SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL

SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
A. PENGURUSAN KURIKULUM

1.Menyediakan rancangan untuk peningkatan dan kecemerlangan unit.

2.Memastikan penggunaan modul yang kemaskini.

3.Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kemaskini

4. Merancang dan menyelaras penjadualan waktu tenaga pengajar

5.Menyediakan Rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester

6.Menyemak soalan pentaksiran berterusan dan skema pemarkahannya

7.Menggunakan keputusan analisis pentaksiran untuk mengkaji serta mencari
Jalan untuk memajukan taraf pencapaian akademik dari semasa ke masa.

8.Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.

9. Menyelenggara fail-fail unit seperti minit mesyuarat, rekod tenaga pengajar

rekod pelajar, analisis pentaksiran, jadual waktu, pesanan peralatan dan

bahan, pelupusan, perkembangan staf, program motivasi dan lawatan

pelajar dan hal-hal yang berkaitan.


10. Mencadangkan bahan rujukan yang perlu ada di pusat sumber atau rujukan
tenaga pengajar

11.Menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperiukan.

12.Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan

seperti penambahbaikan modul vokasional, pengkaedahan

pembelajaran baru, jika ada.

13. Membantu membuat anggaran perbelanjaan tahunan.

14. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemertangan akademik

dalam unitnya.

15. Menguruskan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan

pengayaan bagi pelajar kolej.

16.Merancang aktiviti inovasi dan rekacipta pelajar dan tenaga pengajar

17.Menyelaras Lawatan Industri pelajar berpandukan prosedur yang telah

ditetapkan


18.Membantu menyelaras program semester pendek

19.Menyimpan rekod kelas gantian dan rekod senarai semak jumlah waktu

kredit belajar peiajar


B.PEMBANGUNAN STAF

20. Merancang keperluan latihan dan kemahiran khusus bagi kursus dalam

perkhidmatan (KDP ) untuk tenaga pengajar bengkel

21. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran dan kepentingan bidang

kursus dalam kehidupan di kalangan tenaga pengajar dan pelajar

22. Mengadakan mesyuarat unit sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu

semester

22. Mengajar sekurang-kurangnya 10 jam seminggu.

24. Menjalankan semua tugas tugas lain yang berkaitan seperti yang

diarahkan oleh Pengarah Kolej Vokasional dari semasa ke semasa.


C.PENGURUSAN BENGKEL


25.Menyelia dalam aspek 3K dan 5S (Sisih, susun, sapu,seragam dan

sentiasa amal) di bengkel-bengkel bawah kawalannya

26. Mengurus bengkel dengan kerjasama daripada Ketua Bengkel yang

berkaitan


BACA JUGA:
MOTOR 1 FASA
  1. MOTOR ELEKTRIK 1 FASA (PENGENALAN KEPADA MOTOR 1 FASA,Jenis Motor Ac Satu Fasa,
  2. MOTOR DAN CARA PEMASANGAN MOTOR SATU 1 FASA
  3. PENGIRAAN KELAJUAN , ARUS , KEHILANGAN KUASA DAN FAKTOR MOTOR ELEKTRIK A.U. FASA TUNGGAL.
MOTOR Elektrik 1 FASA
  1. NOTA : JENIS-JENIS MOTOR ELEKTRIK SATU (1) FASA
DOWNLOAD NOTA PADAT
  1. DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM - New!
Definisi Voltan Elektrik
  1. Apa makna/maksud voltan elektrik.
  2. Definisi Voltan Elektrik
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
  1. JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
HUKUM OHM
  1. HUKUM OHM