Soalan kuiz papan suis utama
1. Berikan definasi papan suis utama (PSU) ?
Pada umumnya penggunaan papan suis utama dalam pepasangan elektrik adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan bekalan dan pengagihan bekalan kebeban – beban pengguna.
Papan suis utama ( PSU ) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian beban lain atau bangunan.
Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan voltan rendah
(3 markah)
2. Nyatakan 3 jenis rekebentuk kemasukan bekalan papan suis utama?
a. Floor mounted metal clad cubicle type (Front and Rear Access)
b. Floor mounted metal clad cubicle type ( Front Access)
c. Wall mounted metal clad front access type.
(3 markah)
3. Nyatakan 2 syarat utama dalam penentuan lokasi penempatan atau pemasangan papan suis utama?
a. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
(4 markah)
BACA JUGA >>>Panduan memulakan perniagaan peralatan elektrik