PENGESAHAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

PENGESAHAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA


Kertas penerangan ini menerangan tentang pengesahan dan pengujian pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan. 

1. Pengenalan kepada pengesahan dan pengujian pepasangan elektrik satu fasa


Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa, diuji dan pengesahan dan pengujian dikeluarkan bagi memastikan pemasangan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang ditetapkan mengikut kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peratutan-Peraturan Elektrik 1994. 


Pemeriksaan dan pengujian pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pemasangan telah dilakukan mengikut peraturan dan pemasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan.

Free Vector | Electric ball with light effect

https://www.freepik.com/free-vector/electric-ball-with-light-effect_6198009.htm


1.1 Pemeriksaan dan pengujian. 


Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan berikut :


i. Pemasangan baru

ii.Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.

iii. Pemasangan sedia-ada.

iv. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.

v. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.



1.2 Pengesahan pengujian


Setelah kerja-kerja pemeriksaan dan ujian selesai dijalankan, sijil dan jadual rekabentuk mesti dikeluarkan bagi menunjukkan prosedur pemasangan telah dijalankan. 



Bagi pemasangan baru, dua jenis sijil dikeluarkan iaitu:-


i. Sijil Penyempurnaan. 


Sijil Penyempurnaan dikeluarkan oleh kontraktor pemasangan elektrik bagi mengesahkan pemasangan telah diperiksa dan diuji berpandukan kepada peraturan-peraturan serta merekodkan maklumat mengenai pemasangan yang telah dilakukan seperti bilangan alat, kaedah pembumian, rekod pengujian dan sebagainya.


ii. Sijil Pemeriksaan


Sijil Pemeriksaan dikeluarkan oleh Pihak Pembekal elektrik bagi menyediakan maklumat lengkap mengenai ujian-ujian pemasangan ini. 

 

BACA LAGI DISINI




ARTIKEL LAIN


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.