MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN : CONTOH LAPORAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN : CONTOH LAPORAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


1. LAPORAN KEMALANGAN


1.1. DEFINISI LAPORAN KEMALANGAN

Merupakan dokumen/komunikasi secara bertulis yang digunakan untuk menyampaikan maklumat/sesuatu maksud kepada pihak pengurusan, pelanggan atau kakitangan organisasi yang lain.


MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN : CONTOH LAPORAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
MENYEDIAKAN LAPORAN KEMALANGAN : CONTOH LAPORAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


1.2. TUJUAN LAPORAN KEMALANGAN

Penilaian ke atas penulis sebuah laporan dibuat berdasarkan kebolehan menulis dan menyusun atur kandungan laporan , oleh itu , adalah penting untuk kita menyiapkan laporan tepat pada masa yang telah ditetapkan.


Tujuan laporan boleh dibahagikan kepada 3 perkara yang utama seperti di bawah :


1. Menyampaikan  informasi/maklumat tentang :-


Sejarah atau latar belakang sesuatu perkara/isu.

Proses, keadaan sesuatu perkara/isu.

Penemuan / hasil sesuatu sesuatu perkara/kajian.


2.  Kajian kebolehlaksanaan memberi idea/perakuan


Membuat penilaian tentang tahap pencapaian / kegagalan sesuatu perkara.

Memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Mengemukakan cadangan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


3.  Membuat keputusan / kesimpulan (rumusan membantu / meminta pihak ketiga 

           membuat keputusan)


Proses sesuatu perkara / projek

Menjelaskan sebab dan akibatnya

Penemuan atau hasil sesuatu perkara/ kajian.


Maklumat dan data di dalam laporan akan digunakan untuk membuat keputusan yang penting dalam sesebuah organisasi . Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa data di dalam laporan adalah relevan kepada isu utama laporan , yang terkini, yang sahih, dalam bentuk yang sesuai dan maklumat berdasarkan sumber yang boleh dipercayai , boleh dipastikan oleh sumber lain serta dapat diperiksa semula kesahihan .


1.3. MENYUSUN MAKLUMAT DALAM LAPORAN


(a) Mengikut aliran masa

(b) Mengikut isu

(c) Mengikut susunan kepentingan

          


2. KEMALANGAN

2.1. DEFINISI BAHAYA 

Di mana sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan atau Keadaan yang mendatangkan gangguan kepada sesuatu aktiviti yang sepatutnya berjalan lancar akibat dari kemalangan. 


2.2. APAKAH KEMALANGAN 

Sesuatu keadaan atau kejadian yang tidak disengajakan dan biasanya akan menyebabkan kecederaan. Kemalangan akan mengakibatkan kecederaan pada mangsa dan kerosakan pada harta benda. Biasanya sistem dan sikap pengurusan atau sikap kurang ambil peduli menjadi puncanya.



2.3. TINDAKAN SEMASA KEMALANGAN 

a) Tindakan Pantas mengenal pasti punca. 

b) Memutuskan punca bekalan.

c) Mengalihkan mangsa ke tempat selamat.

d) Memeriksa kecederaan mangsa.

e) Menjalankan proses pertolangan cemas.

f) Mendapatkan bantuan dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjutan. 

2.4. TINDAKAN SELEPAS KEMALANGAN 

a) Menghadang tempat kemalangan saperti tali amaran BAHAYA.

b) Melaporkan kepada pihak pengurusan.

c) Melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga jika kemalangan Elektrik.

d) Melaporkan kepada pihak polis jika kecederaan parah/maut atau berkaitan dengan kanun keseksaan.

e) Membuat laporan bertulis mengenai kemalangan tersebut. 




1.2.  LAPORAN BERTULIS KEMALANGAN (CONTOH LAPORAN MELANGAN DI TEMPAT KERJA)

Laporan bertulis mestilah lengkap serta jelas mengikut pemerhatian yang membuat laporan serta fakta-fakta kes dari saksi-saksi kemalangan tersebut.

Bentuk Kandungan Laporan

1.   Nama Mangsa:______________________________

2.   Tarikh Berlaku :_____________________________

3.   Masa Berlaku :______________________________

4.   Tempat Kemalangan:_________________________

5.   No.Mesin/Kenderaan Terlibat:_________________

6.  Jenis Kemalangan:___________________________

7.   Fakta-Fakta Kemalangan:_______________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

8.  Nama Saksi Kemalangan:1._______________________     (No.K.P:_____________)

9.  Nama Saksi Kemalangan:2._______________________     (No.K.P:_____________)

10.Nama Pelapor:_________________________________     (No.K.P:_____________)

 

                               (Jawatan)                               Tarikh:_________________




0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.