SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET


Meletakkan Dan Melukis Simbol-Simbol Elektrik Di Dalam Lukisan Bentangan Elektrik   


Untuk melukis simbol-simbol elektrik (lampu dan soket), pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik dahulu. Untuk melukis  simbol-simbol yang berkaitan.  Merujuk kepada keperluan elektrik yang disertakan , pelan susunatur elektrik boleh direka dan dilukis.

Setelah pelan susunatur elektrik telah dilukis di bilik yang sesuai pembahagian litar pendawaian pula   dilakukan.

Untuk melukis simbol-simbol elektrik (lampu dan soket), pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik dahulu. Untuk melukis  simbol-simbol yang berkaitan.  Merujuk kepada keperluan elektrik yang disertakan , pelan susunatur elektrik boleh direka dan dilukis.
SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET


Susunatur elektrik yang berupa symbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam symbol Elektrik Piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan tempat/ruang/bilik itu sendiri.

Pada amnya pelan ini dipenuhi dengan simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alir keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Sekiranya simbol-simbol tersebut dilukis mengikut skala, lukisan yang dihasilkan itu akan kelihatan sesuai dan berkadaran.

Adalah amat penting sekali dan perluh diketahui sistem,Lukisan Bentangan Pemasangan Domestik Satu fasa. Ia bertujuan mendedahkan dan menunjukan kedudukan alatambah peralatan serta kelengkapan  elektrik di dalam sesebuah pelan rumah kediaman mahupun bangunan. Semua kedudukan alatambah atau kelengkapan ditunjukan dalam bentuk simbol.

Untuk memudahkan pendawaian elektrik dilakukan, pendawai mestilah melukiskan simbol yang sesuai dan ditempat yang sesuai. Pembahagian litar  (untuk litar tiga fasa) untuk setiap pendawaian  elektrik  yang dibuat untuk mengelakkan lebihan beban dan ini njuga akan memudahkan pendawai mendawai.

Dengan adanya pelan susunatur elektrik yang lengkap dengan litar pendawaian elektrik , ini akan memudahkan pendawai melakukan perubahaan (penambahan litar elektrik atau baikpulih litar elektrik)

Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik yang telah  dilengkapkan dengan keperluan elektrik yang sesuai mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut. Rujuk  di dalam gambarajah susunatur pelan susunatur elektrik  yang telah disediakan di bawah.
Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik
Bilik Kuliah 1
Searches related to SIMBOL-SIMBOL LAMPU DAN SIMBOL SOKET

  • simbol elektrik dan fungsinya
  • simbol lampu downlight
  • simbol elektrik suis
  • simbol elektrik rumah
  • simbol elektronik
  • fungsi simbol elektrik
  • simbol elektrik suruhanjaya tenaga

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.