LITAR AKHIR KUASA DAN LITAR SOKET ALIR KELUAR

LITAR AKHIR KUASA DAN LITAR SOKET ALIR KELUAR
Peraturan IEE untuk Litar Akhir Kuasa
LITAR AKHIR KUASA DAN LITAR SOKET ALIR KELUAR
Soket Litar  Gelang


Litar  Soket  Alir  Keluar  ( BS 1363 )
Litar  Soket  Alir  Keluar  BS 1363  terdiri  daripada  dua  jenis  litar    iaitu :
a ) Litar  Jejari
b ) Litar  Gelang

a)    Litar  Jejari
· Peraturan  IEE  ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik   saiz pengalir dan kadaran perlindungan.
· Litar  ini  mestilah  dikawal  oleh  alat  pelindungan  sama  ada  fius  atau  MCB.
· Kabel  yang  digunakan  ialah  kabel  jenis  tembaga  bersalut  PVC  dan  saiz  kabel mestilah tidak kurang  daripada  2.5mm2.

b)    Litar  Gelang Jenis A1
· Peraturan  IEE  telah  menetapkan  Litar  Gelang  hanya  boleh  di pasang  pada  kawasan  yang  tidak      melebihi  100  meter  persegi.
· Jumlah  bilangan  soket  yang  boleh  di pasang  pada  satu  Litar  Gelang  tidak  terhad.
· Walau  bagaimanapun  jumlah  arus  yang  digunakan  mestilah  tidak  melebihi  kadaran  arus  fius        yang  mengawal  litar  berkenaan.
· Jumlah  'spur'  atau  sulur  bagi  satu  Litar  Gelang  tidak melebehi bilangan soket.
· Kadaran  alat  perlindungan  arus  lebih  ialah  30 Amp. / 32 Amp.
· Saiz  kabel  yang  digunakan  mestilah  tidak  kurang  daripada  2.5mm2.
· Konduktor  litar  membentuk  suatu  gelang  berterusan  bermula  dari  punca  bekalan  ( litar  akhir )      ke  beberapa  poin  soket  alir  keluar  dan  balik  semula  ke  punca  bekalan.
· 'Spur'  boleh  disambung  pada :
        a ) terminal  soket  dalam  litar
        b ) menggunakan  kotak  sambungan  diantara  poin  soket.
        c ) di tempat  asal  gelang  itu.


SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
  1. SENARAI TUGAS KETUA PROGRAM KURSUS VOKASIONAL DI KOLEJ VOKASIONAL
Sistem Pembumian
  1. Cara pemasangan/wiring Sistem Pembumian (wayar bumi) elektrik di rumah dan industri
TUTORIAL BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)

  1. NOTA : BAIKPULIH LITAR PEPASANGAN PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
  2. TUTORIAL BAIK PULIH LITAR PENDAWAIAN ELEKTRIK (Mengesan kerosakan pada pendawaian elektrik)