JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik


Berikut adalah penjelasan lengkap tentang JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik
termasuk PERANAN SEORANG PEKERJA untuk rujukan lengkap anda.

1.5   JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik

JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik
JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik


Terdapat 2 jenis organisasi di dalam sistem pentadbiran iaitu:

1.5.1   ORGANISASI FORMAL

Di dalam organisasi formal, ciri-ciri autoritatif yang mutlak kepada seseorang pengurus jelas kelihatan berbanding dengan pengurus di organisasi tidak formal.

Kewibawaan dan kuasa seseorang pengurus diperolehi daripada jawatannya di dalam hierarki pengurusan. Kuasa terletak di tangan pegawai atasan dan setiap pengurus yang tertakluk di bawahnya.


Di dalam organisasi formal, proses membuat keputusan kurang berbentuk pemusatan di mana keputusan di buat bergantung kepada jabatan.

Organisasi formal wujud kerana ia mengawal pencapaian matlamat organisasi yang mengutamakan daya pengeluaran.

1.5.2    ORGANISASI TIDAK FORMAL

Bagi organisasi tidak formal, ciri-ciri autokratik jelas tergambar. Keputusan yang di ambil oleh golongan pengurus yang konservatif ini biasanya menggambarkan pertanyaan nilai di antara pihak yang bersifat pragmatik dan dogmatik.

Organisasi tidak formal wujud bagi memenuhi keberuntungan sosial dan mementingkan ciri kemanusiaan serta interaksi sosial.


1.6 PERANAN SEORANG PEKERJA
Peranan adalah komponen kepada tanggungjawab. Peranan boleh menjelaskan garis kerja supaya tidak menganggu-gugat tanggungjawab yang jelas dan juga sistem memberi perintah atau arahan yang bersangkutan. Oleh itu, peranan setiap pekerja berkemungkinan tidak sama, contohnya peranan seorang penyelia adalah :
· Menyelia kerja-kerja
· Memantau pekerja-pekerja dan persekitaran kerja
· Membuat laporan kemajuan kerja
· Menyediakan laporan prestasi pekerja
· Menyemak keperluan bahan dan alatan kerja dari masa ke masa dan lain-lain.

Manakala peranan seorang pekerja pula adalah:
· Melaksanakan kerja
· Mengikut jadual kerja
· Mematuhi arahan kerja
· Mengurangkan kesilapan semasa kerja
· Mengelakkan pembaziran
· Melaporkan masalah-masalah kerja kepada penyelia dan lain-lain.
Hieraki juga merupakan unsur struktur yang penting dan bersepadu. la merupakan mekanisma yang penting bagi mengkoordinasikan pelbagai tugas, mengawasi pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi, menyelesaikan konflik dan boleh mencapai matlamat melalui cara hieraki tersebut.

Terdapat dua jenis hieraki iaitu jangka kawalan mendatar dan jangka kawalan menegak. Dalam jangka kawalan mendatar, tugas yang dilaksanakan oleh setiap pekerja melibatkan skop yang lebih kecil. la juga membolehkan pengurus mengadakan pengawasan yang lebih mudah. Kawalan menegak pula mempunyai pekerja yang terlibat dalam skop aktiviti dan tugas yang lebih luas. Di samping itu, aliran maklumat lebih lambat dan kurang tepat setelah melalui beberapa tahap.

1.7    Kerja Berkumpulan
Kerja berkumpulan adalah satu kerja berpasukan di mana setiap individu di dalamnya bertanggungjawab untuk mencapai halatuju atau matlamat pasukan tersebut. Bagaimanapun, semua itu hanya diperolehi jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Biasanya masalah berlaku apabila ada ahli tidak membuat kerja yang setimpal berbanding dengan ahli lain.
Contohnya :  A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan C dan D cuma duduk rehat saja. Tentu ia tidak adil.
Untuk memastikan ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan, beberapa perkara seperti di bawah boleh di amalkan dalam kerja berkumpulan.
• Ketua
Ketua di dalam sesuatu kumpulan perlu ada dan memiliki ciri-ciri kepimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih serius untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.
• Fahami tugasan
Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu di selesaikan.
• Saling menghargai
Biasanya kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukanlah satu  tugasan  mudah. Sehubungan itu kerjasama setiap ahli kumpulan sememangnya sangat  diperlukan. Masing-masing perlu menghargai dan menghormati  komitmen dan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan.
• Santai
Jangan terlalu serius ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan; Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa letih. Sekali sekala bersembang dan berjenaka boleh menghilangkan rasa bosan.

