Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai

Berikut adalah cara-cara untuk Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai

Ø Motor Tidak Dapat Dihidupkan
NO
SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN
TINDAKAN
1
Pemutus litar terpelantik atau fius terputus disebabkan oleh lebihan beban.
Rujuk kepada carta mekanikal yang tertentu untuk mengesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepda peringkat yang boleh dikawal.

2
Voltan rendah
Periksa nilai voltan pada pelit nama. Naikkan voltan kepda peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara.

3
Litar terbuka atau litar pintas di lilitan motor
Jika ini disahkan dengan beberapa ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilkukan.

4
Grease di dalam alas menjadi kejal
Sistem pelinciran dibersihkan dan grease baru dimasukkan ke dalam alas

5
Sambungan tidak kemas dipunca sambungan
Periksa dipunca sambungan yang tidak kemas

6
Rotor dan Stator bersentuhan
Perbetulkan kelawasan antara rotor dan startor mengikut nilai yang tersebut

7
Kerosakan pada alas
Pastikan alas diganti dengan yag baru ‘remetaling’ bagi alas jernal.


Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai

APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?



APAKAH MAKSUD/MAKNA ELEKTRIK?

Elektrik


-Electricity adalah tenaga.
-Electricity adalah pergerakan elektron dalam konduktor.
-Electricity boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu aliran arus dan arus terus.
- Elektrik yang dibekalkan di rumah adalah 220-240V dalam bentuk semasa
shuttle (AC / AU).
- Di Malaysia, tenaga elektrik dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad SESCO (Sarawak) dan LLS (Sabah).
-Electricity adalah tenaga.  -Electricity adalah pergerakan elektron dalam konduktor.  -Electricity boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu aliran arus dan arus terus.  - Elektrik yang dibekalkan di rumah adalah 220-240V dalam bentuk semasa  shuttle (AC / AU).

DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM

"DOWNLOAD NOTA PADAT TERBAIK SPM DAN SVM"
Salam.
 Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan SVM tahun ini ataupun tahun depan.

Walaupun bidang akedemik bukan bidang saya tapi saya berusaha untuk dapatkan nota PERCUMA SPM ini untuk anda .

Semua nota ini saya dapat dari pelbagai tempat. Termasuk minta dari rakan-rakan para pendidik dan ada juga saya ambil dari sumber lain termasuk internet.

Anda boleh download semua nota SPM PERCUMA ini. 

Saya hanya  berharap supaya anda semua  menjadi FOLLOWERS atau FOLLOW BY EMAIL blog ini dengan "seikhlas hati". 

Motor Tolakan

Binaan Motor tolakan

ini biasanya dibina pada keupayaan yang kecil tidak melebihi 4 kW . Dimana stator dibelitkan dengan belitan satu fasa yang disambungkan terus kepada bekalan satu fasa.Manakala rotor motor seakan-akan sama dengan angker yang berserta dengan komutator tetapi kedua-dua punca berus karbonnya sentiasa berlitar pintas .

Binaan Motor tolakan

     Apabila belitan stator motor dibekalkan dengan bekalan satu fasa , ia akan menjadi seolah-olah belitan primer transfomer kerana ia akan menghasilkan arus aruhan di rotor secara aruhan saling .Oleh kerana litar angker berlitar pintas pada komutator , arus aruhan di rotor yang terhasil ini amat kuat sehingga mampu menghasilkan uratdaya di rotor.
Berikut adalah penjelasan lengkap tentangBinaan Motor tolakan termasuk Ciri-ciri motor tolakan  dan  Kegunaan/fungsi motor tolakan untuk rujukan lengkap anda.
Binaan Motor tolakan


INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM - pemasangan pengesan alat kebakaran

INSTALL FIRE ALARM ELECTRICAL SYSTEM -  pemasangan pengesan alat kebakaran

Tujuan utama pemasangan pengesan alat kebakaran ialah untuk mengesan kebakaran di peringkat awal.   Biasanya alat pengesan ini diletakkan di bahagian atas tempat yang dilindungi.   Sebagaimana yang telah diketahui bahawa sesuatu kebakaran akan menghasilkan haba, asap, api dan bahangan.  
pemasangan pengesan alat kebakaran
Sistem Fire Alarm Electrical System mempunyai beberapa bahagian komponen penting,   komponen tersebut ialah:-

1. Pengesan “Detector”
2. Panel Kawalan “Control Panel”
3. Loceng Kecemasan

MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN

termasuk Carta alir merancang pemasangan pendawaian bangunan untuk rujukan lengkap anda.

1. MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN

Sebelum kerja-kerja pendawaian elektrik dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang  
dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan.
Pendawai/kontraktor perlulah:-
MERANCANG KERJA-KERJA PENDAWAIAN
i. membuat lawatan tapak;
ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;
iii. mengira permintaan beban maksimum; dan
iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.

JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik


Berikut adalah penjelasan lengkap tentang JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik
termasuk PERANAN SEORANG PEKERJA untuk rujukan lengkap anda.

1.5   JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik

JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik
JENIS-JENIS ORGANISASI - Pekerja Elektrik


Terdapat 2 jenis organisasi di dalam sistem pentadbiran iaitu:

1.5.1   ORGANISASI FORMAL

Di dalam organisasi formal, ciri-ciri autoritatif yang mutlak kepada seseorang pengurus jelas kelihatan berbanding dengan pengurus di organisasi tidak formal.

Kewibawaan dan kuasa seseorang pengurus diperolehi daripada jawatannya di dalam hierarki pengurusan. Kuasa terletak di tangan pegawai atasan dan setiap pengurus yang tertakluk di bawahnya.

PENGURUSAN PEKERJAAN (BIDANG KEJURURTERAAN ELEKTRIK)


Berikut adalah penjelasan lengkap tentang PENGURUSAN PEKERJAAN (BIDANG KEJURURTERAAN ELEKTRIK) sebagai rujukan lengkap untuk anda.

1. PENGURUSAN PEKERJAAN (BIDANG KEJURURTERAAN ELEKTRIK)

1.1 Pengertian Jadual Kerja

1. Kerja merupakan satu perkara atau pekerjaan yang  dibuat menghasilkan keputusan daripada tindakan tersebut.
2. Jadual adalah satu perancangan atau jadual merancang peristiwa-peristiwa atau kerja.
3. Sumber pula merupakan sesuatu pertolongan atau sokongan bagi mencapai tujuan tertentu.