JAWAPAN KUIZ KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
Berikut adalah penjelasan lengkap tentang JAWAPAN KUIZ KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
SATU FASA termasuk komponen-komponen motor untuk rujukan lengkap anda.
SATU FASA termasuk komponen-komponen motor untuk rujukan lengkap anda.
PERATURAN
1. Dilarang sama sekali meniru semasa penilaian.
2. Anda boleh merujuk kepada Nota Kursus 1- 4.
3. Mematuhi segala arahan dan lain-lain arahan yang ditetapkan semasa penilaian
4. Jawab semua soalan
BAHAGIAN A
Sila jawab semua soalan pada bahagian A.
1. Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
(2 markah)
2. Senaraikan 5 jenis motor AC satu fasa yang telah anda pelajari.
i. Motor Fasa Belah/ Split Fhase Motor
ii. Motor pemula pemuat/ Capacitor Start Motor
iii. Motor Kutub Terteduh/ Shaded Pole Motor
iv. Motor Tolakan/ Repulsion Motor
v. Motor Universal/ Universal Motor
(5 markah)
3. Senaraikan 5 faktor pemilihan motor.
i. Beban yang digunakan
ii. Daya kilas yang diperlukan oleh beban
iii Keadan suhu sekeliling (suhu ambien)
iv. Penjagaan
v. Voltan bekalan
vi. Kelajuan yang diperlukan
vii. Harga
viii. Kedudukan motor (pilih mana-mana 5)
(5 markah)
4. Senaraikan 7 komponen-komponen motor.
i. Badan/ Frame
ii. Pemegun/ Stator
iii. Peti Punca
iv. Pemutar/ Rotor
v. Aci/Shaft
vi. Alas/ Bearing
vii. Gear (7 markah)
5. Kawalan bagi motor satu fasa terhad kepada 2 jenis kawalan iaitu Kawalan Terus Pada Talian/Direct Online Starter (DOL) dan Kawalan Pusingan Mara Dan Songsang/ Forward Reverse.
(2 markah)
6. Nyatakan 5 komponen kawalan motor.
i. Penyentuh (contactor).
ii. Geganti beban lampau (overload relay).
iii. Punat Tekan Mula ( Push Button Start).
iv. Punat Tekan Henti (Push Button Stop).
v. Lampu pandu (Pilot Lamp).
(5 markah)
7. Huraikan 3 tujuan penghidup digunakan
i. Mengurangkan dan menghadkan arus mula (starting current) kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
ii. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
iii. Pengendalian motor dapat dilakukan dengan selamat walaupun secara kawalan jauh.
iv. Perlindungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan dengan adanya alat-alat perlindungan dan alat kawalan dalam sistem penghidup motor
(6 markah)
8. Huraikan 3 sebab kerja penyenggaraan perlu dibuat pada motor
i. Memastikan agar motor tersebut dapat dikendalikan dengan lebih cekap
ii. Untuk kawalan keselamatan
iii. Menggelakkan kerosakan yang mungkin berlaku, oleh yang demikian mengurangkan perbelanjaan membaikinya.
(6 markah)
9. Senaraikan 3 perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan secara pandang dengar.
i. Menentukan tidak ada gegaran dan memastikan aci berputar dengan betul
ii. Bunyi bising pada motor tersebut
iii. Arka-arka dan bunga api di penukar tertib motor tersebut
(6 markah)
10. Huraikan 3 cara untuk mengelakkan arka dan bunga api di penukar tertib
i. Membersihkan sekitar penukar tertib.
ii. Meratakan permukaan penukar tertib.
iii. Membersihkan alur-alur pada penukar tertib.
iv. Menentukan berus karbon cukup panjang di penukar tertib atau gelang arus
v. Berus karbon mestilah bergerak dengan bebas di penukar tertib atau gelang arus
vi. Berus karbon mestilah dalam kedudukan neutral di penukar tertib
(6 markah)
KUIZ
- Contoh soalan prinsip, binaan, operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. tiga fasa.
- NOTA : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA
- CONTOH KUIZ/UIAN LUKISAN TIGA FASA
- CONTOH SOALAN (ujian/kuiz) : PENGENALAN KEPADA PRINSIP , BINAAN , OPERASI DAN PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS MOTOR A.U. FASA TUNGGAL
- CONTOH SOALAN KUIZ FAKTOR KEPELBAGAIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR BERAPA JUMLAH LAMPU/SOKET DAN LITAR ELEKTRIK YANG LAIN UNTUK SATU FIUS/MCB
- CONTOH SOALAN KUIZ LUKISAN TIGA FASA
- CONTOH SOALAN MENGESAN KEROSAKAN PENDAWAIAN SATU FASA
- Contoh soalan kerosakan yang sering berlaku di dalam pepasangan elektrik satu fasa
- Contoh soalan motor satu fasa
- Contoh soalan ujian kabel bawah tanah
- INILAH CONTOH KUIZ LUKISAN SATU FASA YANG BIASA KELUAR DI KOLEJ/POLI/ILP/MARA/UNIVERSITI
- JAWAPAN KUIZ KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
- PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA
- SKEMA KAWALAN MOTOR ELEKTRIK SATU FASA
- SOALAN PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA (cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, seterika elektrik)
- Sistem bekalan elektrik Satu Fasa
- Skema kuiz/ujian Motor Elektrik Satu Fasa
- Soalan-soalan kuiz Akta Bekalan Elektrik 1994
- Ujian: Contoh soalan Tranformer/alatubah satu fasa
- ujian/kuiz: contoh soalan kawalan motor