UJIAN TURUTAN FASA
TUJUAN :
Pelatih-pelatih mesti boleh :
1- Mengetahui maksud ujian turutan fasa
2- Mengetahui cara-cara melakukan ujian turutan fasa.
3- Mengamalkan ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan ujian
PENERANGAN :
Ujian ini boleh juga dianggap sebagai ujian kekutuban 3-fasa.Tujuan ujian ini ialah untuk mengetahui urutan bekalan fasa itu adalah seperti yang telah ditetapkan (M,K,B = merah,kuning,biru).
KAEDAH MELAKUKAN UJIAN
Alatjangka yang digunakan dalam ujian ini dikenalai sebagai Sequence Meter .Alatjangka ini digunakan adalah bertujuan untuk memastikan turutan fasa sesebuah pepasangan tiga fasa dalam susunan yang betul.
Kaedah penggunaan.
• Sambungkan ketiga-tiga klip buaya ( alligator clip ) yang mempunyai kod warna ke terminal punca kuasa tiga fasa di mana putaran cakera (disc) hendaklah mengikut arah putaran jam.
• Tekan suis punat tekan untuk beberapa ketika.Pada masa yang sama tentukan ketiga-tiga lampu peninjuk tersebut menyala.
• Selepas suis punat tekan dilepaskan , ketiga-tiga lampu penunjuk tersebut akan padam.
Pemeriksaan / Ujian Litar Terbuka
Jika terdapat salah satu atau lebih penunjuk yang tidak menyala semasa suis punat tekan ditekan,ini bermakna terdapat fasa yang terbuka.
Jika lampu penunjuk R tidak menyala – litar terbuka pada fasa dimana
klip buaya merah disambungkan.
Jika lampu penunjuk S tidak menyala – litar terbuka pada fasa dimana
klip buaya putih
disambungkan.
Jika lampu penunjuk T tidak menyla –
litar terbuka pada fasa di mana klip buaya biru
disambungkan.
Jika putaran cakera (disc) mengikut lawan jam , alihkan/tukarkan dua
daripada tiga klip buaya tersebut.
Jika putaran cakera (disc) berputar mengikut putaran jam,maka R,S dan T
adalah dalam turutan punca terminal kuasa yang dikehendaki.
SOALAN PEMAHAMAN :
sebelum melakukan kerja-kerja yang seterusnya. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa yang diberikan.
MASA :- 5 Minit.
1. Apakah tujuan melakukan ujian turutan fasa tersebut ?
……………………………………………………………………………………………
2. Namakan alat yang digunakan dalam ujian tersebut.
……………………………………………………………………………………………
3. Apakah maksud jika arah putaran cakera ( disc ) mengikut arah putaran jam ?
……………………………………………………………………………………………
BACA JUGA>>>Soalan kuiz papan suis utama