Ciri-ciri pasukan yang berkesan :
i) Mempunyai matlamat pasukan yang jelas
ii) Mempunyai peranan yang jelas
iii) Komunikasi yang jelas/ berkesan
iv) Mempunyai pelan penambahbaikan
v) Kelakuan ahli kumpulan (kerjasama)

1.7.1    Faedah Bekerja Sebagai Satu Pasukan
i- Wujud semangat berkumpulan
Bekerja sebagai satu pasukan dengan ahli yang sentiasa menghargai dan menghormati di antara satu sama lain boleh memudahkan semangat berkumpulan dan meningkatkan moral pekerja. Semangat berkumpulan amat penting untuk menentukan kejayaan atau keruntuhan sesuatu kumpulan.
ii- Keputusan Cepat
Bekerja sebagai satu pasukan boleh mempercepatkan keputusan dibuat. Apabila bekerja dalam kumpulan diamalkan, semua ahli  tahu apa perkara yang dibincang atau dibuat kerana semuanya terlibat. Jadi apabila sesuatu keputusan hendak lakukan, ianya boleh dibuat dengan cepat dengan mendapat persetujuan bersama.
iii- Komunikasi Yang Baik
Komunikasi yang baik boleh melahirkan kumpulan yang cekap. Ahli akan terlatih untuk menyampaikan mesej dalam bentuk yang boleh diterima dan mudah difahami antara satu sama lain.
iv- Memudahkan proses menyelesaikan beban kerja yang pelbagai
Bekerja sebagai satu pasukan juga boleh menyelesaikan beban kerja yang pelbagai apabila agihan kerja dapat dilaksanakan dengan betul. Idea-idea yang bernas yang dapat dikongsi bersama ahli kumpulan juga akan membantu menyelesaikan sesuatu beban kerja.

v-    Kemahiran Berunding
Apabila semua ahli mengambil bahagian dalam perbincangan untuk melaksanakan tugasan, ini akan menggalakkan ahli-ahli berhujah, memberikan idea-idea serta berunding di antara satu sama lain. Dengan itu secara tidak langsung boleh melahirkan kemahiran berunding di kalangan ahli.

1.8     Spesifikasi kerja (Job Specification)
§ Merupakan satu penerangan tentang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada jawatan yang sedia ada :-
a) Kesemua kerja yang mahu dilaksanakan dalam jawatan diterangkan.
b) Setiap kerja dipecahkan kepada tanggungjawab, tugas dan sebagainya.

§ Ini boleh dilakukan melalui:-
a) Analisa kerja yang lengkap.
ü Dimana kesemua kedudukan kerja diambil penerangan terperinci tentang tugas – tugas kerja yang disediakan.
b) Analisa kerja yang kritikal.
ü Dimana konsentrasi kepada kerja utama dalam kedudukan yang kritikal dengan
       mengenepikan kerja yang lain.
c) Analisa kerja yang bermasalah.
ü Dimana hanya kerja yang mempunyai masalah diambil untuk dianalisa tanpa
       menghiraukan kerja – kerja yang lain.

§ Job-Oriented Training Analysis (JOTA)
Analisa kerja adalah proses pembelajaran, pengumpulan maklumat dan memeriksapelbagai aspek pekerjaan.




JENIS-JENIS KABEL ELEKTRIK
  1. JENIS-JENIS KABEL ELEKTRIK YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK WIRING UNTUK MEMBUAT PENDAWAIAN DI RUMAH
JENIS-JENIS ORGANISASI - Elektrik
  1. JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik - New!
KAWALAN MOTOR ELEKTRIK 1 FASA
  1. KAWALAN ATAU CARA WIRING MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)

  1. KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)