CONTOH KUIZ/UIAN LUKISAN TIGA FASA

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang CONTOH KUIZ/UIAN LUKISAN TIGA FASA ,lukisan/gambarajah skematik termasuk lukisan pendawaian elektrik yang lengkap untuk rujukan anda.
ARAHAN
Jawab semua soalan.



BAHAGIAN A: SOALAN PELBAGAI PILIHAN (OBJEKTIF)
(Bulatkan jawapan anda).

1. Diantara pilihan dibawah, yang manakah BUKAN lukisan bagi pendawaian elektrik?
A.
Gambarajah Litar
B.
Gambarajah Skematik
C.
Gambarajah Lantai
D.
Gambarajah Pendawaian Sebenar
(1 markah)

2. Berapakah skala simbol yang digunakan bagi lukisan pelan susunatur?
A.
1 nisbah 100
B.
1 nisbah 50
C.
1 nisbah 125
D.
1 nisbah 90
(1 markah)

3. Bagi lukisan pendawaian sebenar, berikan warna setiap kabel yang terlibat:
A.
Life – Hitam; Neutral – Merah; Earth – Hijau
B.
Life – Merah; Neutral – Hitam; Earth – Hijau
C.
Life – Hijau; Neutral – Hitam; Earth – Merah
D.
Life – Merah; Neutral – Hijau; Earth – Hitam
(1 markah)
4. Apakah nama lain lukisan/gambarajah skematik?
A.
Gambarajah Laluan Kabel
B.
Gambarajah Blok
C.
Gambarajah Sistematik
D.
Gambarajah Satu Garisan
(1 markah)
5. Gambarajah litar melibatkan dua jenis kabel iaitu Life dan Neutral; apakah fungsi kedua-dua kabel ini?
A.
Life: Untuk masukan arus; Neutral: Untuk keluaran arus
B.
Life: Untuk keluaran arus; Neutral: Untuk masukan arus
C.
Life: Untuk peranti keselamatan; Neutral: Untuk keluaran arus
D.
Life: Untuk masukan arus; Neutral: Untuk peranti keselamatan
(1 markah)

BAHAGIAN B: BETUL ATAU SALAH
(Tandakan X pada jawapan anda).

1. Lukisan pendawaian elektrik termasuk di dalam kategori lukisan teknikal.

BETUL

SALAH
(1 markah)
2. Terdapat tiga jenis kabel yang dilukiskan dalam lukisan pendawaian sebenar.

BETUL

SALAH
(1 markah)
3. Simbol aksesori elektrik digunakan di dalam lukisan/gambarajah satu garisan.

BETUL

SALAH
(1 markah)

4. Di dalam lukisan pelan susunatur garisan putus-putus mewakili sambungan kabel dari suis ke aksesori.

BETUL

SALAH
(1 markah)

5. Lukisan litar dilukiskan dengan format kabel life di sebelah kanan dan kabel neutral di sebelah kiri lukisan.

BETUL

SALAH
(1 markah)
BAHAGIAN C: ISI TEMPAT KOSONG

1. Kebiasaannya simbol bagi lukisan pelan susunatur melibatkan aksesori seperti lampu, kipas dan ___________.
(1 markah)

2. Lukisan skematik atau lukisan satu garisan dilukis bermula dari _________ perkhidmatan sehingga ke pecahan litar kecil akhir.
(1 markah)

3. Beza antara lukisan litar dan lukisan pendawaian sebenar adalah _______________________.
(1 markah)

4. _______________________ hanya dilukis kabel-kabel dari masukan MCB ke litar kecil akhir pencahayaan atau kuasa (soket).
(1 markah)

5. Bagi aksesori elektrik di dalam lukisan pelan susunatur, terdapat 3 jenis suis yang lazim digunakan iaitu ____________, ______________ dan _________________.
(1 markah)