Skema kuiz/ujian Motor Elektrik Satu Fasa

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Skema kuiz/ujian Motor Elektrik Satu Fasa dan juga  prinsip penukaran tenaga bagi motor elektrik termasuk sumber elektrik  untuk rujukan lengkap anda.

Tujuan modul ini adalah untuk mengenalpasti kefahaman mengenai Motor Elektrik Satu Fasa yang telah dibincangkan sebelum ini.
ARAHAN PENILAIAN :

Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan yang diberi.
Jawab di atas kertas ini di ruang yang disediakan.   
Tulis dengan menggunakan pen mata bola.

Penilaian Pengetahuan ini mengandungi TIGA bahagian:

Bahagian A:  5 Soalan Aneka Pilihan (5 markah)
Bahagian B:  5 Soalan Benar/Salah  (5 markah)
Bahagian C: 5 Soalan Isi tempat kosong (5 markah)

MASA YANG DIBENARKAN : 15 minit


BAHAGIAN  A: MULTIPLE CHOICE ( PELBAGAI PILIHAN)


Tandakan jawapan yang betul
1.  Amperes adalah unit pengukuran bagi …………………..

A. Arus
B. Voltan
C. Rintangan
D. Suhu
(1 markah)
2. Manakah antara berikut BUKAN merupakan komponen asas bagi motor a.u

A. Stator
B. Rotor
C. Aci (Shaft)
D. Suis Empar
(1 markah)
3. Nyatakan faktor yang boleh menyebabkan motor elektrik terlalu panas semasa operasi

A. Ruang udara tidak sekata
B. Bebola(bearing) rosak atau longgar
C. Beban lampau
D. Rotor tidak seimbang


(1 markah)
4. Apakah prinsip penukaran tenaga bagi motor elektrik.

A. Penukaran tenaga elektrik kepada tenaga bunyi
B. Penukaran tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal
C. Penukaran tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik
D. Penukaran tenaga mekanikal kepada tenaga bunyi
(1 markah)

5. Apakah bahagian motor yang digunakan untuk menghasilkan medan magnet.

A. Stator
B. Rotor
C. Aci
D. Galas
 (1 markah)


BAHAGIAN B: BETUL ATAU SALAH
(Tandakan X pada jawapan anda).

1. Motor Fasa Belah ( Split Phase Motor ) adalah antara contoh motor elektrik satu fasa a.u
X
BETUL

SALAH
(1 markah)

2. Harga juga adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses pemilihan sesuatu motor.

X
BETUL

SALAH
(1 markah)

3. Lilitan larian (running winding) mempunyai rintangan yang rendah dan lilitannya banyak. Lilitan ini menggunakan dawai kupram yang besar bagi mewujudkan regangan yang tinggi dan rintangan yang rendah.

       X
BETUL

SALAH
(1 markah)

4. Rotor mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.


BETUL
X
SALAH
(1 markah)

5. Gear digunakan untuk menghasilkan kelajuan yang tinggi atau yang dikehendaki dengan merubah daya kilas bagi motor tersebut.


BETUL
X
SALAH
(1 markah)


BAHAGIAN C : ISI TEMPAT KOSONG

1. Duty cycle/Time rating adalah jangkamasa keupayaan kendalian motor itu berkendali dengan selamat. Biasanya terdapat dua jenis “duty” iaitu continuous dan “Short-time”.
(1 markah)
2. Motor pada asasnya, berkendali berdasarkan kepada prinsip magnet.

(1 markah)

3.Plat Nama motor akan memberi maklumat yang penting, mengenai pemilihan dan  pemasangan motor
(1 markah)

4. Apabila motor dihidupkan dan mencapai kelajuan 75% > 85% daripada halaju yang memusat  (Centrifugal force ) suis empar  akan tertarik  ke arah sesentuh yang bertentangan.
(1 markah)

5. Semasa melakukan penyenggaraan biasa , pemeriksaan secara pandang dengar (visual inspection) akan dibuat terlebih dahulu sebelum mematikan motor.
(1 markah)