Jenis Pendawaian satu fasa Dan 3 fasa


Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Jenis Pendawaian  elektrik satu fasa Dan 3 fasa untuk rujukan lengkap anda.

Jenis Pendawaian Single-Phase Dan 3-Phase


Berikut adalah maklumat ringkas mengenai jenis-jenis yang pendawaian yang biasa digunakan di atas rumah anda.


Pendawaian Fasa tunggal  biasanya dibekalkan ke rumah-rumah teres setingkat mahupun 2 tingkat, adakalanya rumah banglo juga menggunakan jenis ini. 

Kebiasaannya pemaju perumahan akan membina rumah dengan menyediakan fasa tunggal untuk kategori rumah di atas.


Kotak Suis Utama




Bagi rumah banglo dan semi-D yang baru, pemaju mula menyediakan 3 fasa pendawaian untuk menarik minat pembeli membeli rumah itu. Ini kerana kos pemasangan kabel 3 fasa agak tinggi. Lagipun pembeli rumah jenis ini banyak duit maka mereka tak kisah jika harga rumah agak mahal. 

Kebiasaannya rumah banglo dan semi-D mempunyai ruang yang besar dan ini memerlukan kapasiti penghawa dingin yang besar, contohnya 2.5hp jenis udara penghawa dingin mungkin diperlukan untuk mendinginkan ruangan. Manakala paras siling juga mungkin berketinggian 11-13 kaki dari lantai dan kebiasaannya pemilik rumah memasang siling plaster dengan menetapkan lampu yang banyak. Semua ini tentu memerlukan banyak tenaga elektrik.


Bagi kedai dan pejabat, kebiasaannya dibekalkan dengan 3-fasa  memandangkan banyak tenaga elektrik yang diperlukan. Pendawaian 3-fasa akan membekalkan tenaga eletrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond, pam bermotor untuk kolam renang dan sebagainya.

Ianya lebih menjimatkan berbanding fasa tunggal tetapi untuk menukar fasa tunggal fasa ke 3 fasa memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah / premis perlu ditukar.



Anda boleh menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya mereka ada menawarkan harga diskaun untuk bekalan masuk 3 fasa ke rumah anda.




  1. Contoh soalan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.
  2. NOTA : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA
  3. CONTOH KUIZ/UIAN LUKISAN TIGA FASA
  4. CONTOH SOALAN (ujian/kuiz) : PENGENALAN KEPADA PRINSIP , BINAAN , OPERASI DAN PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS MOTOR A.U. FASA TUNGGAL
  5. CONTOH SOALAN KUIZ FAKTOR KEPELBAGAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR BERAPA JUMLAH LAMPU/SOKET DAN LITAR ELEKTRIK YANG LAIN UNTUK SATU FIUS/MCB
  6. CONTOH SOALAN KUIZ LUKISAN TIGA FASA
  7. CONTOH SOALAN MENGESAN KEROSAKAN PENDAWAIAN SATU FASA
  8. Contoh soalan kerosakan yang sering berlaku di dalam pepasangan elektrik satu fasa
  9. Contoh soalan motor satu fasa
  10. Contoh soalan ujian kabel bawah tanah
  11. INILAH CONTOH KUIZ LUKISAN SATU FASA YANG BIASA KELUAR DI KOLEJ/POLI/ILP/MARA/UNIVERSITI
  12. JAWAPAN KUIZ KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
  13. PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA
  14. SKEMA KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
  15. SOALAN PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA (cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, seterika elektrik)
  16. Sistem bekalan elektrik Satu Fasa
  17. Skema kuiz/ujian Motor Elektrik Satu Fasa
  18. Soalan-soalan kuiz Akta Bekalan Elektrik 1994
  19. Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa
  20. ujian/kuiz: contoh soalan kawalan motor