Berikut adalah penjelasan lengkap Malaysia akan menjadi hub bagi pengeluaran kenderaan cekap tenaga EEV untuk rujukan lengkap anda.
Malaysia akan menjadi hub bagi pengeluaran kenderaan cekap tenaga EEV apabila bakal mendapat 3 pelaburan dalam sektor automotif. Ketiga-tiga pelabur ini akan mengeluarkan kenderaan itu dalam jenama masing-masing untuk pasaran Asia Tenggara. Bersamalah kita mendoakan agar ini menjadi realiti agar harga pasaran kereta dapat dikurangkan.
Malaysia akan menjadi hub bagi pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) |
Berita Harian: 4/2/2013
Kuala Lumpur: Malaysia akan menerima tiga lagi pelaburan baru dalam sektor automotif yang berjumlah kira-kira RM2.5 bilion tahun ini.
kenderaan cekap tenaga
Pelaburan daripada syarikat terkemuka dunia automotif itu bertujuan menjadikan negara ini sebagai hab bagi pengeluaran pengeluaran kenderaan (EEV) jenama masing-masing untuk pasaran Asia Tenggara.
Mengikut sumber industri, ketiga-tiga syarikat automotif itu sudahpun memuktamadkan keputusan pelaburan masing-masing dan kini hanya menunggu pemeriksaan kerajaan.
Katanya, jika dilulus kelak, dua daripada pengeluar automotif dan pembuat perkakasan asal (OEM) itu akan mengumumkan pelaburan mereka tahun ini, manakala satu lagi menjelang akhir tahun atau selewatnya lewat awal tahun depan.
Tertarik dengan inisiatif
"Masih terdapat banyak lagi pengeluar automotif dunia yang belum mempunyai operasi di Asia. Maka apabila Malaysia membuka pintu melalui Dasar Automotif Nasional (NAP) yang diperiksa semula, mereka melihatnya sebagai peluang dan tertarik dengan inisiatif yang disediakan kerajaan.
"Perlu diingat ini adalah pelaburan permulaan iaitu yang melibatkan jaringan pembangunan dan pengeluaran kemudahan. Jumlahnya adalah lebih besar sekiranya diambil kira pelaburan bagi model kenderaan mereka setiap tahun.
"Setiap tahun pengeluar kereta akan memperuntukkan tambahan pelaburan antara RM500 juta hingga RM700 juta untuk membangunkan model baru," kata sumber industri itu kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, beliau berkata, ada tiga hingga empat lagi syarikat automotif antarabangsa yang menyatakan minat menjadikan Malaysia sebagai tapak operasi mereka di Asia Tenggara.
Katanya, syarikat berkenaan menyasarkan untuk memulakan operasi di Malaysia selepas 2015 apabila mereka selesai menjalankan kajian pulangan pelaburan (ROI) dan meletakan cadangan kertas kepada pihak pengurusan masing-masing.
Belum muktamad pelaburan
Beliau berkata, syarikat itu masih belum memuktamadkan pelaburan mereka, tetapi berdasarkan maklumat awal pelaburan keseluruhan pelabur itu secara kasarnya adalah antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.
"Apabila kerajaan serius mempromosikan negara sebagai hab EEV, maka mereka juga serius mempertimbangkan peluang pelaburan ini. Mereka tahu Malaysia mempunyai pasaran yang kecil tetapi berpotensi sebagai gerbang ke pasaran serantau.
"Ada antara mereka yang menyasarkan pengeluaran untuk pasaran Malaysia hanya sekitar 30 hingga 40 peratus dan selebihnya untuk eksport," katanya.
Sumber industri itu menegaskan, jumlah pelaburan baru dalam industri automotif menempatkan Malaysia pada kedudukan yang kukuh untuk mencapai sasaran meningkatkan produktiviti industri kepada nilai Keluaran Dalam Negeri Negara (GDP) kepada 10 peratus menjelang 2020.
CARRY OUT DUCTING INSTALLATION (SALUR)
Cara Mengesan Kerosakan Motor 3 Fasa - Motor sangkar Tupai
Cara pemasangan/wiring Sistem Pembumian (wayar bumi) elektrik di rumah dan industri
Contoh soalan (ujian/kuiz) PENDAWAIAN KONDUIT UNTUK PENDAWAIAN INDUSTRI
DOWNLOAD NOTA PADAT
Definisi Voltan Elektrik