Berikut adalah penjelasan lengkap tentang KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE) untuk rujukan lengkap anda.
1.1 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)
PendidikanBerasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) merupakan proses yang
melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam
pendidikan.
Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di Universiti.
Konsep OBE selalunya akan fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Universiti.

OBE lebih
menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar
dalam setiap program yang diikuti.
Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di Universiti.

a. Menggunakan
pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan para pelajar
mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
b. Menyediakan
aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar
mencapai semua hasil yang dirancangkan.
c. Menilai
tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan
secara jelas dan berkesan.
Secara
keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4) elemen yang utama dalam
pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu (i) Perancangan (planning),
(ii) Pelaksanaan (implementation), (iii) Pemantauan (monitoring),
dan (iv) Penilaian (assessment) sepertimana digambarkan dalam Rajah 1.1.
KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE) |
Segala penilaian
yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan kejayaan yang
dicapai. Perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif dan hasil
pembelajaran program yang telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai samada
tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah
ditetapkan. Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar.
Daripada penilaian ini, jika pencapaian berada di
bawah sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continuous
Quality Improvement – CQI) perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan
pencapaian hasil program yang dirancang secara berterusan.
Pelaksanaan ini juga
menggunakan konsep PDCA (Plan, Do, Check dan Action)
iaitu Rancang, Laksana, Periksa dan Tindakan seperti ditunjukkan dalam Rajah
1.2.
KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE) |
LAMPU NEON
MAKNA LITAR ELEKTRIK
MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK
DOWNLOAD NOTA PADAT
Definisi Voltan Elektrik
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING
HUKUM OHM