Memaparkan catatan dengan label FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING. Papar semua catatan

JENIS TRUNKING , FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING

JENIS TRUNKING ,
FAKTOR RUANG TRUNKING & PVC TRUNKING


Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya
dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh
di keluarkan dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding
atau besi rangka bangunan.( Dalam peraturan IEE).

OBJEKTIF :-
Pada akhir pembelajaran ini supaya pelatih boleh tahu dan faham perkara
yang berkaitan pemasangan trunking.

PENGGUNAAN :
Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak,
tidak kira samada kabel itu sama saiznya ataupun  berlainan saiznya.Ia juga
digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan
kedalam conduit.

SAIZ/ UKURAN :
Trunking dibuat dalam berbagai saiz dan ukuran iaitu dari 38 mm x 38 mm
ke 300 mm x 150 mm dan ukuran panjangnya biasanya dibuat dalam ukuran
2 hingga 5 meter dengan dilengkapi oleh alat lengkap seperti Tee, Selekoh
(Bend) dan aksesori yang lain.
Di bawah ini merupakan berbagai saiz dan ukuran trunking yang terdapat
dalam pasaran mengikut Piawaian BS.

1. 38 mm x 38 mm.                   10.    100 mm x 38 mm.
2. 38 mm x 50mm.                    11.     100 mm x 50 mm.
3. 50 mm x 50 mm.                   12.    100 mm x 75 mm.
4. 25 mm x 50 mm.                   13.    100 mm x 100 mm.
5. 25 mm x 75 mm.                   14.    150 mm x 38 mm.
6. 38 mm x 75 mm.                   15.    150 mm x 50 mm.
7. 50 mm x 75 mm.                   16.    150 mm x 75 mm.
8. 75 mm x 75 mm.                   17.    300 mm x 150 mm.
9. 100 mm x 25 mm.