Penjanaan daya gerak elektrik (d.g.e.) tiga fasa

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 

termasuk Persamaan gelombang daya gerak elektrik d.g.e. teraruh  untuk rujukan lengkap anda.

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
Dalam sistem arus ulangalik (AU) satu fasa, apabila satu gegelung diputarkan dan memotong uratdaya magnet, satu voltan AU akan terjana.

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 

Sekiranya lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama, memotong uratdaya magnet yang sama, setiap gegelung akan menjanakan satu voltan AU yang mempunyai amplitud gelombang yang sama tetapi mempunyai beza fasa tertentu antara satu dengan lain

Sistem yang menggunakan lebih daripada satu gegelung dinamakan sistem pelbagai-fasa (poly phase) 

Penjana tiga fasa mengandungi tiga buah gegelung serupa yang ditempatkan secara fizikal 120˚ antara satu sama lain 

Tiga daya gerak elektrik (d.g.e.) akan dijanakan apabila ketiga-tiga gegelung berputar pada satu kelajuan tetap dalam suatu medan magnet sekata.

Ketiga-tiga d.g.e. mempunyai nilai frekuensi dan amplitud yang sama tetapi dengan beza fasa sebanyak 120° antara satu sama lain.
  
Setiap sumber voltan ini dinamakan fasa.  Biasanya tiga fasa dilabelkan sebagai Merah (R-Red); Kuning (Y-Yellow) dan Biru (B-Blue). 

Dalam sistem bekalan AU yang asas, voltan AU boleh dijanakan dalam dua kaedah iaitu memutarkan gegelung dalam medan uratdaya magnet, atau memutarkan uratdaya magnet untuk memotong gegelung kekal 

Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
                   Medan magnet berputar,                             (b)  Gegelung berputar,  
                       Gegelung kekal                              medan magnet kekal.

                                               Rajah:  Penjana tiga fasa




Persamaan gelombang daya gerak elektrik d.g.e. teraruh 

Fasa R;   R sebagai rujukan.
          eR = Em sin wt

Fasa Y; Y mengekor R sebanyak 120°
               eY = Em sin (wt-120°)
Fasa B; B mengekor R sebanyak 240°  
               eB = Em sin (wt-240°)


Dalam sambungan bintang:
    VL =  3 VPH   ;      IL = IPH

Dalam sambungan delta:
    IL =  3 IPH   ;      VL = VPH


TAGS
Penjanaan daya gerak elektrik  (d.g.e.) tiga fasa 
Kawalan Suis
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Kawalan Suis Pemalap
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
Kawalan Suis Sehala
  1. Nota Pendawaian/wiring litar lampu
  2. Pendawaian litar lampu
LAMPU NEON
  1. NOTA :CARA MEMBUAT PAPAN TANDA LAMPU NEON - New!

http://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.my/2018/05/penjanaan-daya-gerak-elektrik-dge-tiga.html