentukan oleh firma
1
A
Peranan model
2
B
Buat dan bantu
3
C
Buat tanpa bantuan
4
D
Buat dengan bantuan
5
E
Meminta bantuan tanpa melakukan

  



1.4   Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab

Struktur organisasi merupakan komponen penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan  sesuatu urusan. lanya merupakan struktur atau corak tanggungjawab yang dirancang dan berbeza bagi individu yang mempunyai urusan yang ada di dalam organisasi. Oleh itu, struktur organisasi ialah tentang bagaimana segala tanggungjawab itu ditentukan untuk dirancang dan dibahagikan untuk tindakan.

Di dalam bahagian organisasi, terdapat struktur kuasa rasmi yang bersangkutan dengan pengambilan pekerja, perancangan kerja, penyeliaan kerja, kenaikan pangkat, tatatertib dan pemberhentian pekerja. 

Hubungan-hubungan kuasa tidak rasmi pula berkaitan dengan kerja rutin dan harian seperti memberi nasihat, penerangan dan sebagainya dalam organisasi.

Organisasi bermaksud satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.

Ciri-ciri Organisasi :

i) Adanya hieraki atau tingkat autoriti

ii) Terdapat struktur organisasi atau pembahagian kerja

iii) Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti

Carta organisasi merupakan satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dalam sesuatu/ sesebuah organisasi, selaras dengan bidang kuasa (autoriti), tugas dan tanggungjawab


Prinsip-prinsip struktur organisasi mestilah menitikberatkan tiga perkara yang sangat penting
iaitu:
· Pencapaian tanggungjawab pengurusan yang berkesan dengan pembahagian atau pengagihan tugas yang jelas dan tertentu secara bertulis.

· Menjaga tindakan gabungan bersepadu supaya matlamat organisasi tercapai.

· Struktur organisasi tidak sepatutnya dianggap kekal dan  beku. Ia mesti boleh dibentuk untuk menerima segala pengubahsuaian mengikut keadaan apabila diperlukan.

Keberkesanan struktur organisasi mestilah menjadikan :

· Seorang ketua  bertanggungjawab  kepada  organisasi dan  menyediakan  dasar supaya tindak tanduk pergerakan lebih berkesan di dalam organisasi tersebut.

· Keputusan hendaklah diagihkan melalui penurunan kuasa atau penugasan tanggungjawab yang penting.

· Garis tangggungjawab yang jelas menghubungkan ketua eksekutif dengan pelbagai
peringkat pengurusan bawahan.

· Had jangkauan tanggungjawab atau penyeliaan  seseorang ketua atau penyelia
dibataskan kepada bilangan yang tidak terlalu ramai dan aktiviti mereka itu ada hubung kait.

  

1.5   JENIS-JENIS ORGANISASI


Terdapat 2 jenis organisasi di dalam sistem pentadbiran iaitu:


1.5.1   ORGANISASI FORMAL


Di dalam organisasi formal, ciri-ciri autoritatif yang mutlak kepada seseorang pengurus jelas kelihatan berbanding dengan pengurus di organisasi tidak formal.

Kewibawaan dan kuasa seseorang pengurus diperolehi daripada jawatannya di dalam hierarki pengurusan. Kuasa terletak di tangan pegawai atasan dan setiap pengurus yang tertakluk di bawahnya.

Di dalam organisasi formal, proses membuat keputusan kurang berbentuk pemusatan di mana keputusan di buat bergantung kepada jabatan.

Organisasi formal wujud kerana ia mengawal pencapaian matlamat organisasi yang mengutamakan daya pengeluaran.


1.5.2    ORGANISASI TIDAK FORMAL


Bagi organisasi tidak formal, ciri-ciri autokratik jelas tergambar. Keputusan yang di ambil oleh golongan pengurus yang konservatif ini biasanya menggambarkan pertanyaan nilai di antara pihak yang bersifat pragmatik dan dogmatik.

Organisasi tidak formal wujud bagi memenuhi keberuntungan sosial dan mementingkan ciri kemanusiaan serta interaksi sosial.



1.6 PERANAN SEORANG PEKERJA
Peranan adalah komponen kepada tanggungjawab. 

Peranan boleh menjelaskan garis kerja supaya tidak menganggu-gugat tanggungjawab yang jelas dan juga sistem memberi perintah atau arahan yang bersangkutan. 

Oleh itu, peranan setiap pekerja berkemungkinan tidak sama, contohnya peranan seorang penyelia adalah :
· Menyelia kerja-kerja

· Memantau pekerja-pekerja dan persekitaran kerja

· Membuat laporan kemajuan kerja

· Menyediakan laporan prestasi pekerja

· Menyemak keperluan bahan dan alatan kerja dari masa ke masa dan lain-lain.

Manakala peranan seorang pekerja pula adalah:
· Melaksanakan kerja

· Mengikut jadual kerja

· Mematuhi arahan kerja

· Mengurangkan kesilapan semasa kerja

· Mengelakkan pembaziran

· Melaporkan masalah-masalah kerja kepada penyelia dan lain-lain.

Hieraki juga merupakan unsur struktur yang penting dan bersepadu. la merupakan mekanisma yang penting bagi mengkoordinasikan pelbagai tugas, mengawasi pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi, menyelesaikan konflik dan boleh mencapai matlamat melalui cara hieraki tersebut.

