Sistem Pembumian (wayar bumi)

Sistem Pembumian (wayar bumi)

· Merupakan salah satu kaedah perlindungan.
· Ia juga merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi.
· Bumi merupakan pengalir yang terbesar dari segi saiz dan jumlah kawasan liputan menyediakan laluan bergalangan rendah bagi arus rosak atau arus bocor.
· Sebarang benda yang disambung akan mempunyai keupayaan sifar.
· Bumi yang berada pada beza-upaya sifar (Beza-upaya rujukan) dapat menyahkan beza-upaya yang besar dengan cepat.
· Inilah tujuan asas pembumian sesuatu alat atau benda iaitu sebagai laluan balik arus atau untuk keselamatan.
· Oleh itu, pembumian memberi keselamatan daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran.

Apa Yang Perlu Dibumikan (Disambung ke Bumi)

· Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti saluran logam, perisai pembuluh, salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya.
· Struktur logam terdedah bagi suatu peralatan elektrik termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air, rangka rumah dan sbgnya.


12.1 Cara dan Istilah Pembumian (Rajah Berkaitan)


Pembumian dilakukan dengan menyambungkan apa yang perlu dibumikan ke dawai atau punca bumi pengguna;
· 0 – Dawai pengikat sama upaya
· 1 – Bumi, sambungan yang berkesan ke bumi
· 2 – Elektrod Bumi. Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang benda berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan
· 3 – Pengalir perlindung litar
· 4 – Dawai pembumi
· 5 – Dawai pengikat sama upaya,
· 10 – Punca bumi pengguna.

Istilah pembumian



12.2 Elektrod – elektrod Bumi


Berikut adalah jenis elektrod yang diperakui dan memenuhi kehendak peraturan pendawaian.
· Rod–rod dan paip – paip bumi
· Pita–pita atau dawai – dawai bumi
· Plat–plat bumi
· Elektrod–elektrod bumi yang terbenam di dalam tanah
· Konkrit yang bertetulang logam
· Sistem – sistem paip logam
· Sarung plumbum dan sarung daripada logam yang digunakan untuk menyarung kabel dalam tanah
· Struktur – struktur bawah tanah lain yang bersesuaian


(a) Earth rods 4 pipes

(b) Tapes or wires

(c) Plates

(d) Underground structural metalwork embedded in foundation

(e) Welded metal reinforment of concrete (not prestressed)

(f) Lead or metallic covering of cables


TAGS


jenis elektrod bumi
sistem perlindungan kilat
fungsi wayar bumi


fungsi elektrod bumi















Penjanaan daya gerak elektrik
  1. Penjanaan daya gerak elektrik (d.g.e.) tiga fasa New!
Peraturan IEE untuk Litar Akhir Kuasa ( Litar Soket Alir Keluar - Litar Jejari dan Litar Gelang )
  1. Peraturan IEE untuk Litar Akhir Kuasa ( Litar Soket Alir Keluar - Litar Jejari dan Litar Gelang )
Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu

  1. Peraturan IEE untuk Litar Akhir Lampu