Terdapat dua jenis hieraki iaitu jangka kawalan mendatar dan jangka kawalan menegak. Dalam jangka kawalan mendatar, tugas yang dilaksanakan oleh setiap pekerja melibatkan skop yang lebih kecil. la juga membolehkan pengurus mengadakan pengawasan yang lebih mudah. Kawalan menegak pula mempunyai pekerja yang terlibat dalam skop aktiviti dan tugas yang lebih luas. Di samping itu, aliran maklumat lebih lambat dan kurang tepat setelah melalui beberapa tahap.
 
PENGURUSAN PEKERJAAN (Kejuruteraan Elektrik)

1.7    Kerja Berkumpulan

Kerja berkumpulan adalah satu kerja berpasukan di mana setiap individu di dalamnya bertanggungjawab untuk mencapai halatuju atau matlamat pasukan tersebut. Bagaimanapun, semua itu hanya diperolehi jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Biasanya masalah berlaku apabila ada ahli tidak membuat kerja yang setimpal berbanding dengan ahli lain.
Contohnya :  A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan C dan D cuma duduk rehat saja. Tentu ia tidak adil.
Untuk memastikan ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan, beberapa perkara seperti di bawah boleh di amalkan dalam kerja berkumpulan.
• Ketua
Ketua di dalam sesuatu kumpulan perlu ada dan memiliki ciri-ciri kepimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih serius untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.
• Fahami tugasan
Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu di selesaikan.
• Saling menghargai
Biasanya kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukanlah satu  tugasan  mudah. Sehubungan itu kerjasama setiap ahli kumpulan sememangnya sangat  diperlukan. Masing-masing perlu menghargai dan menghormati  komitmen dan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan.
• Santai
Jangan terlalu serius ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan; Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa letih. Sekali sekala bersembang dan berjenaka boleh menghilangkan rasa bosan.

Ciri-ciri pasukan yang berkesan :
i) Mempunyai matlamat pasukan yang jelas
ii) Mempunyai peranan yang jelas
iii) Komunikasi yang jelas/ berkesan
iv) Mempunyai pelan penambahbaikan
v) Kelakuan ahli kumpulan (kerjasama)

1.7.1    Faedah Bekerja Sebagai Satu Pasukan
i- Wujud semangat berkumpulan
Bekerja sebagai satu pasukan dengan ahli yang sentiasa menghargai dan menghormati di antara satu sama lain boleh memudahkan semangat berkumpulan dan meningkatkan moral pekerja. Semangat berkumpulan amat penting untuk menentukan kejayaan atau keruntuhan sesuatu kumpulan.
ii- Keputusan Cepat
Bekerja sebagai satu pasukan boleh mempercepatkan keputusan dibuat. Apabila bekerja dalam kumpulan diamalkan, semua ahli  tahu apa perkara yang dibincang atau dibuat kerana semuanya terlibat. Jadi apabila sesuatu keputusan hendak lakukan, ianya boleh dibuat dengan cepat dengan mendapat persetujuan bersama.
iii- Komunikasi Yang Baik
Komunikasi yang baik boleh melahirkan kumpulan yang cekap. Ahli akan terlatih untuk menyampaikan mesej dalam bentuk yang boleh diterima dan mudah difahami antara satu sama lain.
iv- Memudahkan proses menyelesaikan beban kerja yang pelbagai
Bekerja sebagai satu pasukan juga boleh menyelesaikan beban kerja yang pelbagai apabila agihan kerja dapat dilaksanakan dengan betul. Idea-idea yang bernas yang dapat dikongsi bersama ahli kumpulan juga akan membantu menyelesaikan sesuatu beban kerja.

v-    Kemahiran Berunding
Apabila semua ahli mengambil bahagian dalam perbincangan untuk melaksanakan tugasan, ini akan menggalakkan ahli-ahli berhujah, memberikan idea-idea serta berunding di antara satu sama lain. Dengan itu secara tidak langsung boleh melahirkan kemahiran berunding di kalangan ahli.

1.8     Spesifikasi kerja (Job Specification)
§ Merupakan satu penerangan tentang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada jawatan yang sedia ada :-
a) Kesemua kerja yang mahu dilaksanakan dalam jawatan diterangkan.
b) Setiap kerja dipecahkan kepada tanggungjawab, tugas dan sebagainya.

§ Ini boleh dilakukan melalui:-
a) Analisa kerja yang lengkap.
ü Dimana kesemua kedudukan kerja diambil penerangan terperinci tentang tugas – tugas kerja yang disediakan.
b) Analisa kerja yang kritikal.
ü Dimana konsentrasi kepada kerja utama dalam kedudukan yang kritikal dengan
       mengenepikan kerja yang lain.
c) Analisa kerja yang bermasalah.
ü Dimana hanya kerja yang mempunyai masalah diambil untuk dianalisa tanpa
       menghiraukan kerja – kerja yang lain.

§ Job-Oriented Training Analysis (JOTA)
Analisa kerja adalah proses pembelajaran, pengumpulan maklumat dan memeriksapelbagai aspek pekerjaan.


PERATURAN MS IEC 60364
  1. PERATURAN MS IEC 60364
Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
  1. Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB)
Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
  1. Peraturan – Peraturan Elektrik 1994
Pertengahan/perantaraan

  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
  1. Nota: Geseran Menghasilkan Arus Elektrik
Nota: PENGUBAH / Transformer
  1. Nota: PENGUBAH / Transformer


NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
  1. NOTA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
  1. NOTA: PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK
NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
  1. NOTA: RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
  1. Nota Untuk Pelajar Elektrik Kolej Vokasional
Nota pemasangan salur
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  2. Nota pemasangan salur
Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)
  1. Nota: HUKUM KIRCHOFF (arus dan voltan)